CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Amir I'm Sorry Naik Angin Diumpan Peniaga MLM

7-5-2015 03:30 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 23661| Komen: 103

Description: Pelawak Amir (Raja Lawak) bengang apabila diperdayakan individu kononnya mahu memberikan dia tawaran pengacara tetapi akhirnya dijemput menjadi ahli skim jualan langsung (MLM) sebuah produk kecantikan ...




PETALING JAYA: Pelawak Amir (Raja Lawak) bengang apabila diperdayakan individu kononnya mahu memberikan dia tawaran pengacara tetapi akhirnya dijemput menjadi ahli skim jualan langsung (MLM) sebuah produk kecantikan.

Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 27 berkata, dia sedikit terkilan dengan situasi tersebut memandangkan cukup teruja untuk berbincang mengenai projek pengacaraan itu namun terpaksa mendengar penerangan perniagaan produk berkenaan pula.

"Mula-mula individu itu menghantar mesej menerusi WhatsApp bercakap mengenai tawaran mengacara. Dan dia ingin berjumpa dengan saya secepat mungkin.

"Bayangkan saya balik dari penggambaran dengan badan berpeluh-peluh terus berjumpa dengan individu tersebut.

"Apabila melihat dia mengeluarkan fail daripada begnya, saya dah agak ada benda yang tidak kena. Tiba-tiba dia bersama-sama dengan rakannya bercakap cara perniagaan MLM pula. Bengang saya dibuatnya," katanya kepada mStar Online.




Sumber : http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/05/07/amir-raja-lawak/

1

Bagus
6

Marah
5

Terkejut
7

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote blackred99 7-5-2015 09:17 AM
MLM, merapatkan yg jauh. kawan tak pernah bertegur pun tetiba nak bertegur. lebih kurang mcm penjual insurans/takaful jugak, tetiba status semua alim, paste itu ini, nak jumpa la.
Quote MoCuishle 7-5-2015 09:19 AM
Iye sis. Entah kenapa 2,3 hari sudah akak tiba-tiba boleh ke IG Amir ni

Katanya ada pelakon lain hadir bagi khutbah mengenai MLM itu.

Akak syak Boy Iman tu.
Quote yusryimran 7-5-2015 09:24 AM
perangi orang MLM x habis2... x payahlah nak tipu.
Quote makton 7-5-2015 09:27 AM
rezeki lps kawin tu amir... jgn tolakkkkk  
Quote tomet05 7-5-2015 09:28 AM
kekeke .. mlm selamanya
Quote BebeQ 7-5-2015 09:32 AM
MoCuishle replied at 7-5-2015 09:19 AM
Iye sis. Entah kenapa 2,3 hari sudah akak tiba-tiba boleh ke IG Amir ni

Katanya ada pelakon la ...

boy iman meniaga MLM apa? yang i tau ramai retis masuk MLM yg Phyto apa tah tu.
Quote krustykrab 7-5-2015 09:34 AM
bagus ko amir, w/pun ko tak tinggi tapi akal ko tinggi dgn menolak skim perniagaan menipu tu...
elok la ko meniaga roti bakar tu...sekurang2nya produk tu mmg ada, tak menipu, insyallah hidup ko tenang rezeki pun berganda2
Quote Lorra2411 7-5-2015 09:39 AM
focus aja perniagaan amir itu. tetiba nak try, nampak sedap.
Quote rosasa 7-5-2015 09:40 AM
bagus amir..jangan tertipu dengan mlm .. biar tak kacak, asal berakal
Quote chinta89 7-5-2015 09:44 AM
tetiba teringat pasl Rania Marketing.

laki bini yg konon kata perniagaan diorg bla bla bla last2 habis org kena tipu. dh kaut untung dia kata syarikat plk salah. pdhal dh terang2 dia thu apa akan jadi lps tu.
Quote awanearisu 7-5-2015 09:46 AM
bijak amir. tolak mereka yang tidak jujur dan suka berselindung ni
Quote fifie_olin 7-5-2015 09:48 AM
wpon MLM ni menjahanmkn org...bersepah2 lg bisnes mcm ni
Quote Suchi 7-5-2015 09:49 AM
teruk nau lah pangai dorang ni
sampai gitu sekali.. dulu penah gak terpedaya ngn sorang makcik urut nih
kita panggil dtg umah tuk mengurut
tp dia dtg siap bawak file keahlian bagai
pastu dgn obat2 yg dia jual tu sekali.. siap bukak guna tuk urut kita sudahnya kita terpksa lak beli jd serba salah sbb dia dh buka botol yg baru plak tu.
patut bayar rm50 je tak memasal melayang rm150 aritu sbb nk kena bayar harga ubat2 yg kita bkn nk sgt pun tp terpaksa beli.pastu kali kedua dtg umah kena daftar ahli plak, kena bayar lg.xtau knp inesen sgt time tu mudah je terpedaya.
Quote DayangKirana 7-5-2015 09:51 AM
BebeQ replied at 7-5-2015 09:32 AM
boy iman meniaga MLM apa? yang i tau ramai retis masuk MLM yg Phyto apa tah tu.



Phytosciene ke?

Kehulu kehilir dengar orang cerita pasal nie..
Monthly sales RM40 million katenye..

Quote afira 7-5-2015 09:53 AM
krustykrab replied at 7-5-2015 09:34 AM
bagus ko amir, w/pun ko tak tinggi tapi akal ko tinggi dgn menolak skim perniagaan menipu tu...
elo ...

lebih mulia jual roti bakar dr menipu org ngn MLM

Quote bedahmulutpuaka 7-5-2015 09:56 AM
bakal biras aku yang selama ni bermasam muka ngan aku pon boleh tegur aku tetiba ramah..sanggup nak pick up aku kat rumah..sebab apa? sebab nak bawak aku g ceramah MLM dia..

lepas aku cakap aku taknak..

teros kerek balik ngan aku..jumpa kat rumah future MIL pon x tegur aku..

Quote BebeQ 7-5-2015 10:00 AM
DayangKirana replied at 7-5-2015 09:51 AM
Phytosciene ke?

Kehulu kehilir dengar orang cerita pasal nie..

katanya 40 mil. cakap semua orang boleh cakap ye dak?
kata jual produk minuman phyto ke apa tah anamanya tapi diorang takde pun tunjuk muka tengah minum ke makan produk tu. yang ditunjuk sesi berjumpa bersama geng2. orang kalau meniaga produk, tunjuk produk, sejauh mana eloknya produk tu.

propa lebih diorang ni.
Quote callance 7-5-2015 10:14 AM
Suchi replied at 7-5-2015 09:49 AM
teruk nau lah pangai dorang ni
sampai gitu sekali.. dulu penah gak terpedaya ngn sorang makcik urut ...

same cam mak bidan yg urut i haritu. promote ubat dia pastu trus buka n pakai wat urut. so terpaksa lah byr.
pastu promote lak sruh minum ubat ni, makan ubat tu elok..bla..bla..bla..
i x cakap setuju beli ke x, dia trus kira. sebab kesian ngan usaha gigih dia promote, i byr je la.
Quote alieyrina 7-5-2015 10:18 AM
Nasib amir bijak...aku memg menyampah org mlm ni...kulit tebai sungguh

Lihat semua komen(103)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.173056 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top