CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pura-pura langgar cermin sisi sebelum kebas wang tunai RM800,000

5-1-2015 12:35 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4948| Komen: 20

Description: “Mangsa tidak sempat mengejar suspek berikutan penjenayah memecut lari dari lokasi kejadianm,” katanya.
Pura-pura langgar cermin sisi sebelum kebas wang tunai RM800,000

Gambar hiasan


Petaling Jaya: Dua penjenayah menggunakan taktik berpura-pura meminta maaf daripada seorang eksekutif pelaburan sebelum merompak wang tunai lebih RM800,000.

Dalam kejadian jam 9.45 pagi kelmarin, mangsa berusia 37 tahun dikatakan berada dalam kereta berhampiran sebuah pusat beli-belah di Mutiara Damansara, di sini.

Sumber polis berkata, mangsa ketika itu sedang menunggu rakannya yang berurusan di sebuah bank berhampiran.

“Mangsa bagaimanapun terkejut apabila sebuah motosikal dinaiki dua lelaki secara tiba-tiba merempuh cermin sisi keretanya.

“Suspek berpura-pura membuat isyarat memohon maaf sambil meminta mangsa memeriksa keadaan cermin sisi kereta itu,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudiannya keluar dari kenderaan sebelum melihat bahagian kereta yang rosak.

“Ketika itu rakan suspek membuka pintu belakang kereta dan membawa lari beg berisi wang berjumlah RM800,000.

“Mangsa tidak sempat mengejar suspek berikutan penjenayah memecut lari dari lokasi kejadianm,” katanya.

Susulan itu mangsa membuat laporan polis di balai polis berhampiran.

Difahamkan, mangsa gagal mengenal pasti identiti suspek berikutan mereka memakai topi keledar tutup penuh muka.

Sementara itu jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya yang dihubungi mengesyaki suspek kemungkinan sudah mengekori mangsa dan mengetahui wang tunai dibawa berkenaan.

“Tindakan lelaki itu melanggar cermin sisi mangsa satu taktik menarik perhatian mangsa keluar dari kereta,” katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pusat beli-belah berkenan bagi mengesan suspek.

11

Bagus
6

Marah
7

Terkejut
11

Sedih
7

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (45 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xtahumenahu 2-1-2015 06:31 PM
RM800,000 bawak dalam beg gitu2 jah??
Quote tagas 2-1-2015 09:20 PM
Peh untungla..bg aku 100k pun cukupla utk duit enjoy2..
Quote alya1 2-1-2015 09:25 PM
80k ke 800k?

xkan bwk sorang2x gitu.......

klu betul 800k.....knp x upah pgawal keselmtn, just bayar berapa ribu je....ni kes kedekut xnk kuar lebih demi keselamatan.....
Quote tumpanglalu74 2-1-2015 11:38 PM
Bawak cash dekat RM1 juta.  Kalo briefcase konfem tak muat.  Kalo 1 brick RM100 x 100 keping.  RM800,000 memerlukan 80 brick.

Muat ke briefcase saiz biase?
Quote Al-Patih 3-1-2015 04:52 AM
masih belum belajaq dari contoh yang sudah belaku
Quote nurul_akmar 3-1-2015 05:45 AM
rm800k???? mak aii
Quote nonarona 3-1-2015 06:56 AM
mcm tak lojik je bwk cash 800k letak dlm beg gitu je...hemmm mcm  ada udang disebalik mee aja...
Quote lasagnaklcc 3-1-2015 08:06 AM
Kot eksekutif pelaburan mmg biasa bwk duit byk camtu kot
Quote jackelie78 3-1-2015 12:08 PM
sampai 800k dia bawa
Quote mattzzx 3-1-2015 12:17 PM
Bawak RM800K sorang diri????
Quote zila_hakimie 3-1-2015 01:07 PM
saya g amik duit kat bank a guna buku 10k
pastu g bank lain masukkan kat atm

saya g balai polis
ajak polis eskot

tak kena bayar pun

polis tanya la
duit banyak dpt dr mana
sy jawab lah
simpan

takkan lah org yg bawa smpi 800k x terfikir keselamatan
Quote eiman 3-1-2015 01:12 PM
Kalau la rm800k tu hanya dgn sekeping cheque kan dh selamat.
Quote shalola 3-1-2015 01:17 PM
padan muka.. x bljar dr kesilapan
Quote mixieleo 3-1-2015 02:31 PM
Klu RM80K ada logik lagi aku rasa... Takkan lah bawa RM800K tanpa ada escorts polis atau pengawal bersenjata. Saje tempah nahas lah jwb nye.
Quote stania83 3-1-2015 02:36 PM
Menipu. Ntah ntah geng dia yh songlap. Banm pon tak kasi la kuar cash rm800k. Mesti escort van keselamatan.
Quote cmf_jeangrey 3-1-2015 03:08 PM
fishy sgt...
Quote kazaraf 3-1-2015 03:55 PM
sbb tu aku dah tak pakai autolock kat kereta aku.. nak unlock/lock kena manual tiap pintu..
ni tidak, pintu depan unlock, semua lg 3 pintu pn unlock juga
Quote kazaraf 3-1-2015 03:56 PM
zila_hakimie replied at 3-1-2015 01:07 PM
saya g amik duit kat bank a guna buku 10k
pastu g bank lain masukkan kat atm

bagus info ni.. boleh digunapakai jika perlu nnti

Quote rawahah 3-1-2015 05:20 PM
aku rasa bawak 80k je.. tapi wartawan tu spesis melayu jawa aka kelantan; memparabolakan ia jadik 800k.. sampai je kat fesbukers, jadik 800 juta.. makcik2 baca, jadik 800 billion

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.074638 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top