CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

10 Kereta Rosak Dilanggar Lori, Netizen Ucap Terima Kasih?

22-10-2021 09:31 AM| Diterbitkan: usopikhwan| Dilihat: 3533| Komen: 22|Original author: Usopikhwan

Description: Kereta Dilanggar Lori, Netizen Ucap Terima Kasih Mereka yang tinggal di Putrajaya atau kawasan berdekatan mungkin sangat mengenali kompleks E, yang merupakan kompleks besar yang didirikan atas urusan ...

 

Mereka yang tinggal di Putrajaya atau kawasan berdekatan mungkin sangat mengenali kompleks E, yang merupakan kompleks besar yang 

didirikan atas urusan kerja kerajaan. 


Antara kompleks kerajaan yang ada di situ adalah Kementerian Dalam Negeri ( KDN ), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) dan 

beberapa Kementerian lain.


Baru-baru ini, tular di media sosial apabila sebuah lori dengan nekad melanggar lebih 10 buah kereta yang diletakkan di bahu jalan di Parcel E.


Lantas kejadian itu menyebabkan hampir ke semua kereta mengalami kerosakan seperti calar teruk dan patah cermin sisi.


 

Sumber Rakaman CCTV

Video yang tular itu turut mendapat banyak reaksi netizen dan antaranya ada mengucapkan terima kasih kepada “ Abang Lori ” kerana

melanggar kereta berkenaan. 


Ini kerana tempat di bahu jalan itu tidak dibenarkan parkir sama sekali.

 
 Tetapi ada juga individu tidak bersetuju, kerana berpendapat kawasan kompleks E itu memang susah mendapat parkir.
Walaubagaimanapun, kesemua mangsa telah membuat laporan dan menyerahkan rakaman CCTV kepada pihak polis. 

Ketua Polis Daerah Putrajaya, meminta pemandu lori berkenaan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD ) Putrajaya bagi memberi keterangan. -CARI







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rikuren 22-10-2021 10:08 AM
Sapa yang kerja area sini tau la azab parking macam mana.Ada pengawal yang round tau nak check kesalahan parking n terus clamp. Pelik pulak dorang benarkan double parking macam ni. Hari-hari kena datang kerja. Parking limited. Parking bayar hari-hari pun perit jugak. Alih-alih terima kasih kat abang lori ye..hmmm
Quote KamikuP 22-10-2021 11:18 AM
Brp byk thread abng lori nak bukak daaa
Quote uda 22-10-2021 12:41 PM
Memang area situ teruk parking. My sister datang awal and dapat tempat parking tapi bila nak balik - ada kereta yang double park kat belakang. Satu hal pulak dia kena tolak kereta tu. Kitaa usaha keluar rumah awal and nak dapat tempat parking tapi ada yang senang2 je parking kat belakang. Ingat senang ke nak tolak kereta, beratnya!
Quote rikuren 22-10-2021 01:10 PM
Saya pun pernah kerja sini.Memang berebut nak parking awam. Tak larat juga nak kena bayar hari-hari. Mana yang sempat je lah.
Quote aliaa 22-10-2021 02:52 PM
oh memang tak disediakan parking utk staff ya
Quote rikuren 22-10-2021 04:36 PM
aliaa replied at 22-10-2021 02:52 PM
oh memang tak disediakan parking utk staff ya

Yang free limited. Yang berbayar pun limited sampai double triple parking.Sebenarnya during office hour lori tak boleh lalu jalan yang lori tu lalu.
Quote LadyCarefree 22-10-2021 06:44 PM
Hari²lah PPj patut clamp dan saman semua yg illegal parking ni. Takpun lori sampah mai langgar macam lori ni buat. Padan muka. Xcukup parking ka apa ka bukan alasan parking sesuka hati. Benci sungguh org guna alasa ni. Pi parking betul² then naik Grab.
Quote nakkomenjugak 22-10-2021 08:47 PM
Kalau parking lot pun sedehhh haukkk kedekuttttt
Ko expect orang nak letak kereta kat mana?
Ada tak tempat yang disediakan khas untuk parking kereta?
Naik grab atau car pool?
Quote Cikembok 22-10-2021 10:27 PM
Putrajaya tu dh baper belas tahun dh wujud.. Masalah parking still tak settle.. Mcmana lah tak der dlm plan bgunan parking eh, dh tau byk kompleks kerajaan kt situ.. Aku klu nk p wisma tani tu, kena parking kt atas rumput kat Kawasan seberang sana.. Kalau ujan, abis lecak2 kt situ... Sabar jer lah..
Quote che-cikL 22-10-2021 10:28 PM
Salah content berita ni. KDN di Parcel D, pastu JAKIM pulak di FIC sebelah Masjid Besi sana, bukan di Presint 1.
Quote che-cikL 22-10-2021 10:30 PM
TT wartawan Cari in the making ke? Bawak2 lah check fakta dulu sebelum menulis, jangan nak kejar buat berita bertubi2.
Quote che-cikL 22-10-2021 10:31 PM
Pastu dah lah ada di CI dah, bukak pulak kat sini.
Quote Zeatyisaac 23-10-2021 07:30 PM
nakkomenjugak: Kalau parking lot pun sedehhh  ...


Setuju. I ambik grab je, dah tahu susah parking sana. Senang, ambik Grab pergi dan ambik grab balik.
Quote fortiori13 23-10-2021 09:01 PM
rikuren replied at 22-10-2021 08:36 AM
Yang free limited. Yang berbayar pun limited sampai double triple parking.Sebenarnya during office ...

Mungkin lori tu tak biasa kawasan tu, jadi dia tak tahu yang jalan tu kereta double park, sempit utk lori. Sebab tak silap awal2 nak masuk jalan tu tak ada letak apa2 tanda amaran pun kan yang lori tak leh masuk. Sapa yg biasa area tu je tahu.
Quote Normabaru 23-10-2021 11:13 PM
yang sembang parking mahal tu try duduk sebelah klcc ni.. See how much we spend byr parking.. Duit elaun xberusik siap tol minyak sume cut cost sbb duk quarters lg mau byk bunyik.. Hujung bulan korg la yg perabih beli latest baju n tudung kt online sume tu.. Ade plak duit ye? Hehehe
Quote epal21 24-10-2021 11:45 AM
Sapa2 dok & kerja  atau yg pernah datang Putrajaya tahu lah azabnya parking dekat kompleks gomen. Mungkin acik2 tu terpaksa sebab tu parking macam tu. Apa keperluan drebar lori tu hentam semua kereta kat situ? Takde jalan lain? Tak boleh honk bagi alert? Iols wonder, berani tak drebar lori ni buat perkara yg sama dekat taman desa, kl? Situ pun parking bertindih & sempit. Tak berani kacau kan, sebab situ majoritinya Cina. Mahu drebar tu kena parang dgn Cina2 situ.
Quote merrissa 24-10-2021 03:04 PM
kat situ juga ke yg viral parking kosong hanya utk staf tp staf tkde?

tp xptt la di padan muka kan kereta yg dilanggar...bukan saja2 parking tp mmg xde parking kan....

cube diri sndri yg kene...
Quote umbut 24-10-2021 06:36 PM
Abg lorry betul2 geram.. Lantakler sapa soh ganggu laluan.. Aku rempuh semua.. Takkan nak tgu situ sampai semua owner keta turun.. Sampai malam pun x leh lepas.. Yg owner keta ko report pun ko ada salah..
Quote Lagubestbest 24-10-2021 08:23 PM
Normabaru replied at 23-10-2021 11:13 PM
yang sembang parking mahal tu try duduk sebelah klcc ni.. See how much we spend byr parking.. Duit e ...

nak bragging ke? mahal tetap mahal la tak kira la mahal sikit ke mahal terlebih.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.053908 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top