CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa 3 Gadis Juga Didakwa Cederakan Pemandu Teksi

9-4-2015 10:26 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11361| Komen: 94

Description: Peguam Azad Bashir Yang Mewakili Syed Fareid, Bagaimanapun Memohon Mahkamah Mengurangkan Jaminan Kepada Rm1,500 Atas Alasan Anak Guamnya Perlu Menanggung Isteri Dan Empat Daripada Tujuh Anaknya.
Bapa 3 Gadis Juga Didakwa Cederakan Pemandu Teksi

SHAH ALAM: Bapa kepada tiga beradik yang bergaduh dengan seorang pemandu teksi di kawasan stesen minyak di sini akhir bulan lepas, hari ini dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mencederakan pemandu teksi itu.

Syed Fareid Yahya, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.

Lelaki itu, yang bertugas sebagai Ketua Jabatan Sumber Manusia di sebuah syarikat berkaitan kerajaan, didakwa mencederakan Azmi Mat Mokhtar, 54, di hadapan Pejabat Pertanyaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Persiaran Kayangan, Seksyen 9 di sini kira-kira 4.30 petang pada 29 Mac lepas.

Syed Fareid didakwa mengikut Seksyen 334 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya N.Parimalaah yang mengendalikan pendakwaan mencadangkan supaya lelaki itu dibebaskan dengan jaminan RM3,000.

Peguam Azad Bashir yang mewakili Syed Fareid, bagaimanapun memohon mahkamah mengurangkan jaminan kepada RM1,500 atas alasan anak guamnya perlu menanggung isteri dan empat daripada tujuh anaknya.

Majistret Norshakinah Ahmad Kamarudin membenarkan Syed Fareid dibebaskan dengan jaminan RM2,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 29 April ini untuk sebutan semula kes.

Pada Isnin lepas, Azmi mengaku tidak bersalah di mahkamah sama atas tuduhan mencederakan tiga anak perempuan Syed Fareid dan merosakkan kereta Myvi milik mereka di Stesen Minyak Petron, Persiaran Kayangan, Seksyen 7, di sini pada 29 Mac lepas.

Mahkamah menetapkan 23 April ini untuk sebutan semula kes pemandu teksi itu.

Insiden pergaduhan Azmi dengan anak-anak perempuan Syed Fareid menjadi viral di laman sosial baru-baru ini. - BERNAMA

2

Bagus
2

Marah
3

Terkejut

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote penjejak_awan 8-4-2015 11:54 PM
padan muka syed dan 3 ekor anak sundalnya
Quote ceklifxsniper 8-4-2015 11:59 PM
balikalah pada islam sebenar. bergaduh sesama islam itu adalah jarum2 halus yahudi untuk menyesatkan orang islam.
Quote Cyempaka 9-4-2015 12:02 AM
Puas hati ummah marhaen...!

Ngehngehngeh..
Quote salimrock 9-4-2015 01:15 AM
yg sorang imam surau opis, yg sorang syed keturunan Nabi Muhammad..


masing2 ngaku maksom........

Quote salimrock 9-4-2015 01:17 AM
WA HARAP 2-2 org ni kena masuk jel, bagi diorang 1 sel, bila dah 5-6 bulan dlm sel, lama tak main , silap2 diorang menyontot sesama mereka....
Quote lasagnaklcc 9-4-2015 01:23 AM
Aritu mcm terbaca status fb berdegar2 blh bayar denda lepas tumbuk org. Hujung2 mintak discount jua..
Quote Acong 9-4-2015 01:25 AM
Syed Fareid Yahya, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.
baru tiba malaya kaa?
Quote myoujin 9-4-2015 01:36 AM
Peguam Azad Bashir yang mewakili Syed Fareid, bagaimanapun memohon mahkamah mengurangkan jaminan kepada RM1,500 atas alasan anak guamnya perlu menanggung isteri dan empat daripada tujuh anaknya.


Laaa..ingatkan kaya takat 3k celah gigi jer
Quote mrsLucky 9-4-2015 01:46 AM
I don't think they are rich...maybe middle class family like many of us..
I don't think dia akan dijel...but kalau di denda sekalipon sure dia puas hati dapat tumbuk road bully yang pukul anak2 gadisnya..

Kalau anak gadis i dipukul oleh lelaki..i bet husband i buat perkara yang sama..
Anyhow i bet road bully tu dah kecut perut dan tak akan jadi road bully lagi...the girls pon pon sure learn their lesson too..
Quote CrowneGlory 9-4-2015 01:52 AM
Yg salah ttp salah.. Len kali kontrol marah pacik... Jgn letak taraf pacik serendah drebar teksi aka pak imam kaki bully
Quote etonjelita 9-4-2015 02:30 AM
Puas hati uols pak syed kena dakwa?????
Quote salimrock 9-4-2015 02:30 AM
mrsLucky replied at 9-4-2015 01:46 AM
I don't think they are rich...maybe middle class family like many of us..
I don't think dia akan di ...

YES u are right...

kalo wa jadi pakcik syed tu mmg wa tumbuk muka roadbully tu, tak kisah la pak imam surau ke, pak imam opis ke...

pak cik yg kena tumbuk tu pun, bila dan kena, baru la nak raih simpati
Quote cupin_cipin 9-4-2015 02:45 AM
last last semua kena, lose-lose situation gitu

P/s:ni keturunan Syed hat lahir ari jumaat atau ahlul bait?
Quote Syd 9-4-2015 05:51 AM
bini syed, si syarifah ada update apa2 pasal ni kat fb tak?
Quote FanTasyCreaTioN 9-4-2015 06:16 AM
mrsLucky replied at 9-4-2015 01:46 AM
I don't think they are rich...maybe middle class family like many of us..
I don't think dia akan di ...
suka baca komen akak
realiti dalam kehidupan

lelaki ni tinggi sifat pelindung lebih2 lagi terhadap orang2 yang dia sayangi
bukan nak menyokong keganasan
tapi yer la nengok anak kena pelepuk gtu , sure akan angin

semoga mereka mendapat pengajaran dari kes ni
peringatan untuk diri sendiri juga


Quote CikguZara 9-4-2015 06:56 AM
ye lah, kalu ayahnya tak pukul di drebar teksi, ai bet si maknya akan sendukkan si drebar keparats tu.

lepas sendukkan si drebar, balik umah, si maknya carutskan si anak sebab mempuka puki di jalanan sehingga viral.

Quote cmf_almondpecan 9-4-2015 07:08 AM

Jurubahasa kat mahkamah ni bukan setakat menterjemah kerjanya. Selalu gak dia double sebagai pembaca apa2 kenyataan yang perlu dibaca kepada pihak-pihak serta pegawai-pegawai dalam mahkamah.

Quote mamat2009 9-4-2015 07:10 AM
Adillà tuh. Dua2 masuk kedalam.hahaha.kot2 dpt duduk dlm satu sel.lg gempak.lol
Quote noraidil_06 9-4-2015 07:13 AM
Sbb anak2 x pasal2 ayah kena naik court.geram plak aku.tindakan ayah tu betul, sbb protect ank. I bet, ayah lps tgk video, sure bebel2 kat anak2, yg terpekik terlolong tatau malu.

P/s mak ayah cantik n hensem, x turun plak kt ank.

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.096568 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top