CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Hiburan Lihat artikel

Tahniah Black dapat anak lelaki

15-1-2015 11:41 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2252| Komen: 1

Description: Ciara isteri kepada penyanyi Black yang terkenal dengan lagu 'Teman Pengganti', selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 2.09kg petang semalam.

Ciara isteri kepada penyanyi Black yang terkenal dengan lagu 'Teman Pengganti', selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 2.09kg petang semalam. 


"Alhamdulillah isteri saya sihat. Begitu juga dengan anak saya. Walau bagaimanapun kini anak saya masih ditempatkan di wad NICU yang dikhaskan untuk kanak-kanak baru lahir. Wad tersebut bukanlah untuk kanak-kanak yang kritikal. Anak saya perlu ditempatkan di situ kerana dia lahir tidak cukup bulan dan perlu mendapatkan sedikit lagi antibiotik tambahan untuk mengelakkan dia terkena apa-apa jangkitan. 

 
"Air ketuban isteri saya pecah awal kerana terkena jangkitan. Dia sakit dalam dua hari juga. Selepas dua hari, petang semalam barulah rahimnya terbuka. Ketika lahir anak saya tidak menangis dan memberikan respon walaupun ditepuk. Hampir 10 minit jugalah doktor yang bertugas berusaha. Ketika itu, saya rasa sangat resah dan 10 minit kemudian barulah terdengar tangisannya. Saya tergamam hingga tidak mampu berkata apa-apa. 


Untuk pengetahuan, bayi tersebut dilahirkan awal sebulan dari tarikh yang dijangkakan. 

Apa pun, LadyLista ucapkan tahniah kepada Black dan Ciara atas kelahiran cahaya mata mereka.










Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote wafeloren 22-1-2015 05:56 PM
tahniah

Lihat semua komen(1)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.030533 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top