CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

"Artis Kerja 16-20 Jam Sehari, Tibai Selagi Boleh,"- Juliana Evans Tak Puas Hati

26-10-2021 10:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4750| Komen: 65

Description: Pelakon dan pengacara jelita, Che’Puan Juliana Sophie binti Johari Evans atau lebih dikenali sebagai Juliana Evans tampil bersuara terhadap isu pelakon yang bekerja lebih masa di set penggambaran.
Pelakon dan pengacara jelita, Che’Puan Juliana Sophie binti Johari Evans atau lebih dikenali sebagai Juliana Evans tampil bersuara terhadap isu pelakon yang bekerja lebih masa di set penggambaran.


Menerusi laman Twitter, beliau memuat naik screenshot Insta Stories beliau mengenai berita aktor Bollywood, Alec Baldwin yang tertembak mati kru penggambaran menggunakan pistol dan peluru replika ketika menjalani latihan bagi penggambaran filem Rust di Santa Fe, Nex Mexico pada Khamis lalu.


Foto: IG

“Dah lama nak cakap pasal issue ni sebenarnya. But i’ve always been shut by people about it.”



Dia turut tidak menyangka bahawa masalah bekerja lebih masa di set penggambaran turut berlaku pada industri Hollywood.

“Ingatkan kat Malaysia je. Hollywood pun ada masalah dengan overworking hours on set. Itu baru 12-13 jam diorang dah bising. Malaysia?? 16-20 jam tu normal. Tibai selagi boleh. Selagi langit tak cerah lagi.”

Dia turut menjawab persoalan netizen jika terdapat perbadanan yang lindungi pelakon yang bekerja lebih masa.



“Sebagai budak kilang, selalu jugak terfikir, Orang-orang yang kerja fast food bukan 24 jam, fashion boutiques, krew filem semua hak diorang sebagai pekerja nak refer dekat mana?" tanya netizen.

Juliana Evans kemudian memberitahu bahawa tiada perbadanan yang melindungi pelakon dan krew yang bekerja lebih masa. Beliau turut mendedahkan bahawa para pelakon tidak boleh bersuara sepanjang masa terhadap isu tersebut.




“Kalau pekerjaan biasa ada KWSP yang protrect workers kerja OT ke apa. Tapi pelakon dan krew kerja overtime? Takde perbadanan yang protect. Actors can’t speak up most of the time.”-Jelas Juliana Evans

Sekadar info, Pelakon dan pengacara ini merupakan isteri kepada Yang Mulia Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj atau lebih dikenali sebagai Tengku Adeq. Pasangan ini telah berkahwin pada 30 April 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah. -CARI

Sumber: Murai.my


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dejure 26-10-2021 11:37 AM
Skg kan kalau kerja sendiri pon boleh carum kwsp.i dulu kerja sendiri setiap bulan carum kwsp sendiri.suka hati nak masukkan berapa dlm akaun tu
Quote anony-mous 26-10-2021 11:46 AM
Since when kwsp protect pekerja lebih masa? Apo bimbo nau. Klau jawatan ko exec ke atas , keje lebih masa pon x ada OT
Quote musangbodoh 26-10-2021 11:57 AM
dia kalo x ckp, senyum je pun bikin jantung dap dip dup...
Quote msdummy.2018 26-10-2021 12:03 PM
Retos kerja 16jam, payment skali masuk belas ribu...ribu2...marhaein kerja 16jam shari gaji 2k jer sbulan...tuh hr2...xpyh nk bndg2kan sgt...
Quote mojarean_X 26-10-2021 12:07 PM
msdummy.2018 replied at 26-10-2021 12:03 PM
Retos kerja 16jam, payment skali masuk belas ribu...ribu2...marhaein kerja 16jam shari gaji 2k jer s ...

Dia ckp bkn pelakon sahaja tp krew juga. Jgn hanya lihat pelakon2 yg terima byrn masyuk tu.
Quote kakuzu 26-10-2021 12:10 PM
perbandingan taknak kalah.. dengan hollywood
hollywood buat cerita tembak2
malaysia buat cerita anak orang kaya yg asyik sibuk bercinta
Quote Pujangga22 26-10-2021 12:16 PM
KWSP negara mn ko ckp ni yg protect ko keje lebih masa..klu kt Msia ni ko keja 24/7 ada kwsp kesah..
















Quote nsagb 26-10-2021 01:08 PM
Edited by nsagb at 26-10-2021 01:10 PM

Erghhh kwsp x protect org OT huuhhhu mungkin sheolls dh lama x kerja mcm rakyat marhaen kot jd silap tang kwsp tu
Quote SherryZass 26-10-2021 01:15 PM
Menerusi laman Twitter, beliau memuat naik screenshot Insta Stories beliau mengenai berita aktor Bollywood, Alec Baldwin...


Bollywood ke dek??
Quote shernazz 26-10-2021 01:25 PM
Orang opis panggil pejabat buruh..
Hoho..
Bukan kwsp
Kwsp kalau company tak carum
Dia cari sampai lubang cacingg
Quote naina 26-10-2021 01:47 PM
Apalah dia ni
Artis kerja 16 jam pun payment masyukkk belas2 puluh2 k
Makan free produser sponsor
Orang keje makan gaji takat tu jelah rm2,3 k je
Pastu nak banding Hollywood sana lagi payment juta2
Ko nak apa sebenarnya? Nak retis shooting macam opis hour ke? Nak standby props segala mekap2 pun ambik masa kan
Quote nakkomenjugak 26-10-2021 02:05 PM
Edited by nakkomenjugak at 26-10-2021 02:07 PM

Kalau jenis kerja masuk duit masyuk belasan puluhan ribu, iol pun tak kisah
Marhaen buat kerja berat2 bulan2 dapat berapa je
Dalam kes ni iol kesian kan krew2 bts jahh
Quote adeqbun 26-10-2021 02:14 PM
p la apply keje speedmart..leh keje ikut shift..
pelakon kerja lebih masa ikut job..abest job kalau x larat jgn buat back to back,.nak masyukkkk buat back to back nonstop..tu pilihan masing2..jgn compare ngan org keje opis..lain tu..
Quote doubleharmonic 26-10-2021 02:57 PM
selayaknyalah ko always been shut by people. jadah nya kwsp protect kalau kerja lebih masa? protect kau punya duit?
Quote doubleharmonic 26-10-2021 03:00 PM
motip nak kena bandingkan dengan keja rakyat marhaen? #dengkike? ko punya keja takat shooting berapa hari dalam sebulan tu jah dah lebih dari gaji setahun rakyat marhaen?
Quote babelina 26-10-2021 03:01 PM
ktorg nie klau ada kje mmg kna stay kt ofc.. xde kira OT pn..
klau nk kuar mkn dulu.. then masuk blk pn bole.. asal kje ko siap.. tp esok leh la masuk lmbt cikit.. boss pn x la marah ko..
bkn la selalu.. yg ptg environment kje best.. boss lbh kurang.. xde OT pn kita ok jer..
Quote doubleharmonic 26-10-2021 03:02 PM
lepas tu nak meroyan takde protect lah hapa bagai? persatuan finas seniman segala jadah mak nenek tu buat apa selama ni? labuh bontot goyang telor terbang burung jah?
Quote sharlenetexas 26-10-2021 03:03 PM
Philipines lagi teruk working hour. Persaingan sengit.
Quote TerataiMelur02 26-10-2021 03:09 PM
Dah jadi tai2 tu diam2 je la toksah sibuk nak berlakon jugak.

Orang lain kerja lebih masa jugak gaji pun berapa je.

Lihat semua komen(65)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

8-12-2021 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.075613 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top