CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

32.7 Peratus Rakyat Malaysia Ambil Garam Lebih, Hidap Darah Tinggi

13-3-2015 11:28 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2471| Komen: 0

Description: “Kebanyakan Orang Tidak Sedar Bahawa Mereka Telah Mengambil Garam Secara Berlebihan Kerana Kira-Kira 75 Peratus Daripada Garam Dalam Diet Seharian Datangnya Dari Makanan Terproses,” Katanya.
32.7 Peratus Rakyat Malaysia Ambil Garam Lebih, Hidap Darah Tinggi

PUTRAJAYA – Kira-kira 32.7 peratus rakyat Malaysia atau 5.8 juta orang yang berumur 18 tahun dan ke atas kini menghidap penyakit hipertensi atau darah tinggi akibat pengambilan garam secara berlebihan sekali gus menjadi penyumbang utama kepada kadar kematian di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, secara purata seorang dewasa mengambil sebanyak 8.7 gram sehari iaitu 1.7 kali ganda lebih tinggi berbanding saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu lima gram atau sesudu teh sehari.

Menurutnya, berdasarkan kajian yang dijalankan Institut Kesihatan Umum pada dua tahun lalu mendapati, pengambilan garam adalah lebih tinggi dalam kalangan lelaki berbanding wanita dan perkara ini disebabkan kurangnya kesedaran.

Gambar hiasan


“Dalam kajian yang sama, kicap soya didapati menjadi makanan utama yang menyumbang kepada kandungan sodium tinggi diikuti nasi goreng, nasi lemak, mihun goreng, mi sup dan sup.

“Kebanyakan orang tidak sedar bahawa mereka telah mengambil garam secara berlebihan kerana kira-kira 75 peratus daripada garam dalam diet seharian datangnya dari makanan terproses,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Kempen Minggu Kesedaran Garam Sedunia 2015 yang bertemakan ‘Makan di luar, kurang masin, pilihan sihat’ di kementeriannya di sini semalam.

15

Bagus
13

Marah
23

Terkejut
14

Sedih
12

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (92 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.050407 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top