CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Berita Kematian Khadijah Ibrahim Palsu

22-10-2021 02:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2814| Komen: 14

Description: Alhamdulillah. Saya sihat dan baik-baik sahaja.”
"Alhamdulillah. Saya sihat dan baik-baik sahaja.”

Itu jawapan yang diberikan sendiri oleh penyanyi legenda Datuk Khadijah Ibrahim tentang keadaan dirinya ekoran tular berita daripada sebuah portal yang memberitahu dia meninggal dunia, semalam.


Khadijah atau lebih mesra memanggil dirinya ibu Khaty ketika dihubungi Kosmo! Online berkata, dia tidak terkejut dengan berita sebegitu (meninggal dunia) kerana sering terjadi.


Foto: Google

“Mereka (pemberita) tidak fikir kesahihan tentang berita tersebut dan terus menulisnya tanpa usul periksa. Saya rasa kelakar pun ada,” ujarnya.


Ujar penyanyi berusia 62 tahun itu, dia telah mendapat banyak panggilan telefon serta mesej daripada rakan-rakan yang terkejut dengan berita tentang kematian dirinya.

“Tak baguslah buat berita sebegitu. Keluarga saya sendiri ada yang terkejut dan menangis-nangis menelefon saya.

“Berita sebegitu (kematian) menakutkan mereka. Tak baik sebarkan benda yang tidak betul. Lagi pula berita tentang kematian bukanlah sesuatu yang menggembirakan,” katanya.

Foto: KOSMO

Pada masa sama, penyanyi yang popular menerusi lagu Ku Gembira Disampingmu itu bersyukur kerana masih ramai lagi insan-insan dan peminat yang masih menyayangi dirinya sebagai seorang penghibur.

“Alhamdulillah. Saya bersyukur kerana masih disayangi. Moga-moga berita sebegitu membuatkan lebih ramai orang mendoakan saya supaya panjang umur,” jelasnya.

Terdahulu, tular sebuah artikel yang memberitahu bahawa Khadijah telah meninggal dunia sekitar pukul 4.30 petang semalam di Wad Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur kerana masalah komplikasi buah pinggang. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 22-10-2021 02:50 PM
Sape ajelah byk masa sgt fake kan kematian org.
Quote Tinot7 22-10-2021 02:51 PM
khatijah ibrahim lain kott???

baidewei, kedai makan dia kat PJ tuh masih bukak ke dakk?
Quote slyfynx 22-10-2021 03:34 PM
Maybe die namakan rumah die teratak Rahmatullah.
So die balik rumah je boleh bukak thread kembali ke Rahmatullah
Quote Sagun36 22-10-2021 04:29 PM
Yang meningggal tu Datin Khatijah Ibrahim, Isteri Ustaz Dato' Fadzil Mohd Noor.
Quote Trumpettt 22-10-2021 06:56 PM
Netizen kenal artis je...
Quote Nenasketum 22-10-2021 07:05 PM
62 jer umo dia, muda la lagi. Omputih umor mid 70’s masih ligat. Yang tabur2 pitenah tu dapat apa la agaknya
Quote makneng 22-10-2021 07:10 PM
Sagun36: Yang meningggal tu Datin Khati ...

Dah agak dah... Nama sama tapi reporter terpaling pi tepek pic Khatijah lain..
Sangkak reporter pun
Quote zie_indah 22-10-2021 08:04 PM
Sapa kata la yg kata fitnah ibu khaty ni bnyak masa free betoi
Quote nakkomenjugak 22-10-2021 08:39 PM
Sape lahanat tu nak sangat orang mati???
Mintak si debab suka curang tu ke kubo kalau nak sangat orang mati
Quote AKAZ85 22-10-2021 09:06 PM
Tutup dah tinot.. Dia buka kedai baru kat melaka pulak..
Quote leftrani_kel 23-10-2021 10:27 AM
Alhamdulillah masih hidup
Quote musangbodoh 23-10-2021 11:03 AM
mak jan nie
Quote debab_78 23-10-2021 12:52 PM
Ini yang kita mahukan
Quote eely_shana 1-11-2021 10:39 PM
panjang umur kata org

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.061635 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top