CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Fesyen Lihat artikel

Koleksi Baju "Raya In The City" Oleh Fizi Woo

10-4-2015 07:16 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 11550| Komen: 8

Description: Bagi pencinta fesyen sudah pasti mengenali pereka fesyen yang semakin dikenali ramai ini, WOO / FIZI WOO telah melancarkan koleksi terbaru “Raya In The City” sempena Hari Raya


Bagi pencinta fesyen sudah pasti mengenali pereka fesyen yang semakin dikenali ramai ini, WOO / FIZI WOO telah melancarkan koleksi terbaru “Raya In The City” sempena Hari Raya 2015 yang akan tiba tidak lama lagi.

“Raya in the City” menawarkan pelbagai gaya yang sempurna sesuai dengan masyarakat bandar yang berkembang maju dalam mewujudkan citarasa mereka sendiri melalui penyesuaian sesuatu penampilan fesyen.

Koleksi ini memaparkan kepesatan bandar dengan menggunakan warna yang berani dengan sedikit gabungan pastel iaitu Royal Blue, Emerald Green, Fuchsia Pink dan Yellow Canary digabungkan dengan warna-warna pastel seperti Salmon Pink, Baby Blue dan Peach untuk menghasilkan rekaan yang harmoni.

Koleksi ready-to-wear “Raya In The City” ini boleh didapati di ZALORA bermula April 2015 dengan harga bermula dari RM400.00. Jom tengok koleksi yang mungkin menambat hati untuk “melaram” di hari raya nanti. - Ladylista





Kredit foto - FiziWoo Dan Zalora



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote starbee 6-5-2015 09:00 AM
cantik tp paten same jer... ropol2 gitu..
Quote tengah_bosan 23-4-2015 12:05 PM
aah la. mcm baju lopa. skang ni fashion mcm tuh la kot.
Quote iznanaziz 20-4-2015 05:28 PM
coklat, cream, orange..ala2 superman....
antara tu ada yg menarik, tapi ni kalau ramping cantik la...
ni pakai plain, berkesan, nampak spenda
tak mo la...
Quote Wazzul 17-4-2015 07:37 AM
cantik tu...nak yg warna biru la. :)
Quote chinatsu 15-4-2015 09:18 AM
kain dia nampak tebal..mcm panas je
kat malaysia ni bukan boleh sebat je kain buat baju
cuaca tak mengizinkan
Quote ejans 13-4-2015 05:29 PM
cantikk sume nyee
tapi nak bawak jalan2 ke kampongg dgn beraya ke rmh org mcm hooveeeerrr sgtt taww
Quote seri_mawr 13-4-2015 09:56 AM
baju cream ala2 baju loopa yg di potong pendek dan di kurangkan aksesorinya...baju lopa masa abph
Quote waisal 10-4-2015 08:09 PM
Wow!!cantiknya!!!tp yg pink tu mcm gaun hanez suraya pakai masa abpbh aritu...huhu

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.038195 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top