CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Bangladesh Melecur Di Bakar Wanita!

5-2-2015 10:08 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6944| Komen: 13

Description: Sehubungan Itu, Polis Menahan Seorang Wanita Indonesia Berusia Dalam Lingkungan 20-An Bagi Membantu Siasatan, Kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Acp Rusli Mohd Noor Ketika Dihubungi Di Sini ...
Lelaki Bangladesh Melecur Di Bakar Wanita!

BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki Bangladesh melecur di beberapa bahagian badan akibat dibakar oleh seorang wanita di tapak pembinaan berhampiran Pasar Awam Kampung Baru di sini, hari ini.     Lelaki berusia dalam lingkungan 30-an yang merupakan pekerja kontrak itu dilapor stabil dan kini dirawat di Hospital Bukit Mertajam.

Sehubungan itu, polis menahan seorang wanita Indonesia berusia dalam lingkungan 20-an bagi membantu siasatan, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Rusli Mohd Noor ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata dalam kejadian 7.50 pagi itu, lelaki berkenaan dan rakan senegaranya menunggang sebuah motosikal untuk ke tempat kerja di tapak pembinaan itu.

"Ketika sampai di kawasan tapak pembinaan, motosikal yang ditunggang mangsa ditahan seorang wanita. Sebaik berhenti, wanita itu terus menyimbah sejenis cecair dipercayai petrol ke arah dua lelaki berkenaan, menyalakan api pada sehelai kain serta melemparnya ke arah mereka," katanya.


Beliau berkata rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri manakala mangsa tidak sempat lari menyebabkan dia dan motosikalnya disambar api.

Rusli berkata orang ramai yang berada di situ bertindak memadamkan kebakaran dan menghantar lelaki itu ke Hospital Bukit Mertajam manakala wanita terbabit ditahan oleh orang ramai dan diserah kepada polis.

Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. 
10

Bagus
6

Marah
4

Terkejut
8

Sedih
4

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (38 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mak_wa95 4-2-2015 05:19 PM
hahahaha..cemburu la ni..

jangan main2 dgn indon
Quote prettyuglybabe 4-2-2015 05:21 PM
marah gila ni

Quote mast3rshad0w 4-2-2015 05:37 PM
bangla tu pandai hayun sangat, kehkehkeh....awek indon ganas2 belake...musti muka penyamun kucing ni, kihkih...
Quote Felycya 4-2-2015 05:44 PM
Gile ganas pompuan tu
Quote batmana 4-2-2015 05:47 PM
terbakar hati sapa yg tau..
Quote Modngengade 4-2-2015 06:33 PM
Cinetron pati yg bertajuk .cinta antara dua benua...akak syak wanita indon tu pasti berasal dari madura
Quote nagapompuan 4-2-2015 06:40 PM
Wrath of a woman scorned. Apa baiyya suda buat?
Quote GhostWalking 5-2-2015 06:46 PM
GEORGE TOWN – Seorang wanita warga Indonesia bertindak nekad membakar seorang lelaki Bangladesh kerana tidak membayar hutang seperti dijanjikan dalam satu kejadian berhampiran Pasar Awam Kampung Baru di Bukit Mertajam, semalam, kata polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Mazlan Kesah berkata siasatan awal mendapati wanita berumur 35 tahun itu marah terhadap mangsa kerana tidak membayar wang yang dipinjamnya sejak bulan lepas.

“Mereka (wanita dan mangsa) memang mengenali antara satu sama lain dan difahamkan wanita berkenaan telah meminjamkan sejumlah wang kepada mangsa dan lelaki itu berjanji untuk membayarnya.

“Bagaimanapun sehingga Selasa, mangsa gagal membayar wang yang dipinjam dan lelaki itu juga dikatakan langsung tidak menjawab pangilan telefon wanita berkenaan sehingga membuatkan dia berang dan bertindak membakar mangsa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian 7.50 pagi semalam, seorang lelaki Bangladesh melecur di beberapa bahagian badan berikutan tindakan wanita terbabit.

Ketika kejadian, lelaki berkenaan dan rakan senegaranya menunggang sebuah motosikal untuk ke tempat kerja di tapak pembinaan itu sebelum ditahan wanita terbabit dan sebaik berhenti, wanita itu terus menyimbah sejenis cecair dipercayai petrol ke arah mereka serta menyalakan api pada sehelai kain dan melemparnya ke arah kedua-dua lelaki itu.

Mazlan berkata polis telah merekod keterangan rakan mangsa yang sempat menyelamatkan diri dan dua saksi yang berada di tempat kejadian bagi membantu siasatan kes itu.

Beliau berkata mangsa yang berusia 32 tahun dan bekerja kontrak di tapak pembinaan itu melecur lebih 80 peratus di badannya dan masih dirawat di Hospital Bukit Mertajam.

“Lelaki itu belum sedarkan diri dan menurut doktor yang merawatnya, keadaan mangsa stabil walaupun kesan melecur di badannya agak teruk,” katanya.

Beliau berkata wanita yang ditahan itu bekerja di sebuah kilang di kawasan Perai dan direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. – BERNAMA
Quote nagapompuan 5-2-2015 11:58 PM
GhostWalking replied at 5-2-2015 06:46 PM
GEORGE TOWN – Seorang wanita warga Indonesia bertindak nekad membakar seorang lelaki Bangladesh ker ...

Ah long indonesiaraya rupanya. Dop ader simbah cat bagai, terus bako.
Quote boyagombak 15-1-2017 03:14 PM
Boya pun rasa nak simbah minyak dan bakar saja kawan2 yg pandai pinjam tp x pandai nak bayar. Itu ajer ubatnya manusoa yg mulut manisasa nk meminjam tp hati busuk x dak miat nak bayar hutang. Lebeh baik dibakar api dunia drpd dibakar api neraka
Quote shernazz 15-1-2017 03:17 PM
motif cite abad lalu naik atas?
Quote ronapink 15-1-2017 03:24 PM
setuju dengan boya..
Quote cknoriz 15-1-2017 03:30 PM
boya gigih kau nk up benang 2015 awatt

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.065260 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top