CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

LG Perkenal Model TV Boleh Gulung Seperti Kertas

5-6-2015 11:13 AM| Diterbitkan: CMFreporter1| Dilihat: 6695| Komen: 15

Description: Firma gergasi elektronik Korea Selatan, LG dilaporkan akan mempamerkan set televisyen saiz kecil dengan skrin boleh digulung sehingga ukur lilit 3 sentimeter seumpama kertas tanpa menjejaskan langsung ...




Setelah berjaya memperkenalkan model televisyen paling nipis di dunia yang boleh dilekatkan di permukaan dinding macam wallpaper bulan lalu, kali ini LG bakal muncul dengan model yang lebih canggih.

Firma gergasi elektronik Korea Selatan itu dilaporkan akan mempamerkan set televisyen saiz kecil dengan skrin boleh digulung sehingga ukur lilit 3 sentimeter seumpama kertas tanpa menjejaskan langsung kualiti lapisan layar.

Ia masih lagi mengguna pakai teknologi televisyen keluaran LG sebelum ini iaitu OLED atau organic light-emitting diode yang dahulunya seumpama kertas dinding untuk ditampal pada ruang permukaan dinding rumah.



Kini teknologi OLED ini diubah suai agar boleh digulung, namun buat permulaan LG hanya mencipta skrin kecil berukuran 18 inci sebelum meningkatkan saiz TV super-tipis itu sehingga 

lebih 60 inci menjelang tahun 2017.

Prototaip model paling canggih tersebut yang ideanya sudah didedahkan kepada umum sejak tahun lalu; bakal dipamerkan menerusi persidangan Society for Information Display 2015 di Amerika Syarikat pada Ahad ini.

OLED dijangka menjadi model televisyen masa depan dan bulan lalu, LG melancarkan beberapa model yang menggunakan teknologi ini dengan saiz ukuran 55 inci yang tebalnya pula kurang daripada 1 milimeter.

Harga TV OLED 65 inci keluaran LG, misalnya mencecah AS$9,000 (RM33,300) tetapi syarikat itu yakin dengan masa depan teknologi tersebut sejajar dengan kecanggihan industri penyiaran dunia.
- CARI Infonet




Sumber : Agensi/ H.A.Amree




10

Bagus
18

Marah
19

Terkejut
15

Sedih
25

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (97 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote purple_leo 5-6-2015 08:08 AM
wowwwwwwwwwww
Quote famri7 5-6-2015 08:26 AM
Lama2 kertas exam,newspaper jadi begini saya syak..tapi untuk sampai tanah air haruslah 2-3 kli pru baru ada.
Quote milot 5-6-2015 08:29 AM
Nakkkkkkk 1
Quote mdhelmi 5-6-2015 08:55 AM
wow
bole letak kat meja opis 1
Quote budakmanentah 5-6-2015 08:58 AM
uuuuuuuuuu wowww
Quote gaara_X 5-6-2015 09:13 AM
lepas nie..handset pun like kertas...lipat masuk poket baju je lepas nie...
Quote dino 5-6-2015 09:17 AM
famri7 replied at 5-6-2015 08:26 AM
Lama2 kertas exam,newspaper jadi begini saya syak..tapi untuk sampai tanah air haruslah 2-3 kli pru  ...

sesuai utk papan iklan je yg aku nmpk....
Quote jofizo 5-6-2015 09:18 AM
lagi senang la penyamun masuk rumah nk curi
Quote dragger 5-6-2015 09:42 AM
tv bole bawak kemane2.. portable..
Quote pittjie 5-6-2015 09:43 AM
dah quite sometimes  jgk kan sis benda ala ni diwar warkan. tu la .. tertunggu jugak awatnya tak dijual2 kat kedai2 lagi. ke masih dlm process percubaan.

Quote liyamariska 5-6-2015 09:49 AM
masalahnya tak jahanam ker kalu dok selalu lipat?
Quote musangcomel 5-6-2015 09:55 AM
pittjie replied at 5-6-2015 09:43 AM
dah quite sometimes  jgk kan sis benda ala ni diwar warkan. tu la .. tertunggu jugak awatnya tak dij ...

klu nak jual secara meluas cam mahal giler kot utk pengguna biasa


Quote pittjie 5-6-2015 10:06 AM
musangcomel replied at 5-6-2015 09:55 AM
klu nak jual secara meluas cam mahal giler kot utk pengguna biasa

apa2 pun gadget with new technology .. awal2 masuk pasaran sura mahal punya. tp try la .. sure berpusu2 org beli.

Quote zjen 5-6-2015 10:11 AM
tered ni kan dulu dah ada,  gila la sampai 30k,   sekali kene kat tikus tau kucing jahanam terus

kang RTM pon dah dkt bungkus,  iols dah lama x layan tv ....   cuali keluar laptop gulung,  itu pon harga jgn sampai 1k baru iols berkenan
Quote musangcomel 5-6-2015 11:04 AM
pittjie replied at 5-6-2015 10:06 AM
apa2 pun gadget with new technology .. awal2 masuk pasaran sura mahal punya. tp try la .. sure ber ...

aku rasa dlm beberapa tahun ni harga mungkin turun la kot
tv led besar2 saiz 50' 60' pon skrg 3-4k dah boleh dpt
dulu2 punya la mahal giler sampai rasa cam tak mampu beli



Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.059536 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top