CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Cinta & Perhubungan Lihat artikel

Anda Terlalu Pemalu? Tetapi Nak Juga Bercinta? Jom Baca

22-4-2015 01:20 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 1700| Komen: 0

Description: Rasa malu seseorang memang tidak dapat dielak. Nak kata kamu ini seorang tak banyak cakap tak jugak...

Rasa malu seseorang memang tidak dapat dielak. Nak kata kamu ini seorang tak banyak cakap tak jugak, tapi bila bertemu dengan spesis lain dari kamu, lidah kamu seakan kelu dan mula lah sendi-sendi otak kamu seakan 'jam'. Pernah tak kamu berada dalam situasi sebegini?

Bagi wanita jika anda terlalu malu, mungkin pada lelaki yang minat kamu, mereka akan berfikir kamu tidak berminat dengan mereka atau mudah sahaja mereka menggangap kamu seorang yang tidak yakin. 

Jadi bagaimana untuk kamu buangkan sedikit rasa malu dan mulakan perhubungan yang sihat antara kedua pihak. Jom baca:

1. Minta tolong rakan
Jadi kamu ini memang malu, tapi kamu suka lelaki yang diperkenalkan oleh sahabat baik kamu. Jadi bagaimana ya. Cubalah berbincang dengan sahabat baik kamu supaya sahabat kamu memberitahu kenalannya itu mengenai sifat malu mu itu. Jika si dia menyukai kamu dia akan terima sifat kamu itu. Dan jika dia memahami kamu, dia sendiri akan memudahkan keadaan bersama kamu.


2.Gunakan kecantikan anda
Walaupun kedengaran seperti tidak manis tetapi anda boleh gunakan trik ini, sewaktu bercakap dengannya, cuba bermain dengan hujung rambut kamu atau flipkan rambut kamu, jika anda memakai hijab, main bersama hujung hijab kamu. Jika si dia membuat lawak, ketawa dengan manis dan cuba memberikan pandangan yang paling bermakna kepada.

3. Gunakan soalannya supaya anda tetap berborak
Jadi seorang pemalu ini memang sebenarnya tak best bila, berborak itu menjadi tidak rancak kerana kamu tiada idea untuk berbual. Ditambah dengan malu yang menebal, apa kata anda gunakan soalan yang si dia gunakan sebagai kunci agar kamu tetap berbual. Sebagai contoh, apabila si dia bertanya "kamu suka makanan yang macam mana?', mungkin giliran kamu boleh bertanyakan soalan yang sama!.

4.Tarik perhatian lelaki dengan pakaian anda
Oleh sebab kamu ini tersangat lah pemalu, tarik perhatian lelaki dengan pakaian terbaik kamu. Pilih pakaian yang betul-betul dapat serlahkan penampilan anda.Jika kamu masih ragu, mungkin sudah masanya anda 'subscribe' majalah fesyen.Mungkin dengan pakaian anda, mampu menarik perhatian lelaki yang memandang kamu. Atau cinta pandang pertama?! -LadyLista - 




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.031798 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top