CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Beza Usia 14 Tahun Bukan Penghalang Jodoh Jojie

8-6-2015 09:43 AM| Diterbitkan: CMFreporter2| Dilihat: 26046| Komen: 118

Description: Pada usia 50 tahun, akhirnya Jojie bertemu dengan pasangan hatinya, Syazrizal Ismail yang berusia 36 tahun
Oleh: CMFreporter2

Meskipun memiliki jarak usia 14 tahun, namun ia bukan menjadi penghalang kepada penyatuan hati Jojie Aminuddin yang merupakan pengurus dan kakak kepada Ratu Rock Negara, Ella. 


Pada usia 50 tahun, akhirnya Jojie bertemu dengan pasangan hatinya, Syazrizal Ismail yang berusia 36 tahun.

Menurut laporan di Mstar Online, majlis akad nikah berlangsung di Masjid Ara Damansara pada Jumaat lepas. Pasangan berkenaan dinikahkan oleh Jurunikah Mukim Subang, Ustaz Abdul Halim kira-kira jam 10.06 malam.

Jojie kelihatan sangat manis dan menawan dengan persalinan rona putih, menerima wang hantaran sebanyak RM20,000 dan mas kahwin RM888 daripada pengantin lelaki.







Dalam pada masa yang sama, Jojie turut menyatakan tidak akan meninggalkan kerjayanya sebagai pengurus kepada Ella meskipun sudah mendirikan rumah tangga.

"Saya akan terus menguruskan Ella dan Syah tidak menghalang apa yang membuatkan saya gembira.

"Syah juga menggalakkan dan suka dengan kerjaya saya ini, dia mahu saya terus aktif dalam industri biarpun selepas berkahwin," ujar Jojie menerusi portal Mstar online. 


(Sumber foto: Mstar Online)



Tahniah diucapkan kepada pasangan Jojie dan Syahrizal. Semoga kedua-dua pasangan ini terus kekal bahagia hingga ke akhirnya. - CARI Infonet

8

Bagus
15

Marah
13

Terkejut
13

Sedih
5

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote joey_mcintrye 6-6-2015 10:34 AM
Tahniah...  tp lps ni mesti ada pemforum yg mulut xde insurans mengutuk dh tua br nk kahwin....xleh dpt anak la....   Dah jodoh ditentukan begitu
Quote Syd 6-6-2015 10:36 AM
joey_mcintrye replied at 6-6-2015 10:34 AM
Tahniah...  tp lps ni mesti ada pemforum yg mulut xde insurans mengutuk dh tua br nk kahwin....xleh  ...

tak boleh veranak, boleh laa amek anak angkat..
yang muda pun, kawen lama pun ada yang tak dapat anak...

harus2 laa dorang dah pikir masak2 sblm tawen kan?



Quote slipar_jepon 6-6-2015 10:41 AM
mcm x caya je dah 50 thn. tahniah makcik
Quote pinkzara 6-6-2015 11:06 AM
50 era 2015 tak sama dgn 50 era 80-an..
Quote babyorange 6-6-2015 11:09 AM
jojie lngsung xnmpk 50
Quote Syd 6-6-2015 11:15 AM
Edited by Syd at 6-6-2015 11:16 AM

ni gambo dari fb forumer @bayieng amek... heheheh (nyahh, mak skodeng fb u ols nehhh) muahs ciked.









Quote bambimo 6-6-2015 12:21 PM
pinkzara replied at 6-6-2015 11:06 AM
50 era 2015 tak sama dgn 50 era 80-an..

Huhi...
My MIL last brsalin umur 43..tahun 80-an...
Quote melinda_kerr 6-6-2015 12:32 PM
Alhamdulillah.. Cantik jojie ni..
Quote Mizlyn 6-6-2015 12:36 PM
Tahniah jojie n.somi .. Untung ler nampak muda
Quote xtahumenahu 6-6-2015 01:08 PM
tahniah jojie

rezeki masing2 kan...ada yg cepat...ada yg lambat
Quote missDollie 6-6-2015 01:30 PM
tahniah aunty jojie..ada juga orang teman hujung2 usia..
Quote arloonie 6-6-2015 01:45 PM
Cantik jojie..tahniahh
Quote lis_miranda 6-6-2015 01:57 PM
cantik..tengok tak macam 50..tahniah...
Quote Syd 6-6-2015 02:09 PM
Edited by Syd at 6-6-2015 02:11 PM

Jojie Tidak Akan Tinggalkan Kerjaya Urus Ella
Diterbitkan: Sabtu, 6 Jun 2015 1:27 PM
Dari kiri, Ella, Jojie, Shahrizal dan Azhar. Foto RICKY LAI

PETALING JAYA: Kakak Ratu Rock Negara Ella, Jojie tidak akan meninggalkan kerjayanya sebagai pengurus kepada penyanyi itu biarpun sudah mendirikan rumah tangga.

Jojie atau nama sebenarnya, Rozita Aminuddin, 50, berkata, suaminya Syahrizal Ismail,36, tidak menghalang untuk dia terus menjadi tulang belakang kerjaya nyanyian adiknya itu.

"Saya akan terus menguruskan Ella dan Syah tidak menghalang apa yang membuatkan saya gembira.

"Syah juga menggalakkan dan suka dengan kerjaya saya ini, dia mahu saya terus aktif dalam industri biarpun selepas berkahwin," ujarnya kepada mStar Online.


Ella dan Jojie saling memerlukan antara satu sama lain.


Jojie selamat diijab kabul dengan pasangannya Syahrizal Ismail dalam sebuah majlis yang diadakan di Masjid Ara Damansara, di sini, malam Jumaat.

Pada majlis tersebut Jojie menerima mas kahwin sebanyak RM888, manakala wang hantaran sebanyak RM20,000.

Dalam pada itu, Jojie mengakui mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang selepas dua adiknya iaitu Ella dan Korie berkahwin terlebih dahulu.

"Saya tidak mahu melihat mereka bersendirian sebab itu saya ambil keputusan melepaskan mereka berkahwin dahulu.

"Selepas saya beritahu ingin berkahwin, Ella rasa sangat risau dan takut kami akan berpisah, tetapi saya yakinkan dia bahawa saya akan sentiasa ada jika dia memerlukan saya disisinya," ujarnya.

Dalam pada itu, Jojie turut memberitahu bahawa dia dan Ella merancang untuk menunaikan ibadah haji bersama-sama pasangan masing-masing pada tahun ini.

Jojie dan suaminya, Syahrizal


Bercakap tentang keistimewaan lelaki yang menjadi pilihan hatinya, Jojie berkata, Syahrizal merupakan seorang yang memahami dan matang.

Katanya, dia yakin Syahrizal merupakan seorang lelaki yang mampu membimbingnya dalam soal agama.

"Apa yang buat saya terpikat ialah dia sentiasa menjaga solatnya dan mengingatkan saya tentang waktu untuk bersolat.

"Dia juga faham tentang hubungan saya dan adik beradik yang terlalu rapat," katanya.

Sementara itu, Syahrizal berkata, Jojie merupakan wanita yang melengkapi kriteria perempuan patut dikahwini dalam Islam.

Katanya, sepanjang setahun perkenalan mereka, Jojie seorang yang sangat berdikari dan mempunyai pendirian sendiri.

"Dalam Islam wanita yang patut dikahwini ada empat iaitu, agamanya, rupa paras, keturunan dan harta.

Sepanjang kami berkawan saya perhatikan dia ada semua kriteria itu," ujarnya.

Pasangan ini turut merancang untuk berbulan madu di Switzerland selepas resepsi mereka yang dijangka diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri.
Quote sayang_mulut 6-6-2015 02:13 PM
aku suke ella nye adik beradik ni...esp jojie..
Quote Syd 6-6-2015 02:15 PM
sayang_mulut replied at 6-6-2015 02:13 PM
aku suke ella nye adik beradik ni...esp jojie..

ai suka tengok laa
gandingan laki ella ngan laki si jojie..

boleh jadik kawan baikk gituhhh


Quote sayang_mulut 6-6-2015 02:23 PM
Syd replied at 6-6-2015 06:15 AM
ai suka tengok laa
gandingan laki ella ngan laki si jojie..

sangat kan...
Quote Syd 6-6-2015 02:27 PM

laki jojie, mcm baik2 orang nyer, mcam alim pun ye gak...

abang2 sangat...karektor nyer
Quote sayang_mulut 6-6-2015 02:29 PM
Syd replied at 6-6-2015 06:27 AM
laki jojie, mcm baik2 orang nyer, mcam alim pun ye gak...

abang2 sangat...karektor nyer

haritu.. aku rasa 2-3 hari lepas..ada keluar jojie ngn mamat ni kot.. ingat mamat ni macam ustaz2 gitu... rupney laki die

Lihat semua komen(118)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.649432 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top