CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dr M: Prestasi Najib lebih buruk daripada Pak Lah

8-4-2015 10:25 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 2133| Komen: 0

Description: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hari ini bahawa Umno hanya akan selamat di Pilihan Raya Umum ke-14 jika mereka “tukar pemimpin.”


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hari ini bahawa Umno hanya akan selamat di Pilihan Raya Umum ke-14 jika mereka “tukar pemimpin.”


Mahathir berkata demikian kerana pemimpin Umno, Datuk Seri Najib Abdul Razak, diimplikasi dalam “terlalu banyak skandal.”


Pertembungannya dengan Najib bermula apabila beliau menulis di blog chedet.cc bahawa rakyat Malaysia sudah tidak percaya kepada Perdana Menteri, disebabkan oleh beberapa soalan tak terjawab yang menyelubungi pemerintahannya, termasuk pembunuhan Altantuya Shaariibuu, dan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


“Saya penuh harapan bila dia [Najib] ganti Pak Lah [Tun Abdullah Ahmad Badawi], tetapi prestasinya buruk lagi daripada Pak Lah.

“Saya dah kata sebelum pilihan raya kalau prestasinya buruk lagi daripada Pak Lah, di patut berhenti.

“Berhenti daripada menjadi Perdana Menteri, berhenti daripada menjadi presiden parti [Umno],” kata Mahathir.


Beliau turut memberitahu The Star Online bahawa beliau telah jemu bekerja secara “senyap” dalam beberapa tahun yang lepas, kerana tidak membawa kesan kepada pemerintahan negara, yang mengikut beliau telah merosot kebelakangan ini.


“Bukan soal marah. Ini soal negara kita. Negara kita terkenal zaman saya sebagai pentadbiran yang baik.

“Sekarang, newspaper luar negeri panggil kita ‘the most corrupt country in the world.’


“Tak pernah orang kata macam itu pada zaman saya,” tambah beliau. Mahathir juga mengkritik skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diilhamkan oleh Najib kerana membuatkan rakyat Malaysia bergantung kepada pemberian duit.


Beliau berkata pemberian duit BR1M itu tidak menjanjikan bahawa rakyat akan mengundi untuk Barisan Nasional. Pemberian BR1M juga akan mewujudkan masyarakat yang bersifat terlalu materialistik, yang menurut bekas Perdana Menteri itu akan menggelapkan masa depan Malaysia.



- See more at: http://www.rakyattimes.com/index ... thash.oaCBIztY.dpuf

2

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
6

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.040127 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top