CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Banjir: Hanya enam jam bina rumah baharu

5-1-2015 10:46 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7143| Komen: 32

Banjir: Hanya enam jam bina rumah baharu

Pemasangan 'flat pack' hanya ambil masa enam jam.

SHAH ALAM – Melihat nasib mangsa-mangsa banjir yang kehilangan tempat berteduh, sebuah Syarikat pembinaan bumiputera, Gerbaru Jaya Sdn Bhd (GJSB) tampil dengan idea untuk membina rumah baharu atau sementara buat mereka.

Pemiliknya, Zaikhan Abdul Rahim berkata, pihaknya sedia bekerjasama dengan kerajaan bagi membantu mangsa yang kehilangan rumah dalam tempoh yang singkat dengan binaan teknologi kabin terkini, ‘flat pack’.

Malah, pihaknya sedia menawarkan diskaun pemasangan sekiranya ada pihak yang sudi menghulurkan sumbangan tenaga untuk pemasangan dan logistik.

“Mangsa-mangsa banjir boleh bantu sama-sama pasang. Saya akan latih sukarelawan yang mahir untuk pasangkan. Boleh jimat kos

“Kita bentuk kumpulan sukarelawan yang ada kemahiran untuk membantu cepatkan pemasangan ‘flat pack’ ini. Jika bergantung pada pekerja saya semata-mata memang lambat dan ini sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) kami juga.

“Malah lebih baik jika ada yang mahu menaja lori dan kren untuk mengangkut. Semua berganding bahu menjayakan ini, kalau mahu pasti boleh,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Namun katanya, ramai yang keliru antara ‘flat pack’ dengan kontena yang memang direka untuk penyimpanan barang-barang itu.

“Pada pendapat saya, kontena itu sendiri tidak sesuai untuk didiami sebenarnya. Rekaan kontena ini untuk barang-barang. Jadi, bila kita nak ubahsuai untuk penginapan, ia memerlukan ‘detailing’ yang banyak.

“Maksudnya, dindingnya, penebatannya kena tambah, nak potong untuk tingkap dan pintunya... banyak benda. Ia melibatkan banyak isu keselamatan yang perlu dipantau oleh jurutera yang bertauliah ataupun konsultan yang dilantik,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata ‘flat pack’ boleh dipasang mengikut kesesuaian hingga ke taraf hotel.

“Ia seperti kotak datang dalam keadaan leper. Kemudian kita naikkan dinding di bahagian kiri, kanan, depan, belakang dan atapnya.

“Ketebalan dindingnya itu mencecah 100 milimeter (mm) dan material untuk dinding di bahagian dalam itu pula boleh dibuat daripada PU atau Rockwool.

“Kalau nak, kita boleh tambah dengan satu lagi lapisan di sebelah dalam dinding itu boleh sampai taraf hotel,” katanya.

Dalam pada itu, menyentuh soal bencana banjir yang melanda Pantai Timur, beliau mengesyorkan agar kerajaan menyediakan satu kawasan yang luas untuk diwujudkan pusat bencana dan membina rumah sementara dari ‘flat pack’.

“Sekiranya kerajaan menyediakan satu tapak yang luas seperti mana yang dibuat di Jepun dan sebagainya sebagai satu pusat bencana, kita boleh bina dengan cepat.

“Bila habis banjir, rumah-rumah ini akan ‘hilang’, kita simpan elok-elok di suatu kawasan lain,” katanya.

Jelasnya, binaan tersebut boleh disiapkan hanya dalam tempoh enam jam bagi setiap ukuran 20x8 kaki persegi yang lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas dalam rumah.

“Orang kata pada saya, harganya mahal sebab harga bagi 20x8 kaki persegi anggaran bajet yang wajar adalah RM25,000 hingga RM28,000 untuk sebuah ‘flat pack’.

“Secara kasarnya, saya tafsirkan 20 peratus hingga 25 peratus lebih tinggi daripada binaan batu bata. Tetapi kita kena tengok kesesuaian ekoran masalah banjir di Kelantan ini yang begitu mendesak.

“Kalau guna batu bata, berapa lama kita perlu tunggu untuk siapkan satu bangunan?,” katanya.



10

Bagus
6

Marah
10

Terkejut
11

Sedih
9

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (55 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JokesCop 2-1-2015 06:04 PM
25k rumah pakai buang.. Dek, pi carik yindon buat konti dia recycle barang2 musnah kene banjir xsampai 1K pong upah..
Quote tomatome 2-1-2015 06:16 PM
25k boleh bl flat ppr kan??
Quote Parit.Hilton 2-1-2015 06:24 PM
maknanya kena keluar rm25k untuk rumah besar gitu?

kalau banjir datang lagi tahun depan boleh bertahan ke?
Quote jazaa 2-1-2015 06:27 PM
Kesian kat dia ni.....

Org kaya kelantan blh lah order utk stand by tahun depan.....kerajaan tak mampu Awe oii....
Quote xtahumenahu 2-1-2015 06:29 PM
kalau boleh pasang...then dah siap umah..lipat balik...then bila perlu pasang balik..ok laaa
tapi still mahal rege gituh
Quote jojoba_beads 2-1-2015 06:31 PM
wow.. mahal. tak kena dgn harga apa yg di dpt...

nk cepat kaya kah?
Quote Nenasketum 2-1-2015 06:32 PM
Mahal jugakye. Ni sama ke yang kat Jepun lepas Tsunami tu
Quote Modngengade 2-1-2015 06:35 PM
Kontena yg sebesar jamban tu 25k?
Quote boyagombak 2-1-2015 06:38 PM
Baik beli khemah yg besar pasang dpn rumah sambil menunggu rumah baru siap. Dh siap boleh kemas2 khemah yg klau dibeli pun x sampai seribu ribu. Juga rakyat2 Klatey jgn lupa
SEDIAKAN BOT SEBELUM BANJIR
Quote batmana 2-1-2015 07:10 PM
Minta abg yg buat rumah buluh 3bilik tu je. Modal baru rm6ratus
Quote menjad 2-1-2015 07:16 PM
Kecik secepek mcm tu 25k... Baik buat pondok jer nunggu umah siap
Quote muo1202 2-1-2015 07:20 PM
wow... 25k...
Quote cmf_conan 2-1-2015 07:20 PM
Ni nak bagi pree ke apa? Kalo umah mcm ni piping and wiring mcm mana?
Quote Yume 2-1-2015 07:26 PM
Bagi yume masih dikatakan mahal gak..hanya 20x8? X  berbaloi ...
Quote mommymonster82 2-1-2015 07:41 PM
Org klntan klu beli inflatable bed ,sofa dan beli khemah sumer pon xcecah 25k bang oi utk 1 keluarga....
Nasiht sy org kelntan dan kawasan banjir patut pertimbangkan beli perabut gtu...
Quote MissNigga 2-1-2015 07:52 PM
bagi umah kontena jer ...
next year .. biler nak banjir .. angkut jer umah kontena tu pi tempat yang selamat ....
Quote tintabiru73 5-1-2015 04:26 PM
Kontraktor ni nak kelentong saper sampai 25k?
Quote tintabiru73 5-1-2015 04:32 PM
tomatome replied at 2-1-2015 06:16 PM
25k boleh bl flat ppr kan??

Tengok kat mudah.my....PORTABLE CABIN ni boleh dapat antara RM3k hingga RM4.5 k jer
Quote melinda_kerr 5-1-2015 04:36 PM
Kelantan ni takde ke nak bg tanah penempatan baru kat diaorg ni semua? Kesian sungguhla...

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.072790 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top