CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Resipi Laksa Johor

12-1-2015 01:02 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 4190| Komen: 0

Description: Mengikut cerita orang2 dulu kala, sebab laksa Johor ber 'mi' kan spaghetti, kerana isteri Sultan Johore pada waktu itu ialah wanita Inggeris, maka ia telah di fusionkan. Berkuahkan gaya orang melayu t ...

Oleh Fyruz Hanna

Sejarah- Mengikut cerita orang2 dulu kala, sebab laksa Johor ber 'mi' kan spaghetti, kerana isteri Sultan Johor pada waktu itu ialah wanita Inggeris, maka ia telah di fusionkan. Berkuahkan gaya orang melayu tapi dimakan bersama spaghetti dan kalau ikut style orang2 Johore, makan laksa dengan tangan, jangan tak caya. Satu lagi, kalau ikut secara tradisinya, laksa Johor menggunakan isi ikan parang yang dibakar.


Hidangan untuk 5 orang

Bahan-bahan
250 g (5 cawan) mee laksa/spaghetti
250 g (2 keping) ikan parang/tenggiri
125 ml (1/2 cawan) susu rendah lemak
60 ml (1/4 cawan) pati santan
15 g (1 sudu makan) kerisik

10 g (2 keping) asam keping
5 g (1 sudu teh) gula pasir
5 g (1 sudu teh) garam kasar
500 ml (2 cawan) air

Bahan-bahan (A) untuk digiling
100 g (1/3 cawan) udang basah, dibuang kulit
50 g (1/2 cawan) udang kering
50 g (1/2 biji) bawang besar
25 g (5 ulas) bawang merah
10 g (2 ulas) bawang putih
10 g (1 sm) halia
10 g (1 sm) lengkuas
60 g (2 batang) serai, dihiris halus
10 g (1 sm) kunyit hidup
30 g (1 bungkus) rempah kari ikan

Untuk Hiasan
300 g (1 biji) timun, dibuang kulit dan dihiris halus
150 g (1 batang) lobak merah, dihiris halus
100 g (1/2 cawan) kacang panjang, dipotong kecil
90 g (1 biji) bawang besar, dihiris bulat
30 g (2 biji) limau nipis, dipotong serong
250 g taugeh, dibuang ekor
daun kesom dan daun selasih, dihiris halus
1 mangkuk sambal belacan kulit limau nipis

Cara memasak

1. Giling bahan-bahan (A) sehingga lumat.
2. Siang dan cuci ikan dengan asam dan garam. Rebus ikan. Buang tulangnya dan giling isi hingga halus.
3. Masukkan bahan-bahan yang bercampur rempah tadi dan air rebusan ke dalam periuk. Jerang air atas api. Kacau rata dan biarkan sehingga garing dan naik baunya.
4. Masukkan susu rendah lemak dan setelah mendidih beberapa kali, masukkan pati santan dan asam keping.
5. Masukkan garam, gula dan kerisik. Kuah laksa ini elok dijerang lama sedikit supaya semuanya mesra dan agak pekat. Sambil dijerang kacau selalu.
6. Celurkan mee laksa di dalam air mendidih yang dibubuh sedikit garam. Setelah lembut, angkat dan cuci dengan air sejuk. Toskan segera.
7. Untuk menghidang, menuang kuah ke atas mee laksa, diikuti daun kesom, daun selasih, taugeh, timun, lobak merah dan kacang panjang. Jika suka, taburkan juga hirisan bawang. Boleh juga dimakan dengan sambal belacan dan perahan air limau nipis.

Berat satu hidangan: 450 g

KANDUNGAN NUTRIEN SETIAP HIDANGAN:
NUTRITIONAL CONTENT PER SERVING:

Kalori/Calorie 418 kcal
Lemak/Fat 8.5 g
Protein/Protein 25.0 g
Kalsium/Calcium 208 mg
Kolesterol/Cholesterol 46 mg
Zat Besi/Iron 8.8 mg

-CARI Infonet.
27

Bagus
19

Marah
24

Terkejut
26

Sedih
21

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (135 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

21-5-2022 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.048984 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top