CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Laporan Utusan Malaysia Berhubung Isu Ajaran Tarekat Dipertikai ?

27-5-2015 11:22 AM| Diterbitkan: CMFreporter1| Dilihat: 4818| Komen: 0

Description: Ketua Umno Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mempersoal akhbar Utusan Malaysia melaporkan isu ajaran tarekat termasuk kemasukan ulama luar yang berdakwah sehingga didakwa bertentangan dengan Akidah ...
  

 


Ketua Umno Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mempersoal akhbar Utusan Malaysia melaporkan isu ajaran tarekat termasuk kemasukan ulama luar yang berdakwah sehingga didakwa bertentangan dengan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Beliau berkata tidak semua kegiatan dakwah yang dilakukan oleh ulama luar bertentangan dengan mazhab akidah itu malah kumpulan tasawuf dan tarekat turut dipantau Jabatan Kemajuan 
Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam setiap negeri.

"Sepatutnya kegiatan kumpulan pendakwah tersebut terlebih dahulu dirujuk kepada Jakim atau Majlis Agama (Islam), bukannya membuat tuduhan dengan mengambil pandangan mereka yang kurang arif terhadap ilmu tersebut.

"Apakah kerana disebabkan segelintir membawa ajaran bertentangan dengan ASWJ, maka akhbar berkenaan menghukumkan kesemua kumpulan tarekat dan habib tersebut sebagai songsang dan sesat?" soal beliau dalam blognya hari ini.



Menulis dalam blognya, Syed Ali turut mempertahankan kehadiran Habib Umar Hafiz dan Habib Syech Abdul Qodir Assegaf yang menjadi sasaran akhbar itu, kerana sepanjang pengetahuannya mereka "tidak menyimpang" dari ajaran Islam.

Sekalipun tidak menafikan ada kumpulan tertentu yang mengambil kesempatan sehingga mengaku habib atau ulama, Syed Ali berkata tidak adil dan melulu mengaitkan mereka dengan ajaran tarekat Naqsyabandiah Al-Aliyah yang diharamkan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2000 dan.

Dalam tulisannya juga, bekas senator itu mendakwa akhbar itu "cuba menanam persepsi negatif" masyarakat Islam terhadap peranan kumpulan pendakwah itu ekoran pendedahan isu tarekat 
sejak beberapa hari lalu.
 
Menurutnya lagi, beliau tidak menolak kemungkinan wujud gerakan menghancurkan tarekat yang didakwanya menjadikan akhbar Utusan Malaysia sebagai medium menarik perhatian umat Islam.

"Akhbar berkenaan sudah melampau, sengaja memainkan isu untuk merosakkan ukhwah dan menimbulkan kekecohan dan kekeliruan di kalangan umat Islam di Malaysia," katanya yang menyuarakan kekecewaan tindakan mengaibkan habib itu.

Sehubungan itu, beliau mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyatakan pendirian beliau berhubung pendedahan akhbar itu yang didakwanya mengaibkan golongan pendakwah dan habib.

Sumber : www.malaysikini.com















16

Bagus
11

Marah
8

Terkejut
13

Sedih
17

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (72 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:10 AM GMT+8 , Processed in 0.046529 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top