CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Lembu Kepala Dua, Badan Macam Babi

27-10-2021 08:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1929| Komen: 5

Description: Haiwan aneh itu menyerupai dua ekor babi lebih daripada seekor lembu yang baru lahir.
Seorang peladang di Rusia digemparkan dengan kelahiran seekor anak lembu mutan berkepala dua dengan badan seperti seekor babi.

Haiwan aneh itu menyerupai dua ekor babi lebih daripada seekor lembu yang baru lahir.

Namun, anak lembu itu tidak dapat diselamatkan selepas kelahirannya, malah turut mengorbankan ibunya.

Foto: Newsflash

Susulan laporan yang dibuat oleh peladang mengenai keanehan itu, doktor haiwan mengkaji anak lembu berkenaan yang lahir di kampung Matkechik, Khakassia awal bulan ini.

Gambar menunjukkan haiwan tidak bernyawa itu kelihatan berwarna merah jambu dibaringkan di atas tanah.


Berdasarkan penelitian terhadap kepada dua kepala haiwan tersebut, kedua-dua matanya kelihatan tertutup seperti dijahit.

Selain itu, lidah masing-masing kelihatan terjelir.

Menerusi media sosial, penduduk setempat memberitahu bahawa anak lembu mutan itu tidak dapat diselamatkan ketika lahir, dan ibunya mati beberapa hari kemudian. -CARI

Sumber: mStar/ Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 27-10-2021 08:18 AM
linnalilah..embu kembar siam xcukup bulan
Quote nakkomenjugak 27-10-2021 02:23 PM
Kalau kat yendia, dah dicop mohor suci dahhh
Quote KamikuP 27-10-2021 04:00 PM
Kalau hidup pun mungkin tersiksa i guess
Quote nurkasih74 27-10-2021 05:38 PM
Ingat berita tempatan.. Kampung Matkechik tu..
Quote syaz_lina 27-10-2021 06:31 PM
Betul ke berita ni..kampung matkhecik russia?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.047078 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top