CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Tips Cantik Lihat artikel

Cerahkan kulit khas untuk pengantin

25-2-2015 10:17 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 1956| Komen: 0

Description: kapur sirih juga dapat menghilangkan bulu pada bawah lengan secara semula jadi. Perah sebiji limau nipis kemudian tambahkan sesudu makan air kapur sirih.

LadyLista - Tampil cerah dan segar bak puteri salju adalah impian setiap wanita di hari bahagianya. Beberapa bahagian tubuh yang perlu anda ambil perhatian agar kekal cerah iaitu gigi, bawah lengan, siku serta lutut. Kebanyakan wanita akan mencuba cara cepat untuk mendapatkan hasil yang sempurna. Namun berhati-hatilah jangan sampai memudaratkan. Berikut adalah beberapa tip bagaimana untuk kelihatan cerah secara semula jadi dengan hanya menggunakan buah-buahan.

EPAL
Mengunyah epal yang rangup membantu melunturkan plak pada permukaan gigi. Selain itu, ia turut dapat merangsang pengeluaran air liur di mana secara semula jadinya dapat melawan bakteria dalam mulut. Epal turut membantu melunturkan warna kekuningan atau hitam pada permukaan gigi.

KULIT LIMAU
Gosoklah gigi dengan menggunakan bahagian dalam kulit limau. Kulit limau mengandungi unsur pemutih yang sangat lembut di mana dapat membantu menghilangkan tandatanda karat pada gigi tanpa memudaratkan lapisan permukaan gigi.


STRAWBERI
Dikatakan dapat membantu mengikis dan menghilangkan kesan hitam atau kekuningan pada permukaan gigi. Hancurkan strawberi kemudian tampalkan pada gigi lalu biarkan beberapa minit. Setelah itu gosok gigi anda. Amalkan tiga kali seminggu dan lihatlah hasilnya dalam tempoh sebulan.

LIMAU NIPIS DAN KAPUR SIRIH
Limau nipis kaya dengan vitamin C yang dapat mencerahkan warna bahagian bawah lengan. Apatah lagi jika ia dicampurkan dengan kapur sirih yang bermanfaat menghilangkan kotoran serta lapisan kulit mati. Selain itu, kapur sirih juga dapat menghilangkan bulu pada bawah lengan secara semula jadi. Perah sebiji limau nipis kemudian tambahkan sesudu makan air kapur sirih. Gaul kemudian sapukan pada bawah lengan secara merata lalu biarkan selam 15 minit. Cuci sehingga bersih dengan menggunakan air sejuk. Lakukan sebanyak tiga kali seminggu.

JUS LEMON BERSAMA SODA PENAIK
Kandungan vitamin C di dalam jus lemon adalah sama seper ti limau nipis. Ia bermanfaat untuk mencerahkan bahagian bawah lengan. Selain itu, soda penaik turut dapat membantu meneutralkan ketajaman rasa lemon yang boleh memedihkan kulit terutama selepas mencukur. Perah sebiji lemon dan ambil jusnya. Tambahkan satu sudu teh soda penaik dan kacau rata. Sapu di bahagian bawah lengan lalu biarkan selama 15 minit. Setelah separuh kering, gosok hingga butiran soda penaik dan lemon bersama kotoran pada bawah lengan luruh. Cuci sehingga bersih. Lakukan tiga kali seminggu.

BETIK DAN MADU
Kandungan enzim pada betik bermanfaat untuk membantu mencepatkan pengeluaran sel kulit mati. Selain itu, vitamin C dan polyphenol di dalam madu turut membantu untuk mencerahkan kulit di bawah lengan. Ambil satu perempat buah betik yang berukuran sederhana lalu hancurkan sehingga lumat.

Campurkan dua sudu makan madu dan kacau rata. Sapu di bahagian bawah lengan secara merata. Biarkan bahan tersebut meresap selama lebih kurang 20 minit. Bersihkan dengan air suam dan biarkan kotoran luruh. Lakukan dua kali seminggu.

GIGI
Memiliki gigi putih menyerlahkan keyakinan diri di hari bahagia. Untuk memiliki gigi yang putih anda digalakkan makan buah-buahan segar setiap hari. Gigi anda bukan sahaja menjadi lebih putih dan bersih malah akan lebih sihat.

SIKU DAN LUTUT
Tahukah anda bahawa bahagian tubuh yang paling mudah menjadi gelap ialah lutut dan siku. Tekanan yang terus menerus akan mudah menjadikan bahagian tersebut menjadi gelap, kering dan kasar. Untuk mengembalikan kecerahannya anda boleh mencuba petua semula jadi ini.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.026933 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top