CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Korea Selatan Sumbang Rm360,029 Kepada Mangsa Banjir

28-1-2015 03:27 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6591| Komen: 15

Description: Dana Itu Akan Digunakan Untuk Menyokong Operasi Bantuan Yang Dijalankan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Pbsm), Termasuk Penghantaran Segera Penapis Air Bagi Menyediakan Air Minuman Bersih Kepada ...
Korea Selatan Sumbang Rm360,029 Kepada Mangsa Banjir


KUALA LUMPUR - Korea Selatan hari ini menyumbang AS$100,000 (RM360,029) kepada Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) sebagai bantuan kemanusiaan berikutan banjir yang melanda negara baru-baru ini.

IFRC dalam satu kenyataan berkata Menteri dan Konsul Jeneral/Timbalan Ketua Misi Kedutaan Korea Selatan di Malaysia, Yoon Changyul, menyerahkan surat niat mengenai bantuan itu kepada ketua operasi IFRC untuk Asia Pasifik, Martin Faller, dalam satu majlis di pejabat IFRC di sini.

Dana itu akan digunakan untuk menyokong operasi bantuan yang dijalankan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM), termasuk penghantaran segera penapis air bagi menyediakan air minuman bersih kepada penduduk Kampung Pasir Tumboh di Kelantan.

Katanya, barangan bantuan bukan makanan juga akan dikeluarkan dari gudang serantau IFRC di Klang bagi memenuhi keperluan komuniti yang sebelum ini tidak boleh diakses akibat banjir.

Pada minggu pertama Januari tahun ini, PBSM telah menghantar 120 tan barang bantuan termasuk 10,000 selimut untuk penduduk di tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang, kata IFRC.

Sejak bermulanya banjir, pejabat IFRC Zon Asia Pasifik bekerjasama rapat dengan PBSM dalam menyediakan sokongan teknikal ketika fasa bantuan kecemasan serta membantu pembiayaan kecemasan menerusi Tabung Kecemasan Bencana. 

6

Bagus
3

Marah
8

Terkejut
4

Sedih
10

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kecimpret 28-1-2015 08:55 AM
lepas ni boleh berpeluk2 balik
Quote annehuda 28-1-2015 08:58 AM
    Dana itu akan digunakan untuk menyokong operasi bantuan yang dijalankan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM), termasuk penghantaran segera penapis air bagi menyediakan air minuman bersih kepada penduduk Kampung Pasir Tumboh di Kelantan.


satu idea yg baik
Quote FOTHER-MUCKER 28-1-2015 08:58 AM
Brunei yang kaya raya tu berapa dermakan kepada Malaysia?
Quote luvpierre 28-1-2015 09:17 AM
aigoo...jeongmal gamsahamnida la ajussi2 n ahjumma2 kpop
baiknya ati korg
Quote nemonemonemo 28-1-2015 09:26 AM
Tak dengar pon negara pak arab menderma. kita punyalah dok ya habibi ya maulana ente bagai. Apa2pon terima kasih korea.
Quote alinone78 28-1-2015 09:26 AM
phewww nasib baik ke PBSM
bukan PM

Quote espri6006 28-1-2015 09:29 AM
mungkin ada yang menderma dari negara2 islam lain kot tapi biasalah maybe diaorg xnak kecoh kecoh....ye lah derma....
Quote kentel 28-1-2015 09:47 AM
FOTHER-MUCKER replied at 28-1-2015 08:58 AM
Brunei yang kaya raya tu berapa dermakan kepada Malaysia?

jangan komen..nanti kena hudud!
Quote Modngengade 28-1-2015 09:49 AM
kecimpret replied at 28-1-2015 08:55 AM
lepas ni boleh berpeluk2 balik

ummah pprt mcm kau jer minat kpop.....sendu.....


Quote krustykrab 28-1-2015 10:37 AM
biasa la tu...indon yg kutuk2 kita...dh brp byk bantuan kjaan msia hulurkan
Quote finesse 28-1-2015 10:41 AM
Uncle sam bg sumbangan ummah meleis senyap jahh..
Quote melinda_kerr 28-1-2015 10:46 AM
Yelah itulah dinmakan atas peri kemanusiaan tanpa kira agama skalipun.  Lpsni harap kurangkanlah otak pprt mengutuk agama org lain dan timbulkan isu racist. Bila dapat duit senyum lebar memuji bangsa lain. Lepas tu nyanyuk dan lupa mengutuk balik.
Quote BotakChinPeng 28-1-2015 03:53 PM
"korea yang dibenci" ????
Quote mybluegetz 28-1-2015 03:59 PM
bukan semua korean mengePOP

terima kasih korea yg biasa2 nih
Quote GhostWalking 28-1-2015 04:05 PM

alaa bam kira halal jelah

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.063232 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top