CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PAS 2015/2017: Proulama Menang BERGAYA- Golongan Pro tersingkir Tak TERDAYA

5-6-2015 10:05 AM| Diterbitkan: CMFreporter1| Dilihat: 8190| Komen: 33

Description: Gelombang penguasaan ulama sememangnya sudah dijangka apabila kelmarin calon-calon proulama di Dewan Pemuda Pusat dan Dewan Muslimat Pas Pusat mencatatkan kemenangan. KUALA SELANGOR 4 ...
             

Foto Oleh : celahgelegar.blogspot.com


Datuk Seri Abdul Hadi Awang ‘mengetuai’ barisan golongan ulama menumbangkan kumpulan profesional dalam pemilihan Pas baru-baru ini.

Dalam keputusan pemilihan yang diumumkan secara berperingkat-peringkat kira-kira pukul 10 malam, Abdul Hadi mengekalkan jawatan Presiden dengan memperoleh 928 undi bagi menewaskan pencabarnya, Ahmad Awang yang mendapat hanya 233 undi.

Ini merupakan kali pertama Abdul Hadi yang menduduki jawatan itu sejak 2002 dicabar.

Bagi jawatan Timbalan Presiden pula, Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menepati ramalan apabila mengalahkan penyandangnya, Mohamad Sabu atau Mat Sabu apabila memperoleh 881 undi.

Kemenangan Tuan Ibrahim disifatkan isyarat perwakilan yang mahukan ulama kembali menduduki kerusi nombor dua parti itu yang disandang oleh Mat Sabu sejak tahun 2011.

Kerusi Naib Presiden turut menyaksikan penguasaan golongan ulama apabila dua penyandang jawatan itu Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa tewas. 

Gelombang penguasaan ulama sememangnya sudah dijangka apabila kelmarin calon-calon proulama di Dewan Pemuda Pusat dan Dewan Muslimat Pas Pusat mencatatkan kemenangan.

Sebanyak 1,162 daripada 1,189 perwakilan mengundi dalam pemilihan yang dianggap kali pertama menyaksikan pertembungan terbuka antara golongan proulama dan profesional. - CARI Infonet



12

Bagus
18

Marah
20

Terkejut
16

Sedih
14

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (95 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ajunara 5-6-2015 10:09 AM
hope boleh terus bangkit berjuang tanpa bercampur dengan parti lain...
Quote Anak_Nogori 5-6-2015 10:18 AM
Boleh jd yg kalah dlm pemilihan pas kali ni sedang berkira2 nak masuk pasma..krn utk mereka pegang jawatan dlm pasma amat cerah..dan boleh tendang pas dari pr dgn pertolongan dynasti lim.
Quote clarizsa 5-6-2015 10:20 AM
Bgusla mat sabu kalah....
Quote crossfire 5-6-2015 10:30 AM
Anak_Nogori replied at 5-6-2015 10:18 AM
Boleh jd yg kalah dlm pemilihan pas kali ni sedang berkira2 nak masuk pasma..krn utk mereka pegang j ...

Kemenangan Palsu pulok doh!!!









Pencabar jawatan presiden PAS Ahmad Awang berkata, beliau menerima kekalahannya dalam merebut jawatan tersebut.

Bagaimanapun, beliau yang merupakan bekas naib presiden PAS mendakwa, kemenangan yang diperolehi barisan pimpinan baru itu diibaratkan sebagai "kemenangan palsu".

Ia berikutan tindakan yang dibuat oleh sesetengah pihak yang mengeluarkan senarai "chai" untuk memberi panduan kepada para perwakilan membuat pemilihan kepimpinan, katanya.

"Dengan "chai" ini nampak sangat saya rasa kemenangan yang diperolehi oleh yang menang - dari presiden sampai ke bawah - kemenangan yang palsu yang berasaskan dengan perbuatan yang tidak sihat.

"Bukan sahaja bercanggah dengan amalan demokrasi dan syariat kerana melakukan tindakan untuk singkirkan rakan perjuangan berdasarkan fitnah dan memburukkan orang lain," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Malah, Ahmad turut melahirkan kebimbangan bahawa budaya "chai" tersebut bukan sahaja memburukkan imej parti, malah presiden parti itu sendiri.

"Saya tak ada masalah kalah tapi cara mereka lakukan itu menjatuhkan imej parti Islam seMalaysia. Jatuhkan imej presiden sendiri.

"Kalau dibiarkan berlaku chai ni, amalan ini sangat tak bagus," kata bekas pesuruhjaya PAS Perak itu lagi.

Ahmad menjadi pemecah tradisi apabila mencabar jawatan presiden PAS.

Ahmad kalah dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang- yang menjadi presiden PAS selama 13 tahun.

Hadi mendapat 928 undi manakala Ahmad hanya memperrolehi  233 undi.

Quote ketum 5-6-2015 11:22 AM
crossfire replied at 5-6-2015 10:30 AM
Kemenangan Palsu pulok doh!!!



Tak kan ulamak buat macam tu kot
Quote cenkudu 5-6-2015 11:39 AM
bukan puak sebelah dia tu pun main fitnah jugak ke
Quote namirulmukminin 5-6-2015 11:53 AM
crossfire replied at 5-6-2015 10:30 AM
Kemenangan Palsu pulok doh!!!

Aku rasa dia tu ulamak palsu kot.. Gigih nau nak tahalul siasia dgn DAPig..
Quote crossfire 5-6-2015 11:58 AM
namirulmukminin replied at 5-6-2015 11:53 AM
Aku rasa dia tu ulamak palsu kot.. Gigih nau nak tahalul siasia dgn DAPig..

ini baru PAS yg sebenarnya......geng2 hok tu boleh masuk PASMA .
Quote Gnot 5-6-2015 12:05 PM
white songkok vs black songkok... white songkok wins...
Quote namirulmukminin 5-6-2015 12:09 PM
crossfire replied at 5-6-2015 11:58 AM
ini baru PAS yg sebenarnya......geng2 hok tu boleh masuk PASMA .

Geng2 hok PASMA tu biar duk cium buntot anok beranok Lim ja...

Quote crossfire 5-6-2015 12:13 PM
namirulmukminin replied at 5-6-2015 12:09 PM
Geng2 hok PASMA tu biar duk cium buntot anok beranok Lim ja...

mat sabut kate dier PELIK, kenaper dier kaloh...goner ter...
Quote sayawifenikmie 5-6-2015 12:14 PM

................ kalu PAS tak sekongkol dengan DAP ... saya akan undi PAS ........... itu janji saya .... biarlah PAS tak memang pun .....
Quote namirulmukminin 5-6-2015 04:02 PM
crossfire replied at 5-6-2015 12:13 PM
mat sabut kate dier PELIK, kenaper dier kaloh...goner ter...

Cheh... jilat bontot Guan Eng dok rasa pelik.... kaloh teruk rasa pelik pulop.. org bodo mmg gitu..
Quote zidane_ziege 5-6-2015 04:29 PM
wow..ada harapan pas UG dgn baziran najib..
Quote namirulmukminin 5-6-2015 04:38 PM
zidane_ziege replied at 5-6-2015 04:29 PM
wow..ada harapan pas UG dgn baziran najib..

Tunggu Najib turun dulu kot... Kalu Wak Yidin naik jadik presideng UMNO, baru bleh citer pasal UG..
Quote zidane_ziege 5-6-2015 04:43 PM
najib turun? langkah mayat rosmah dulu..
Quote NAT_11 5-6-2015 04:50 PM
clarizsa replied at 5-6-2015 10:20 AM
Bgusla mat sabu kalah....

Impiannya nak jadi MB Johore atau Ketua Menteri Melaka,
tinggal kenangan...................
Selamat Jalan Mat.........................

Quote pyropura 5-6-2015 05:10 PM


..muahahahaha...satu lagi tred pasal Pas, bermakna usaha ngorat Pas masih gagal....

tetiba macai umngok sangat concern pasal berita Pas....



Quote alesandra 5-6-2015 05:17 PM
iskandar abdul samad tu geng lobai taliban kaa?patutlaaa sultan prefer azmin jadi mb.bagusla pas.. korang angkat set2 pemalas,kaki monteng dewan rakyat jadi pemimpin....

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.069459 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top