CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

RMK ke 11 -Transformasi Terakhir Jadikan Malaysia Negara Maju , Tegas Najib

21-5-2015 09:53 AM| Diterbitkan: CMFreporter1| Dilihat: 8006| Komen: 29

Description: Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Razak menyatakan bahawa Rancangan Malaysia Ke-11 yang akan dibentangkan hari ini adalah langkah transformasi terakhir dalam menjadikan Malaysia sebuah negara ...


Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui laman Facebook rasminya mengatakan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK ke11 ) yang akan dibentangkan di Parlimen hari ini merupakan langkah transformasi terakhir dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Tegasnya juga, dalam usaha ke arah mencapai objektif tersebut, kerajaan akan mengutamakan projek-projek berimpak tinggi dengan kos yang rendah serta memastikan pelaksanaan yang cekap dan pantas.

Disampingi itu, beliau yang juga Menteri Kewangan turut beritahu bahawa pendekatan yang akan diutarakan dalam Bajet 2015 kali ini adalah bertemakan Ekonomi Keperluan Rakyat, di mana beliau telah membahagikan pengurusan ekonomi negara kepada dua bahagian yakni Capital Economy dan People Economy.

Dengan menggunakan pendekatan-pendekatan tersebut, beliau berharap Malaysia mampu mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. 


Beliau menyeru masyarakat umum masuk ke laman blog rasminya iaitu ( www.najibrazak.com ) untuk menonton secara on line siaran langsung pembentangan RMK ke11 yang dijangka berlangsung pada pukul 11.30 pagi ini. 

Selain laman blog beliau, Rangkaian Televisyen Malaysia (RTM) juga akan mengadakan siaran langsung pembentangan tersebut.  - CARI INFONET





24

Bagus
16

Marah
11

Terkejut
16

Sedih
13

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (92 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote razhar 20-5-2015 08:29 PM
repay the 42bil debt....
Quote tumpanglalu74 20-5-2015 08:29 PM
Tapi saye tak kata sebab siape..
Quote obelisk 20-5-2015 08:37 PM
Expect for the best prepare for the worst
Quote damian_lee 20-5-2015 08:42 PM
RMK-11 Transformasi Terakhir Jadikan Malaysia Negara Maju
====================================
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) yang akan dibentang pada Mei depan merupakan langkah transformasi terakhir dalam menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Perdana Menteri berkata bagi mencapai matlamat tersebut, kerajaan akan memberi keutamaan kepada projek-projek berimpak tinggi dengan kos yang rendah selain memastikan pelaksanaan yang cekap dan pantas.

“Di samping itu, pendekatan-pendekatan yang telah diutarakan dalam Bajet 2015 yang bertemakan Ekonomi Keperluan Rakyat di mana saya telah membahagikan pengurusan ekonomi kita kepada dua bahagian yakni ‘capital economy’ (ekonomi modal) dan ‘people economy’ (ekonomi rakyat),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam siaran radio Perdana Menteri yang dimuat naik dalam laman web najibrazak.com pada Jumaat.

Najib juga yakin negara berada di landasan yang tepat dan berpandangan positif bahawa Malaysia mampu mencapai status negara maju menjelang 2020 berbekalkan pendekatan yang telah dirancang itu.

Pada 10 Okt, Perdana Menteri membentangkan Bajet 2015 yang memperuntukkan RM273.9 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan, yang dianggap pelengkap kepada 10 Rancangan Malaysia.

RMK-11 akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun bermula 2016 hingga 2020.
Quote damian_lee 20-5-2015 08:45 PM
Rancangan Malaysia

Rancangan Malaysia merupakan rancangan lima tahun pembangunan kerajaan Malaysia. Rancangan lima tahun ini merupakan kesan peninggalan daripada zaman pemerintah British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Rancangan lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama, iaitu, dari tahun 1956 hingga 1960. Selepas itu disambung dengan Rancangan Malaya Kedua dari tahun 1961 hingga 1965.

Setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, rancangan lima tahun ini telah ditukar kepada Rancangan Malaysia (RM) dengan Rancangan Malaysia Pertama bermula pada tahun 1966 hingga 1970. Bezanya ialah perancangan ekonomi sebelumn tertubuhnya Malaysia, tumpuan untuk kali ini dan seterusnya adalah untuk seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Senarai Rancangan Malaysia[sunting | sunting sumber]
Buku Kuning: 1951-1955
Rancangan Malaya Pertama: 1956 - 1960
Rancangan Malaya Kedua: 1961 - 1965
Rancangan Malaysia Pertama: 1966 - 1970
Rancangan Malaysia Kedua: 1971 - 1975; Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan sehingga 1990
Rancangan Malaysia Ketiga: 1976 - 1980
Rancangan Malaysia Keempat: 1981 - 1985
Rancangan Malaysia Kelima: 1986 - 1990
Rancangan Malaysia Keenam: 1991 - 1995
Rancangan Malaysia Ketujuh: 1996 - 2000
Rancangan Malaysia Kelapan: 2001 - 2005
Rancangan Malaysia Kesembilan: 2006 - 2010
Rancangan Malaysia Kesepuluh: 2011 - 2015
Quote damian_lee 20-5-2015 08:47 PM
Buku Kuning

Buku Kuning atau Draf Rancangan Pembangunan (DRP) merujuk kepada rancangan pembangunan Tanah Melayu dari tahun 1951 ke 1955. Buku Kuning merupakan rancangan rasmi untuk Tanah Melayu yang menyenaraikan semua projek pembangunan yang menjadi tanggungjawab pelbagai jabatan kerajaan untuk dilaksanakan.

Buku Kuning tidak lengkap kerana ia mengabaikan sektor swasta serta tidak memasukkan perusahaan-perusahaan awam yang penting. Ia juga tidak membentuk jentera penyelarasan projek. Walaupun Buku Kuning tidak sempurna, ia merupakan permulaan kepada bentuk perancangan-perancangan seterusnya di Malaysia.
Quote damian_lee 20-5-2015 08:48 PM
Rancangan Malaya Pertama

Rancangan Malaya Pertama (1956 – 1960) ialah rancangan pembangunan ekonomi pertama yang dirangka kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya). Melalui rancangan 5 tahun ini, pembangunan negara menjadi sistematik dan teratur selepas merdeka. Rancangan ini diikuti oleh Rancangan Malaya Kedua.

Rancangan Malaya Pertama dilaksanakan dengan matlamat utama:

Memajukan sektor luar bandar
Mempelbagaikan sumber negara supaya tidak terlalu bergantung pada sektor ekonomi.
Dua buah agensi kerajaan telah ditubuhkan iaitu;

Rural & Industrial Development Authority (RIDA) - 1953
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
Pengurusan RIDA (kemudiannya MARA) dan FELDA diletakkan di bawah kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar.
Quote damian_lee 20-5-2015 08:48 PM
Rancangan Malaya Kedua

Rancangan Malaya Kedua (RMK) mempunyai matlamat dan tujuan yang sama seperti Rancangan Malaya Pertama iaitu memajukan penduduk luar bandar untuk merapatkan jurang perbezaan antara kawasan bandar dan luar bandar.

Matlamat RMK adalah:

meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar
menggalak kepelbagaian tanaman pertanian dan kegiatan perusahaan di luar bandar
menyedia lebih banyak kemudahan sosial untuk kawasan luar bandar
menambah peluang pekerjaan.
mengurangkan pergantungan kepada makanan import.
Strategi[1][sunting | sunting sumber]
Strategi pelaksanaan Rancangan Melaya Kedua ialah:

merancang pembangunan ekonomi dengan menyediakan kemudahan asas.
membuka lebih banyak tanah untuk pertanian dan penempatan semula.
menggiatkan pemasaran bagi hasil pertanian dan nelayan.
meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar dengan menyediakan peluang pekerjaan.
menambahkan kemampuan merancang oleh FELDA dengan menjalankan projek Johor Tenggara dan Projek Segitiga Jengka di Pahang.
menubuhkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
Quote damian_lee 20-5-2015 08:52 PM
Rancangan Malaysia Pertama

Rancangan Malaysia Pertama (RMK1) adalah rancangan pembangunan ekonomi yang pertama dilaksanakan sesudah tertubuhnya Malaysia. Rancangan pembangunan ekonomi selama lima tahun (1966–1970) ini membabitkan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Objektif RMK1 adalah untuk menjaga kebajikan seluruh rakyat, dan meninggikan taraf hidup kawasan luar bandar terutamanya di kalangan mereka yang berpendapatan rendah.

Rancangan ini mempunyai objektif seperti:

memajukan ekonomi seluruh negara demi kebajikan rakyat dan seterusnya mengeratkan perpaduan rakyat.
meningkatkan pendapatan penduduk yang miskin.
membangunkan ekonomi luar bandar.
mempertingkatkan lagi usaha ke arah mempelbagaikan ekonomi negara.
mengurangkan pengangguran.
memajukan sektor perindustrian.

Tumpuan kepada sektor pertanian dan pembangunan luar bandar[sunting | sunting sumber]
Antara tumpuan khusus RMK1 adalah memajukan sektor pertanian untuk memperkaiki sosio ekonomi penduduk luar bandar. Sejumlah RM450 juta diperuntukkan dengan 25% daripadanya untuk pembangunan luar bandar dan pertanian.

FELDA, agensi yang ditubuhkan untuk membangunkan sosio ekonomi penduduk luar bandar, telah membuka banyak projek tanah sehingga tahun 1966 antaranya Segitiga Jengka di Pahang, Projek Pahang Tenggara dan Projek Johor Tenggara. Projek-projek ini berjaya meningkatkan taraf hidup para petani serta menambah peluang pekerjaan dan mengurangkan pengangguran di luar bandar.

Antara agensi yang ditubuhkan sepanjang RMK1 adalah:

FELCRA ditubuhkan pada tahun 1966 untuk memulih dan memajukan projek tanah kerajaan.
MARDI ditubuhkan pada tahun 1969 untuk membuat penyelidikan tentang pemasaran dan pengeluaran hasil tanaman kecuali getah.
Di bawah RMK1, tanaman-tanaman seperti kelapa sawit, koko dan tebu telah ditanam dengan lebih luas lagi.

Pembangunan industri dan masyarakat pedagang bumiputera[sunting | sunting sumber]
RMK1 menyaksikan penubuhan Majlis Amanah Rakyat (MARA) (distruktur semula dari Rural Industrial Development Authority atau RIDA) yang ditugaskan bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan serta menjalankan pembangunan pendidikan, ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar. Dengan tertubuhnya MARA, pedagang dan pengusaha bumiputera boleh mendapat bantuan kewangan dengan lebih mudah selain daripada institusi kewangan lain seperti bank.

Kerajaan juga meningkatkan kemudahan pengangkutan dan perhubungan serta mewujudkan lebih banyak kawasan industri seperti Tampoi, Petaling Jaya, Batu Tiga, Prai di Semenanjung Malaysia dan Bintawa di Sarawak; serta Likas dan Kepayan di Sabah.

Peristiwa berdarah
RMK1 dilihat tidak begitu berjaya dalam mewujudkan keseimbangan ekonomi antara kaum dan wilayah. Kekurangan pelaburan dalam modal insan gagal untuk meningkatkan pendapatan keluarga luar bandar. Di Semenanjung Malaysia, 90% isi rumah hanya mendapat kurang dari RM100 sebulan dan mereka kebanyakannya berada di luar bandar dan berbangsa Melayu

Keadaan ini menyebabkan ketidakpuasan hati antara kaum dan tercetus peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini menyaksikan rusuhan kaum kerana perasaan tidak puas hati orang Melayu kerana masih lagi ketinggalan dalam bidang ekonomi dan pendidikan.
Quote dess402 20-5-2015 08:54 PM



suka ko laa bijan .

-  tapi aku sokong najis as PM

sampai pemilu depan .





Quote dubuk 20-5-2015 09:16 PM
entah bilanya nak jadi negara maju

Quote kemaruk 20-5-2015 09:55 PM
selagi rakyatnya berhutang dengan along malaysia takkan maju
Quote lurve82 20-5-2015 10:00 PM
Dkt tv1 ada talk pasal rmk11...suka dgr pendpt prof tu...
Quote Al-Patih 21-5-2015 06:00 AM
air liyor basi punya crita....
Quote putput 21-5-2015 10:48 AM
"Tegasnya juga, dalam usaha ke arah mencapai objektif tersebut, kerajaan akan mengutamakan projek-projek berimpak tinggi dengan kos yang rendah serta memastikan pelaksanaan yang cekap dan pantas."

projek besar ko pun (1MDB) ko tak bentang kat parlimen, apa punya profesionalisme ko nak tunjukkan ni..? rasanay belum pernah ada dalam sejarah gini punya style..membelakangi parlimen, ..melainkan ada agenda sendiri.
Quote boyagombak 21-5-2015 10:57 AM
kos rendah sangatlah tu. mana ada kat Mesia skrg kos rendah impak tinggi
kalau kos tinggi impak rendah banyakler
x habes2 dgn rethorik berangan2 nak jd negara maju. buwahahahahaahaha abam gelakkan shj
Quote stilla 21-5-2015 11:15 AM
Bila dah maju baru kita citer lain, kalau tak kita tunggu sampai masuk kubur dulu.
Quote asher 21-5-2015 11:17 AM
10 minit lagi sebelum pembentangan..apa kah gula2 untuk rakyat nnti
Quote asher 21-5-2015 11:50 AM
xda updates apa2 ka..? aku xleh tgok tv nie tgh keja..

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.384039 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top