CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Majlis Akad Nikah Puteri Najib Selamat Disempurnakan Di Seri Perdana

23-3-2015 11:26 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 77380| Komen: 392

Majlis Akad Nikah Puteri Najib Selamat Disempurnakan di Seri Perdana 


Majlis akad nikah anak perempuan Perdana Menteri, Nooryana Najwa dan pasangannya, Daniyar Kessikbayev selamat disempurnakan di Seri Perdana, malam Khamis. Daniyar Kessikbayev menyarungkan cincin ke jari Nooryana Najwa selepas diijab kabulkan. -- fotoBERNAMA 

PUTRAJAYA: Majlis akad nikah anak perempuan Perdana Menteri, Nooryana Najwa dan pasangannya, Daniyar Kessikbayev selamat disempurnakan di Seri Perdana, malam Khamis. 

Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menyempurnakan sendiri akad nikah itu. Daniyar melafazkan akad nikah itu sekali dalam Bahasa Malaysia.

Adik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Johari dan Datuk Mohamed Nizam, menjadi saksi akad nikah itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa menikahkan anaknya, Nooryana Najwa dengan pilihan hatinya, Daniyar Kessikbayev (kiri) pada majlis akad nikah di Seri Perdana di sini malam ini. Dengan sekali lafaz Daniyar kini sah menjadi suami kepada Nooryana Najwa


Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajjah Haminah berkenan berangkat ke majlis yang bermula jam 9 malam itu.

Turut berangkat Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom, Sultan Perak, Sultan Dr Nazrin Shah Sultan Azlan Shah, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman serta menteri-menteri Kabinet juga hadir.

PENGANTIN BARU…Daniyar Kessikbayev, 27, dan puteri Perdana Menteri, Nooryana Najwa, 27, selamat diijab kabulkan pada majlis akad nikah di Seri Perdana di sini malam Khamis.


Turut bersama ibu Perdana Menteri, Tun Rahah Mohd Noah serta keluarga terdekat kedua-dua pasangan pengantin.

Hadir sama isteri Naib Presiden Indonesia, Ibu Mufidah.

Sebelum akad, khutbah nikah dibacakan oleh Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Dr.Sirajuddin Suhaimi.

Takliq lafaz nikah dibacakan Daniyar di hadapan Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, Abd Manaf Mat yang sebelum itu membacakan doa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bertindak sebagai jurucakap mewakili keluarga pengantin perempuan, manakala jurucakap keluarga pengantin lelaki diwakili Tan Sri Dr Rais Yatim.


Selesai bersalaman dengan bapa mertua dan saksi, Daniyar yang berasal dari Kazakhstan kemudiannya menunaikan solat sunat. 

Ini diikuti dengan upacara membatalkan wudhu' dan menyarung cincin antara kedua-dua pengantin.

Upacara merenjis pasangan mempelai dimulakan oleh Rahah, diikuti anggota keluarga Daniyar termasuk ibunya, Maira Kurmangalieva dan disusuli Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Nooryana Najwa, 27, mengenali Daniyar, 27, ketika kedua-duanya menuntut di Amerika Syarikat.

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=864014&extra=&page=12
29

Bagus
11

Marah
17

Terkejut
51

Sedih
16

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (141 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CrowneGlory 18-3-2015 07:58 PM
Jet baru dh kuar ke belum, kalau x mesti dpt percutian percuma sempena honeymoon
Quote theotherfriend 18-3-2015 08:26 PM
Alhamdulillah.. bertemu jodohnya..
Lama betul bertunang
Quote cak! 18-3-2015 08:28 PM
surat nikan ank jib.jpg

hantaran usd 500k okeyy
Quote krustykrab 18-3-2015 08:32 PM
kayanya mamat tu hantaran je USD500,000
Quote msxx 18-3-2015 08:34 PM
Tahniah kpd kedua mempelai, moga bahagia ke anak cucu, doa yg baik2 aje.
Quote alinone78 18-3-2015 08:39 PM
Fuyoh
500k usd

Gila bapok
Quote ice_sky92 18-3-2015 08:40 PM
Wow hantaran...
Quote cak! 18-3-2015 08:42 PM
knp ank xde rupa najib n rosmah pon
Quote ifanonline 18-3-2015 08:51 PM
dengar citer si daniyar ni anak luar nikah..
Quote moocoww 18-3-2015 08:54 PM
Hantaran dia.....
Quote pinksarah 18-3-2015 09:02 PM
Detail sungguh..smpi ic najib pon tertera..hahahahah
Quote sepiITUindah 18-3-2015 09:05 PM
seiras ler depa
mata gigi dagu
panjang jodohnya ..aminnnn
Quote sepiITUindah 18-3-2015 09:06 PM
pinksarah replied at 18-3-2015 09:02 PM
Detail sungguh..smpi ic najib pon tertera..hahahahah

boleh cek tu...bape banyak saman tak bayar

Quote aechae 18-3-2015 09:06 PM
xda etika lgsung smpai surat akuan nikah tu pn nk amek pic n sebar kan....

apa xda rasa tggungjawab n amanah ke?
Quote vandergooh 18-3-2015 09:14 PM
krustykrab replied at 18-3-2015 08:32 PM
kayanya mamat tu hantaran je USD500,000

Kenapa terkejut hantarannya dik.... ini org cakap, business planning... pelaburan jangka panjang... kiranya modal permulaan perniagaan lah...
Quote haiku 18-3-2015 09:15 PM
Tidak amanah nya
Quote vandergooh 18-3-2015 09:16 PM
Apa akak konfius, declare sahaja ini perkahwinan negara, bajet dan tenaga kerja dikerah dari kerajaan... sungguh tak beretika...
Quote little_sis 18-3-2015 09:17 PM
hantaran lumayannn
Quote funnyTONE 18-3-2015 09:18 PM

tgk la nama dia...sekali baca cam KASI  BAEK

Lihat semua komen(392)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.328632 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top