CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sebulan Kahwin, Zizi Kirana Bahagia Suami Rajin Dan Tak Cerewet

26-10-2021 10:48 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 4807| Komen: 31|Original author: Oleh: Saiful

Description: Sebulah dah kahwin, Zizi Kirana kata dia sangat bahagia melayari bahtera rumah tangga dengan Yusuf Bahrin.
Sebulah dah kahwin, Zizi Kirana kata dia sangat bahagia melayari bahtera rumah tangga dengan Yusuf Bahrin.

Kata penyanyi ini, aktiviti hariannya berubah kerana perlu menjalankan tanggungjawab seorang isteri.



Foto: IG

"Sekejap sahaja dah sebulan kami berkahwin, sejujurnya memang seronok. Sebelum ini urus diri sendiri saja, sekarang ni kena buat semua kerja berdua, dah jadi rutin sediakan bekal makanan untuk Yusuf. Pagi-pagi dah sibuk di dapur.

"Alhamdulillah Yusuf tak cerewet tentang makanan, apa sahaja yang saya masak dia makan. Lagipun dia makan makanan diet, tak susah nak sediakan. Ada hari yang saya sibuk dan perlu bergegas untuk bekerja, dia pula yang masak.


"Sebelum ini kami hanya saling mengenali menerusi video call, bila dah kahwin baru saya tahu Yusuf ni rajin orangnya. Kalau saya kerja dan dia pula cuti, dia akan selesaikan semua kerja rumah," katanya kepada mStar.



Menurut Zizi lagi sekrang dia sedang mencari waktu yang sesuai untuk menunaikan ibadah umrah bersama suami.

"Alhamdulillah seronok dengar dah boleh buat umrah, memang ada perancangan nak pergi... sekarang ini pun tengah intai-intai travel agensi yang boleh uruskan dengan cepat.




"Bestnya kalau dapat pergi umrah dalam masa terdekat ni... InsyaAllah kalau ada rezeki, kami pasti akan ke sana juga.

"Apa-apa pun kami mahu selesaikan dahulu kerja di sini, Yusuf pun tengah sibuk dengan penggambaran sehingga Disember depan... bila dah selesai semua tu barulah boleh buat umrah." -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 26-10-2021 10:58 AM
Alhamdulillah.. smoga couple ni berbahagia selalu..
Quote LadyCarefree 26-10-2021 11:11 AM
Orang2 kaya sibuk buat umrah tiap tahun pergi haji banyak2 kali. Bukan benda wajib buat gitu. Tapi wajib bantu ahli keluarga, jiran2 dan org miskin kawasan sekitar. Salah konsep diorang ni.
Quote Cleocatra 26-10-2021 11:15 AM
Baru sebulan kawen dek non oii
Semuanya seperti diawang awangan
Kentut pun wangi, siap sanggup sedut bau
Masa panjang lagi ke depan
Semoga ke jannah bersama....
Quote babelina 26-10-2021 11:30 AM
Aku dlm sebulan kawin agk keliru cikit.. sbb aku bcinta lps kawin.. nk fhm suami.. suami nk fhm aku.. perangai biasa yg aku selalu ckp direct jer aku kna lapik cikit bila ckp ngn laki aku.. sbb dia ngn aku ibarat api n air.. kira dia byk slow down kn aku.. alhamdulillah.. ye la.. bila 40an br ko nk kawin.. kiranya wall yg ko bina tu dh tinggi dh.. pelan2 ko pecahkn..
mgkn sblm kawin becinta.. lain kot.. mcm zizi nie la kot.. hehe
Quote anony-mous 26-10-2021 11:49 AM
X sia2 tayang teks sana sni. Ubah muka sana sni. So sapa yg single lg, boleh follow she. Suntik bg putih, muka adjust, tayang teks, by the time ko dah famous, dah beratur laki kat belakang, start la bertudung n taraaaaa dpt jejans herlok mcm ni.

Lupakan nasihat yg kata xperlu cantik2
Quote Masukkeluar 26-10-2021 12:17 PM
anony-mous replied at 26-10-2021 11:49 AM
X sia2 tayang teks sana sni. Ubah muka sana sni. So sapa yg single lg, boleh follow she. Suntik bg p ...

mmg tak sangka dulu sexy nak mati si zizi tu. alih alih skrg dh berlitup kdg berpurdah. ntah la aku rs mcm eh kenapa tiba tiba drastik..
dpt plak laki mcm si usop yg ntah aku rs mcm a bit poyo nk jd terpaling islamik dgn berkopiah bertabligh.. tp tetap cari rezeki belakon sana sini..rasa mcm tak "kena"

Quote beta_carotene 26-10-2021 12:41 PM
kalu dpt laki sesedap ni, pemalas pun hadap je la khuenss.. asal sedap
Quote shahirakay 26-10-2021 12:42 PM
Masukkeluar replied at 26-10-2021 12:17 PM
mmg tak sangka dulu sexy nak mati si zizi tu. alih alih skrg dh berlitup kdg berpurdah. ntah la ak ...

dulu ai olls nyampah dengan zizi ni.. intimidated betul dengan keseksian dia, dah la badan perfect hahahaha.. lepas tu gigih buat lagu lebih sudu dari kuah kecam kecam kecam tu. memang kena kecam la dah ko belanjeeee kan.. lepas dia kawen terus aku boleh terima zizi ni siap follow kat ig hahaha.. psiko pulak aku rasa.
Quote anony-mous 26-10-2021 12:52 PM
Masukkeluar replied at 26-10-2021 12:17 PM
mmg tak sangka dulu sexy nak mati si zizi tu. alih alih skrg dh berlitup kdg berpurdah. ntah la ak ...

Kita bg dlu dia peluang. I paham maksud u sbb dah byk retis mcm ni xsmpai berapa bulan, berubah balik kejadian. Cumanya i nk ckp, cantik itu penting walau terpaksa merubah, nanti2 ko tobat la mcm zizi ni
Quote anony-mous 26-10-2021 12:52 PM
shahirakay replied at 26-10-2021 12:42 PM
dulu ai olls nyampah dengan zizi ni.. intimidated betul dengan keseksian dia, dah la badan perfect ...

Jd lah kurus then cucuk filler kat teks n boom! Dpt la bdn mcm sheol. Jgn lupa drip kasi putih
Quote LoveSungmin 26-10-2021 01:56 PM
baru sebulan kot.. kentut pun tengah wangi lagi
Quote fly_in_d_sky 26-10-2021 02:18 PM
dari umrah better haji (wajib). Umrah ni dilakukan selepas haji ..
pelik pelik ...

LadyCarefree: Orang2 kaya sibuk buat umrah tiap tahun pergi haji banyak2 kali. Bukan benda wajib buat gitu. Tapi wajib bantu ahli keluarga, jiran2 dan org miskin ka ...


Quote exclusive_vvip 26-10-2021 03:55 PM
ZK yg rendah @ yusuf bahrin tu tinggi sangat?
Quote Kurex 26-10-2021 04:20 PM
Baru sebulan
Quote miss_perfect 26-10-2021 04:26 PM
exclusive_vvip replied at 26-10-2021 03:55 PM
ZK yg rendah @ yusuf bahrin tu tinggi sangat?

Selepas melakukan sedikit carian, zizi ni pendek. Sebab dia pernah mengaku masa sekolah dulu orang ada ejek dia pendek, hitam, jongang.
Quote SpyLeman 26-10-2021 04:43 PM
Zizi yg dulu tak seshantek skrg kan? Byk bethol ke dia bikin? Lagi satu, dia mmg dah bertudung litup for real ke?
Quote manehnya 26-10-2021 06:52 PM
Untung laaa sis ...
Quote Cekla 26-10-2021 07:45 PM
suka dengar dia nasyid..suara menusuk kalbu
Quote exclusive_vvip 26-10-2021 08:59 PM
miss_perfect replied at 26-10-2021 04:26 PM
Selepas melakukan sedikit carian, zizi ni pendek. Sebab dia pernah mengaku masa sekolah dulu orang ...

ah I see2..ingatkn yusuf bahrin ni tinggi smpi 190cm ke

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:19 PM GMT+8 , Processed in 0.298792 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top