CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Gagalkan Rancangan Bunuh Pasangan Diraja Britain

15-5-2015 10:34 AM| Diterbitkan: CMFreporter5| Dilihat: 4707| Komen: 6

Description: POLIS berjaya menggagalkan satu rancangan untuk membunuh pasangan diraja, Putera Charles dan Camilla selepas menyerbu satu lokasi di Ireland.


POLIS berjaya menggagalkan satu rancangan untuk membunuh pasangan diraja, Putera Charles dan Camilla selepas menyerbu satu lokasi di Ireland. Pihak berkuasa Republik Ireland merampas beberapa bom dan senjata api beberapa kilometer dari lokasi yang dijangka akan dilawati pasangan diraja terbabit pada 19 Mei ini. Seramai enam suspek berjaya ditangkap dalam satu operasi besar-besaran, termasuk di dua lagi di kawasan Glenfarne di Leitrim.

Charles difahamkan akan memberi penghormatan kepada bapa saudaranya, Raja Mountbatten yang terkorban pada 1979 di kawasan tersebut, yang mengambil masa kurang satu jam perjalanan daripada Mullaghmore.

Kedua-dua lelaki berusia 20-an yang ditahan ditemui memiliki bahan letupan yang sudah diubahsuai serta sepucuk pistol.

Menurut Mirror Online, bom telah diubah suai serta sepucuk pistol yang ditemui di beberapa lokasi seperti di Louth, Wexford dan Dublin menerusi serbuan besar-besaran yang dilakukan di 20 lokasi berbeza seluruh negara.

Enam suspek yang ditahan berusia lingkungan antara 21 hingga 62 tahun dan mereka direman di beberapa stesen Garda (balai polis) di seluruh negara. Difahamkan, kesemua enam suspek tersebut mempunyai kaitan dengan Tentera Sebenar Republik Ireland (Real IRA) serta Kesinambungan Tentera Republik Ireland (Continuity IRA). Menurut satu sumber yang memaklumkan kepada sebuah portal media tempatan, Irish Mirror mengenai kesemua sasaran yang berpontensi telah dipantau sejak beberapa minggu lepas.

"Pihak polis telah melakukan pemantauan terhadap mereka sejak beberapa minggu lalu.

"Faktor keselamatan ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi sejurus pengumuman mengenai lawatan kerajaan Britain," lapor sumber tersebut.

Tambahnya lagi, sumber tersebut turut memberitahu bahawa dua bom yang diubahsuai serta sepucuk pistol turut dijumpai di Wexford. Polis mengesahkan bahawa kedua-dua suspek tersebut telah berjaya ditangkap.

"Kedua-dua suspek yang berusia 20-an telah ditangkap di lokasi kejadian dan kini ditahan mengikut Seksyen 30 Akta Kesalahan terhadap Akta Negeri di Balai Polis Manorhamilton," lapor seorang jurucakap polis mengenai kejadian Leitrim.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote binisupir 15-5-2015 11:52 PM
dari dulu mana diorang suka camilla ni
Quote stania83 16-5-2015 12:21 PM
motifff??
Quote alphawolf 17-5-2015 10:11 AM
nak kasi William dapat lompat satu tangga....
Quote mrsav 17-5-2015 02:19 PM
alphawolf replied at 17-5-2015 10:11 AM
nak kasi William dapat lompat satu tangga....


Quote babydoll 17-5-2015 02:45 PM
alphawolf replied at 17-5-2015 10:11 AM
nak kasi William dapat lompat satu tangga....

betul gak..
Quote kucen_miang 18-5-2015 08:54 AM
dulu geli tgk kapel ni. tp bila tgk kapel pm luxembourg, npk kapel britain ni lebih suci murni.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.256900 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top