CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Antara Model Rumah Pilihan Mangsa Banjir, Tiang Setinggi 8 Kaki

21-1-2015 11:37 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14434| Komen: 81

Description: Selain Rumah Yang Dibina Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Kuaters Angkatan Tentera Dan Kem Khidmat Negara Turut Dijadikan Sebagai Pusat Kediaman Sementara Kepada Mangsa Banjir Yang Mengala ...
Antara Model Rumah Pilihan Mangsa Banjir, Tiang Setinggi 8 Kaki


KUALA LUMPUR: Kerajaan mengemukakan dua model rumah bagi pembinaan semula rumah yang rosak sepenuhnya akibat banjir.

Rumah berkeluasan 660 kaki persegi itu berkonsepkan rumah atas tanah dan satu lagi, beralas tiang  setinggi 8 kaki akan dimajukan kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan pusat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata model rumah itu mempunyai tiga bilik tidur, ruang makan, ruang tamu, satu tandas dan satu bilik mandi.

“Ini salah satu daripada pilihan di mana ia dibina di atas tanah dengan ruang lantai seluas 660 kaki persegi. Yang kedua ini yang dikatakan 8 kaki daripada paras lantai (paras tanah). Kalau kawasan itu mudah ditenggelami air ia lebih terjamin,” kata Muhyiddin.

Proses pembinaan akan dimulakan secepat mungkin selepas pengesahan kerajaan negeri dan dijangka mengambil masa 75 hari untuk disiapkan.

“Pihak jawantakuasa di bawah Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan meniliti dahulu dan setelah disahkan jawatankuasa negeri dan tanah itu milik tuan rumah, projek akan dimulakan. Namun kalau ditumpang tanah lain (mereka perlu) selesaikan status tanah itu dahulu,” tambah Muhyiddin.

Mengikut data terkini, 2,606 unit kediaman mengalami kerosakan sepenuhnya dan 6,275 kediaman mengalami lain-lain kerosakan kecil.

Muhyiddin sebelum itu mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa khas pasca banjir di Bangunan Perdana Putra pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan rumah sementara kepada mangsa banjir seluruh negara.

Selain rumah yang dibina Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kuaters Angkatan Tentera dan Kem Khidmat Negara turut dijadikan sebagai pusat kediaman sementara kepada mangsa banjir yang mengalami kerosakan teruk pada struktur rumah mereka.

Pertama penempatan sementara kerana masih ada yang menumpang dengan keluarga. Jadi ada beberapa projek yang boleh digunakan (sebagai rumah sementara).

“Ini termasuk binaan bangunan PLKN, kem tentera dan lain-lain rumah milik kerajaan yang boleh digunakan untuk meringankan beban mereka bagi memiliki rumah (sementara) yang baik.

Kerajaan juga sudah memulakan penyampaian sumbangan wang ihsan RM500 kepada isi rumah mangsa banjir dan RM5,000 kepada waris yang kehilangan ahli keluarga.


14

Bagus
16

Marah
14

Terkejut
9

Sedih
9

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (79 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jengkoil 21-1-2015 08:44 AM
Mana gambar model tersebut?  :
Quote Omong 21-1-2015 08:45 AM
kena tengok tempat juga ler noks. . . rumah2 kat sarawak bertiang 8' pun kalu dibina di kawasan tanah rendah/pamah pun akan kena banjir juga. . .

lebih2 lagi kalau monsoon season disertai dengan fenomena king tide. . .
Quote R2D2 21-1-2015 08:52 AM
Quote LENS2U 21-1-2015 08:58 AM
Kalau balak hanyut hentam....habis juga rumah dgn tiang2nya sekali.
Quote R2D2 21-1-2015 09:33 AM
mungkin ni model yg Terengganu nak buat
rumah bebas banjir
Quote sapp73 21-1-2015 09:45 AM
Penyelesaian mudah...kaedah ni boleh diguna pakai.  Tapi tak meyelesaikan masalah banjir...msia kena belajar dengan belanda kot, macammana negara yg berada dibawah paras laut ni berjaya mengurangkan risiko banjir dinegara mereka
Quote naina 21-1-2015 09:49 AM
Penat makk naik turun tangga rumah tinggi2.klu cuaca panas mmg mcm ovenlah.
Quote Tok_Batin 21-1-2015 09:52 AM
Bolehlah pakai untuk temporary kot. Kena ada permanent solution banjir ni.


Tapi design dia ada kelebihan.
Kawasan bawah tu boleh buat extra ruang tamu / space untuk berehat / tapi jangan letakkan barang barang berat/sudah angkat/mudah rosak supaya kalau banjir tidak ada barang mahal rosak.
Quote Decaffeinated 21-1-2015 10:05 AM
ini untuk mereka yang dah tak boleh ke mana. kena gak buat rumah atas tapak prone banjir.

untuk perumahan baru, dah tak relevan lah gigih jugak nak dok tepi sungai.... zaman ni orang naik kereta, bukan kayuh sampan macam dulu2...



Quote tumpanglalu74 21-1-2015 10:10 AM
Nak dok kat rumah ateh tanah konon.  Skali datang air bah..
Quote setokinpurple 21-1-2015 12:06 PM
Org dulu rumah tinggi2 sbb nk elak banjir dan binatang buas.. Aku ingt lg umah arwah motang aku dulu, mmg tggi.. Jenuh nk daki tangga
Quote setokinpurple 21-1-2015 12:07 PM
Moyang....motang plak
Quote rogayahtop 21-1-2015 04:23 PM
akak tak paham...so air naik 8 kaki, buat rumah tiang 8 kaki, kalau air naik jadi 20 kaki lepas ni nak buat rumah tiang kaki 20 ke?

Bukan punca banjir makin teruk ni pasal kayu balak semer kena tebang sampai takda kawasan tadahan air dah ke



Quote batmana 21-1-2015 10:58 PM
Buat rumah terapung la.. Bahasa omputih sebut amphibia house...  Klu air naik 20kaki ke.. Xkisah.. Psl boleh terapung..
Quote Acong 22-1-2015 01:35 AM
batmana replied at 21-1-2015 10:58 PM
Buat rumah terapung la.. Bahasa omputih sebut amphibia house...  Klu air naik 20kaki ke.. Xkisah.. P ...

kena langgar balak/rumah hanyut..... terus terapung kat laut china selatan  
Quote Bedah.Cun 22-1-2015 01:45 AM
I rs idea rumah terapong lg sensible
Quote FanTasyCreaTioN 22-1-2015 02:04 AM


Quote lavamerah 22-1-2015 02:07 AM

wah....petang2 boleh la makcik2 kampung duk mengumpat ramai2 bawah kolong rumah tu..


Quote FanTasyCreaTioN 22-1-2015 02:12 AM
lavamerah replied at 22-1-2015 02:07 AM
wah....petang2 boleh la makcik2 kampung duk mengumpat ramai2 bawah kolong rumah tu..

ala bang Lava
tu dulu2 la kot
la ni tak main dah gosip2 ngumpat2 bawah kolong
la ni trending nak bergosip ngumpat2 kutuk2 keji2 kat group wasap



Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.264555 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top