CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jenis-Jenis Kain Kapas Untuk Anda

7-1-2015 05:31 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 15711| Komen: 1

Description: LadyLista suka beli kain kapas buat baju kurung, senang nak gosok dan rasa selesa je pakai. Kalau nak tahu, apa bahan digunakan dalam nak menghasilkan kain kapas ni, tak lain tak bukan 100% dari kapas ...
Tak dapat disangkal lagi kain kapas memang fabrik yang paling sesuai untuk semua. Sebab itu baju bayi menggunakan fabrik kapas. Sebab kulit bayi kan nipis dan sensitif.LadyLista suka beli kain kapas buat baju kurung, senang nak gosok dan rasa selesa je pakai. Kalau nak tahu, apa bahan digunakan dalam nak menghasilkan kain kapas ni, tak lain tak bukan 100% dari kapas asli, dari pokok kapas. Kapas memang memberikan pengudaraan yang baik pada pemakai.



Mari kita baca jenis-jenis kain kapas yang popular

1. Japanese Cotton
Kain cotton jenis Japanese ini mempunyai bilangan benang yang cukup padat. Kelebihan kain cotton jenis ini adalah ia tidak berbulu setelah dibasuh berkali-kali. Material kain cotton jenis ini tidak berkilat dan mempunyai ketebalan kain yang sederhana, pastinya tidak akan membuatkan anda berasa panas. Disebabkan kain cotton jenis ini tidak jarang, jadi anda tidak perlu meletakkan lining pada bahagian dalam kain. Pakaian yang sesuai menggunakan kain cotton jenis ini ialah baju kurung, jubah dan sebagainya. Orang dewasa serta kanak-kanak amat sesuai memakai kain cotton jenis ini.


2. English Cotton
Sama juga seperti kain cotton Japanese, ia mempunyai bilangan benang yang padat dan tidak berbulu selepas dibasuh berkali-kali. Ciri-cirinya yang lembut walaupun mempunyai ketebalan kain yang sederhana membuatkan kain cotton jenis English ini popular di kalangan orang lelaki juga. Apa yang membezakan kain cotton Japanese dan kain cotton English ialah coraknya yang masing-masing mempunyai imej tersendiri.

3. Satin Cotton
Sedikit berbeza dari English cotton dan Japanese Cotton di mana material kain cotton ini adalah sedikit berkilat di bahagian luar tetapi masih mempunyai bilangan benang yang padat. Ia memberikan efek kain satin biasa namun, ia masih sama seperti kain cotton. Kain cotton jenis ini sangat sesuai untuk pakaian seperti baju kurung moden serta baju kurung Pahang.

4. Paris Cotton atau Cotton Voile
Bagi Paris Cotton pula, ia mempunyai bilangan benang yang lebih sedikit berbanding Japenese dan English Cotton. Pemakaian lining adalah digalakkan bagi jenis kain cotton ini jika kain cotton tersebut berwarna cerah.

5. Lawn Cotton
Kain cotton Lawn adalah sangat lembut dan ringan apabila dipakai dan memerlukan lining pada bahagian dalam. Ini adalah disebabkan oleh bilangan benangnya yang kurang padat.
Material kain cotton ini tidak berkilat dan sesuai untuk dibuat berbagai jenis baju kurung untuk orang dewasa malah kanak-kanak juga. Namun begitu, kain cotton ini perlu direndam dan dikeringkan terlebih dahulu sebelum dijahit keran ia berkemungkinan mengalami pengecutan pada basuhan pertama.

6. Cotton Linen
Kriteria kain cotton ini sangat sejuk dan lembut apabila dipakai seakan-akan English cotton. Ia juga mempunyai bilangan benang yang padat tetapi tidak sekeras seperti jenis kain cotton yang lain. Baju kebaya atau maxi adalah cadangan pakaian yang sangat sesuai dengan penggunaan kain cotton ini.

7. Viscose
Kain cotton viscose adalah seakan-akan sama dengan English cotton kerana ia mempunyai bilangan benang yang padat serta tidak berbulu selepas dibasuh. Ia perlu dicuci terlebih dahulu sebelum dijahit kerana mungkin akan mengalami pengecutan sama seperti kain cotton Lawn.
36

Bagus
21

Marah
35

Terkejut
18

Sedih
32

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (159 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote iznanaziz 19-1-2015 12:25 PM
saya tak tahu jenis fesyen apa nak buat kalau beli kain cotton ni? balik2 saya buat baju kurung je.
takkan nak buat gaun lak
lagipun satu tengok kain ni yg keras je....
ah sudah...dah hantar jahit, tapi tak basuh lagi
sb pk, kalau hantar jahit, mesti tukang jahit letak merata2, lepas tu baru fikir nak basuh
abih mengecut le kain kita tu....

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.040023 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top