CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Digelar "Hantu" , Amy Search "Tarbiah" Pakar Motivasi

27-5-2015 10:13 AM| Diterbitkan: CMFreporter1| Dilihat: 12237| Komen: 75

Description: Penyanyi kumpulan rock terkenal, Search, Amy, 57, kecewa dengan tindakan seorang penceramah motivasi lelaki melabelkan Search sebagai punca kepada keruntuhan moral segelintir belia di ne ...

Keceluparan Ketua Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad menggelar kumpulan Search sebagai "hantu" menyebabkan dia kemudian ditarbiah vokalis band rock berkenaan, Amy.



Ia bermula apabila Muhammad Lukman memuat naik postingnya di Facebook menggunakan akaun motivasilukman.com untuk memberi komen mengani sambutan Festival Belia Putrajaya yang 
diadakan selama tiga hari mulai 22 Mei lalu.

Muhammad Lukman menulis: "Setelah bertahun-tahun negara sambut hari belia negara, belia-belia kita menjadi teruk kerana hantu-hantu macam ini yang menjadi pengisinya".

Komennya itu diiringi gambar kumpulan Search yang turut terbabit membuat persembahan dalam program tajaan kerajaan itu.

Bagaimanapun, Muhammad Lukman kemudian memadamkan posting berkenaan selepas mendapat pelbagai reaksi negatif daripada peminat kumpulan lagenda rock berkenaan.


Search membuat persembahan pada hari terakhir festival belia pada Ahad lalu.

Ketika memberi reaksi kepada kenyataan Muhammad Lukman, Amy memetik baris lirik lagunya Meniti Titian Usang untuk menegur pemimpin ISMA yang dilihat memperkenalkan dirinya sebagai pakar motivasi itu.

Dalam Instagram, Amy menulis: "Kertas putih salju ku coretkan kedukaan ku, hitam dan kelabu ada lah warna dalam hidup ku".

"Apa kah jika lagu-lagu yang ku syairkan itu dapat mengembira hati mereka (belia) dan dijadikan sebahagian perjalanan hidup mereka untuk berjaya itu satu dosa"?

"Jangan dihina belia-belia itu kerana mereka itu sebahagian dari aku dan aku juga sebahagian dari mereka yang punya cita. Tutur kata seorang motivasi itu seharusnya indah lagi mulia".

Muhammad Lukman kemudian memuat naik status terbarunya dengan berkata, dia akan berjumpa dengan Amy petang ini bagi meminta maaf.

Muhammad Lukman turut memohon maaf kepada peminat kumpulan itu sekiranya tersinggung dengan statusnya sebelum ini.

Bagaimanapun, selepas Muhammad Lukman menaikkan status berkenaan, beliau tetap dikutuk peminat Amy Search. Antaranya:

Az Rule: lain kali peka sikit dengan isu anak muda...kalau kamu kutuk KPop, confirm  kena sanjung, ini kamu silap kutuk pula bro. Tak apalah, dah berani nak minta maaf kan, baguslah tu. Moga banyak job lepas ini ya.

Amerol Gorgeus: Hi lukman, Makan apa tengahari ni? Mesti dah kenyang dengan kata cacian kan... Emmm kesian.Lukman pergi ambil wudhuk tau, berzikir banyak banyak. Lukman tau kan berzikir ni ubat rohani?

Sab Bahri: Bukan minta maaf dekat abang Amy saja bro, yang kau panggil hantu-hantu sekali dengan abang Hamzah (kid), abang Din, abang Nasir, (dan) dengan abang Yazid.. Minta maaf sekali dengan mereka ok. Semoga dipermudahkan.

Izham Basir: lagu Search ada yang berunsur ketuhanan, seperti lagu "Teguh". hormatilah profesion masing-masing dengan caranya tersendiri.

Zairul Addry: Salam encik pakar motivasi, anda tulis kelihatan macam tokoh masyarakat, bangkitlah, baca buku sejarah dulu pasal kumpulan Search. Bagaimana nak memotivasikan orang kalau kita sendiri cakap begitu? tepuk dada tanya selera.



Sumber : www.malaysiakini.com

28

Bagus
27

Marah
46

Terkejut
33

Sedih
29

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (188 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote puterikhaleeda 27-5-2015 07:45 AM
Edited by puterikhaleeda at 27-5-2015 07:47 AM

mmg lirik2 lagu rock ni double meaning..masalahnya bebudak yg nyanyi tu faham ke tak hihihihihi.... so what? bila dah tua ni baru ler mengkaji.. time muda2 dulu nyanyi je....hhihihihi sbb bunyi sedap.. tak de mana nak memahami syair dan intipati lagu tu...
sbb most of lagu mesia nih berpujangga... frontal lobe tak develop lagi nak kaji.. sampai laa umur 20-21.. tu pun kalau nak kaji...

lain lagu indon.... semua nye jelas... straight to the point... hihi sbb tu mudah popular kot.. sbb senang nak faham... dulu kumpulan arrow ke apa tah...... lagu jenis straight to the point.. tapi again.. org mesia tak suke kot... suke bebeno ayat yg berbunge bunge....akhirnya tak sampai maksud.. dah tua baru tau
Quote bellaa 27-5-2015 08:07 AM
layan muse / soad / greenday / strokes / him / killers / mcr

Elok je bella jadi manusia..

Take the positive vibe, dari situ bella belajo ckp omputeh tau.. Kalo hadap malay drama pprt tb3 suku. Camna nak fluent omputeh
Quote Acong 27-5-2015 08:19 AM
aku layan je lagu SEARCH......
Quote GhostWalking 27-5-2015 08:20 AM
kadang yang dengar lagu nasyid pun bukan semuanya ok ye dak
Quote edee_91 27-5-2015 08:26 AM
bellaa replied at 27-5-2015 08:07 AM
layan muse / soad / greenday / strokes / him / killers / mcr

Elok je bella jadi manusia..

Lagu him yang aku tau yang lirik dia i love your skin ohh so whiteeee sebegitu. Memang best lagu tu.
Quote kecimpret 27-5-2015 08:45 AM
teruk hantu gigi ni kena hencap dgn rockers kat fb..padan muko


Quote BotakChinPeng 27-5-2015 08:50 AM
Bagusla dah minta maaf
Quote c===8 27-5-2015 08:53 AM
sapa penceramah motivasi tu?
Quote gaara_X 27-5-2015 08:54 AM
benda tak yah nak besarkan pun.....
Quote kecimpret 27-5-2015 08:57 AM

Quote WawaRaRa 27-5-2015 09:27 AM
kecimpret posted on 27-5-2015 08:57 AM

omg... x kenal pon... sajer nak cari publisiti murahan la tu... nak up kan nama yg sendu... confirm aku x kenal...

Quote Lorra2411 27-5-2015 09:45 AM
Edited by Lorra2411 at 27-5-2015 09:47 AM

lagu Nasyid sekarang pun kemain asyik pasal cinta. tak payah nak beriya sangatlah. Ustaz Kazim Elias tu elok je nyanyi lagu Search, Wings masa baca ceramah. please lah.

iolss suka dgn band MCR, Queen, Thirty Seconds To Mars, Fall Out Boy, We The Kings, Green Day, Nirvana, The Police, Pearl Jam, The All-American Rejects, Blink 182, Muse, Breaking Benjamin, Linkin Park, Led Zeppelin
Quote bellaa 27-5-2015 10:19 AM
edee_91 replied at 27-5-2015 08:26 AM
Lagu him yang aku tau yang lirik dia i love your skin ohh so whiteeee sebegitu. Memang best lagu t ...

lagu pe tuu

bella suke funeral of heart & join me in death.. hihi
Quote mjla 27-5-2015 10:23 AM
Bila BBNU bg motivasi...

Klu boleh satu dunia ni dia nak salahkan...
Quote rikiruj 27-5-2015 10:24 AM
80s bawa ke 90s dulu ada macam2... geng Rockers, Diskang, Bros, Jiwang, GQ... in the end tak kira mana stream diorang ada yg jadi orang & ada yg ke laut... yg join tabligh pun ada gak end up kaki chase the dragon... tak boleh nak cakap Tuan Pakar Motivasi....
Quote sgbuloh 27-5-2015 10:39 AM
jangan ler kuciwa, abg amy. ko memang hantu pun. penagih dadah.
Quote kecimpret 27-5-2015 11:37 AM
Lorra2411 replied at 27-5-2015 09:45 AM
lagu Nasyid sekarang pun kemain asyik pasal cinta. tak payah nak beriya sangatlah. Ustaz Kazim Elias ...

lagu search byk berunsur ketuhanan..hantu gigi ni je x tau
Quote cak! 27-5-2015 11:50 AM
apa nama hantu gg ni
Quote white_musk 27-5-2015 11:52 AM
orang lain buat apa pun semua salah.... malaysia truly asia

Lihat semua komen(75)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

10-12-2022 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.091662 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top