CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Karyawan Dakwa RPM Dan Sheila Majid Guna Dana RM2.9 Juta

20-10-2021 08:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3004| Komen: 18

Description: Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) mendakwa Datuk Sheila Majid dan ahli lembaga pengarah Recording Performers Malaysia (RPM) menyalahguna dana RPM sebanyak RM 2.9 juta.
Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) mendakwa Datuk Sheila Majid dan ahli lembaga pengarah Recording Performers Malaysia (RPM) menyalahguna dana RPM sebanyak RM 2.9 juta.


Presidennya, Datuk Freddie Fernandez berkata, aktiviti ini berlaku seminggu menjelang Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) RPM pada 28 September lalu.

Freddie, Foto: Harian Metro

"Laporan sudah dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu pejabat SPRM, Putrajaya jam 11 pagi semalam.

"Pembayaran sebanyak RM 2.9 juta secara sama rata kepada semua anggota yang didaftarkan seminggu sebelum AGM mungkin boleh ditafsirkan sebagai percubaan lembaga pengarah untuk membeli sokongan daripada ahli untuk menentukan mereka terpilih dalam AGM.


"Sejak akhir 2020, RPM mempunyai RM21 juta wang ahli dalam akaun bank mereka tapi hingga September tahun ini, tidak ada usaha untuk mengagihkan wang itu kepada ahlinya dengan cara betul menurut laporan penggunaan," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, adalah jelas bahawa RPM tidak memiliki kompetensi yang diperlukan atau kakitangan untuk melakukan pengagihan itu.

"Namun, ketika desakan ahli untuk mereka berundur jadi semakin kuat menjelang AGM pada 27 September lalu, mereka bukannya mengagihkan royalti secara telus mengikut laporan penggunaan.

"Malah lembaga pengarah sudah membuat keputusan untuk memberikan royalti sama rata sebanyak RM1700, kepada lebih kurang 1500 ahlinya.

"Ini dilakukan seminggu sebelum mesyuarat agung dan menimbulkan tanda tanya. Ia dilihat sebagai tindakan oleh lembaga pengarah untuk pertahankan kedudukan mereka dan boleh ditafsirkan sebagai penyalahgunaan dana syarikat untuk mempengaruhi proses pengundian," katanya.


Foto: IG

Freddie berkata, perlu diingatkan bahawa seminggu sebelum mesyuarat agung itu, lebih dari 240 ahli sudah menandatangani resolusi yang meminta agar seluruh ahli lembaga pengarah berundur dan diadakan pemilihan baharu.

"Sheila sebelum ini juga sudah dikritik sekeras-kerasnya kerana gagal menyelesaikan masalah berkaitan dengan royalti artis walaupun sembilan tahun memegang jawatan pengerusi di RPM.

"Dia juga dikritik atas kegagalannya menghadiri pertemuan yang dipanggil oleh Menteri yang ingin menyelesaikan masalah royalti artis.

"Sehingga sekarang masih ada banyak masalah yang belum diselesaikan dan setakat ini tiada sebarang tindakan yang jelas diambil oleh Sheila atau lembaga pengarahnya untuk menyelesaikannya," katanya lagi.

Menurut Freddie, tindakan terbaharu ini mengeruhkan lagi keadaan kerana ia jelas melanggar prinsip dasar organisasi pengurusan kolektif seperti RPM, yang objektifnya adalah untuk mengutip royalti dari pengguna dan memberikannya kembali kepada anggota yang muziknya digunakan oleh mereka yang sudah membuat pembayaran royalti.

"Mereka yang muziknya tidak muncul dalam laporan penggunaan seharusnya tidak berhak mendapat royalti.

"Namun apa yang kita lihat di sini adalah kes di mana seorang 'pengerusi' dan lembaga pengarah yang menghadapi tuntutan pengunduran diri dari ramai ahli memutuskan untuk mengambil RM2.9 juta dari akaun bank syarikat dan mengagihkannya secara sama rata kepada semua anggota yang didaftarkan seminggu sebelum AGM.

"Mereka melakukan ini tanpa berusaha untuk mengenal pasti ahli mana yang berhak mendapat royalti dan mana yang tidak.

"Ini bermaksud bahawa mereka menggunakan wang milik ahli yang berhak mendapat royalti untuk membuat pembayaran kepada mereka yang tidak berhak mendapat royalti," katanya.

Freddie berkata, ini adalah pelanggaran yang jelas terhadap peraturan kutipan dan pengagihan royalti dan dapat dilihat sebagai usaha untuk mendapatkan sokongan untuk diri mereka dan memastikan pemilihan mereka semula menjadi lembaga pengarah.

"Kami sudah meminta bantuan SPRM untuk menentukan jika ada unsur-unsur rasuah oleh Sheila dan pengarah yang lain, termasuk jika perlu membuat dakwaan terhadap mereka jika keadaan memerlukan," katanya.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 20-10-2021 09:00 AM
Iols percaya takde berits herlokkk pun sejak sheols jadi pengerusi apa entah tu...

Lepastu mewah semacam je
Quote nakkomenjugak 20-10-2021 09:13 AM
Aihhhh acik sheila pun verangan nak jadik kak mah?
Quote Jayayakaka33 20-10-2021 10:35 AM
Mcm dah lama je dgr kes ni
X de apa2 tindakan ke
Quote electricopop 20-10-2021 10:37 AM
Seriouslah Miss Majid??
Quote jas7512 20-10-2021 10:55 AM
Sheila ni x reti2 ke trn dr takhta tu..org dah x suka..lagu dia pun mmg certain org je kot yg suka...i suka dgr pengemis cinta je..lain dr tu telinga i x blh nak hadam..huhu...tapi sheila ni penyanyi je kan..bkn komposer or penulis lirik..why in the 1st place dia jd pengerusi ya..lobi ke...terimgat satu waktu dahulu..puluhan thn dulu terserempak dgn dia kat mbb ampang park..dia x pandai keluarkan duit dr atm machine sampai kerani bank kn ajar  skrg dah pandai lah kot
Quote babelina 20-10-2021 11:02 AM
klau ye la kn.. apa dia buat ngn duit tu.. hmmm bila dh senja.. kuar pula citer2 x best..
Quote Cik_jantung 20-10-2021 12:47 PM
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 12:56 PM

..........
Quote sambaldurian 20-10-2021 02:00 PM
dulu bkn dia ada mengata kerajaan ke, x ingat which kerajaan, ckp rakyat hidup ssh.
Quote Acikgomen 20-10-2021 02:39 PM
Nenek sengau neh snobbish namampossssss
Penyakit keturunan
Maknye dedolu layan maid mcm hamba, fefeling jadi sultanah
Quote KamikuP 20-10-2021 03:26 PM
Jadi sapa yg tertipu ni? Tipah ke Miss Majid?
Quote ezacbee 20-10-2021 03:30 PM
sambaldurian replied at 20-10-2021 02:00 PM
dulu bkn dia ada mengata kerajaan ke, x ingat which kerajaan, ckp rakyat hidup ssh.

Zaman najib, diakan team PH.


Quote sleepandream 20-10-2021 03:33 PM
iols rasa macam dah lama freddie ni report kat SPRM heols dgn few penyanyi mcm datuk khatijah ibrahim buat PC tahun lepas dulu... SPRM takkan buat pekak je? ke dah dapat duit kopi dari tok sheila ni?

kowser.... retis terpaling eksklusif ujong2 makan duit royalti orang lain.... choyyyy
Quote TabletSusu 20-10-2021 03:57 PM
bila org dah x suka.. org dah start mengata terang2.. ptt faham dan sedar diri.. dan sepatutnya dah undur diri.. tp ikut keras kepala.. tetap jgk nak duk kat jwtn yg sedia ada tu. klu ko btul baut keja, org xkan mengata ko terang2an
Quote anilanil 20-10-2021 04:05 PM
Nak ot ckit. Anaknya keda tu kerja apa? Nyanyi lagu haram tak sedap. Monthly expenses tok sila still bagi allowance ke?
Quote Prickford 20-10-2021 05:05 PM
anilanil replied at 20-10-2021 04:05 PM
Nak ot ckit. Anaknya keda tu kerja apa? Nyanyi lagu haram tak sedap. Monthly expenses tok sila still ...

Khenzzz...punyalah haukz. Itupon jadi penyanyi sbb mak nya Ratu Jazz, tumpang populariti je.

Mmg tak talented. Nak2 apaknya pon sama, bersepah2 anak.


Quote SpyLeman 20-10-2021 11:39 PM
Kes ni dah bunyi lama tp sprm sengaaappp jer.. ke pasai miss majid bff dgn org yestana bauksit?
Quote Nham22 20-10-2021 11:57 PM
Ooo kabel die dasyat... Kdg2x depa ni tempat penyucian duit ja.....sbb tu die kene dok kat atas ja... Xbe tukar org
Quote becir 21-10-2021 08:14 AM
Kalau betulla mmg tak sangka dibuatnya. Dia bukan anak orka ke..nak maintain lifestyle ke hapa..

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.066766 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top