CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PISANG goreng cheese jadi 'trend'

5-1-2015 09:44 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 24265| Komen: 209

Description: “Hari pertama berniaga hanya tiga kotak saja yang terjual, mula-mula goreng pisang pun hangus. Alhamdulillah bermula dengan 5 kilogram (kg) pisang sehari kini mampu menjual 135kg sehari kerana mendap ...



PISANG goreng cheese jadi 'trend'

Kuala Lumpur: Hirisan keju ditabur bersama gula merah di atas pisang goreng panas. Lelehan ramuan dengan rasa rangup bercampur manis dan lemak menjadi formula seorang pengusaha yang tidak menang tangan melayan pelanggan.

Itu rahsia ramuan disaji pengusaha gerai Din Pisang Goreng Cheese Razilanudin Mat Rodzi, 26, atau lebih mesra dipanggil Din di Taman Danau Kota, di sini.

Menurut Razilanudin, suka mengekalkan rasa tradisional pisang keju buatannya kerana ia sudah cukup memberikan rasa enak dan manis dalam pisang keju yang dihasilkan.

Mengimbas kembali permulaan perniagaannya, dia langsung tidak mempunyai kemahiran memasak mempelajari resepi pisang keju daripada rakan karibnya akibat desakan hidup dan juga semangat ingin mencuba selok-belok perniagaan.

“Saya berhenti kerja dan jual motosikal untuk membuka gerai pisang goreng. Waktu itu memang susah dengan tiada pengalaman dan kemahiran tetapu saya nekad mencuba nasib.


“Hari pertama berniaga hanya tiga kotak saja yang terjual, mula-mula goreng pisang pun hangus. Alhamdulillah bermula dengan 5 kilogram (kg) pisang sehari kini mampu menjual 135kg sehari kerana mendapat sambutan yang menggalakkan,” katanya.
Menurutnya, gerainya dibuka pada jam 2.30 petang hingga 7 malam dengan dibantu tiga pekerja bagi melayan pelanggan yang beratur panjang menunggu giliran.


20

Bagus
7

Marah
16

Terkejut
16

Sedih
25

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (95 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 3-1-2015 11:59 PM
Makan goreng pisang cheese yang sebegini.  Kawan blanje.

Kat mana grai ni?

Quote primemova 3-1-2015 11:59 PM
Edited by primemova at 4-1-2015 12:02 AM

Bagi ummah, asal ada cheese je semua lazat ... Sama kes mcm burger bakar yg cheese berlapis lapis tu... Apa pun tahniah sbb pandai berniaga...
Quote lavagitar 4-1-2015 12:00 AM
tumpanglalu74 replied at 3-1-2015 11:59 PM
Makan goreng pisang cheese yang sebegini.  Kawan blanje.

Kat mana grai ni?

Kuala Lumpur: Hirisan keju ditabur bersama gula merah di atas pisang goreng panas. Lelehan ramuan dengan rasa rangup bercampur manis dan lemak menjadi formula seorang pengusaha yang tidak menang tangan melayan pelanggan.
Itu rahsia ramuan disaji pengusaha gerai Din Pisang Goreng Cheese Razilanudin Mat Rodzi, 26, atau lebih mesra dipanggil Din di Taman Danau Kota, di sini.
Menurut Razilanudin, suka mengekalkan rasa tradisional pisang keju buatannya kerana ia sudah cukup memberikan rasa enak dan manis dalam pisang keju yang dihasilkan.
Mengimbas kembali permulaan perniagaannya, dia langsung tidak mempunyai kemahiran memasak mempelajari resepi pisang keju daripada rakan karibnya akibat desakan hidup dan juga semangat ingin mencuba selok-belok perniagaan.

“Saya berhenti kerja dan jual motosikal untuk membuka gerai pisang goreng. Waktu itu memang susah dengan tiada pengalaman dan kemahiran tetapu saya nekad mencuba nasib.
“Hari pertama berniaga hanya tiga kotak saja yang terjual, mula-mula goreng pisang pun hangus. Alhamdulillah bermula dengan 5 kilogram (kg) pisang sehari kini mampu menjual 135kg sehari kerana mendapat sambutan yang menggalakkan,” katanya.
Menurutnya, gerainya dibuka pada jam 2.30 petang hingga 7 malam dengan dibantu tiga pekerja bagi melayan pelanggan yang beratur panjang menunggu giliran.



Quote liyamariska 4-1-2015 12:02 AM
cam ngikut trend & bermusim jer bisnes melayu nih...
Quote Nenasketum 4-1-2015 12:03 AM
Sedap ke rasanya
Quote ice_sky92 4-1-2015 12:04 AM
Kat melaka sepanjang jalan ada jual pisang goreng cheese ni.
Quote rawahah 4-1-2015 12:05 AM
ha ah.. satu sifat buruk genetik org melayu ni, asal berniaga je nak ikut-ikutan..

macam2 dah di niagakan..

dari cacing, keli, cendawan, tudung, jeruk asam boi, pisang cheese, moist choc cake, mcm2 lagi la!

mcm bodo pun ada.. cer buat sesuatu tu istiqamah dan gigih..
Quote sekngucing 4-1-2015 12:05 AM
melayu tekak dia baru bleh belajar makan cheese
20 tahun dulu, melayu masih lagi dgn sambal belacannya
cuba kai sushi? keju? macaroon? begel?
mesti dia kato haromm!!
cuba suruh dia makan dgn chopstick? harom
sekarang baru kenal apa tu cheese
Quote Anak_Nogori 4-1-2015 12:06 AM
Bagi saya tak ada masalahnya..yg jd masalah kalau dia malas..makan tido makan tido dah besar Panjang masih mak pak yg kasi belanja harian...lagi keji makan hasil Bini..
Quote primemova 4-1-2015 12:06 AM
rawahah replied at 4-1-2015 12:05 AM
ha ah.. satu sifat buruk genetik org melayu ni, asal berniaga je nak ikut-ikutan..

macam2 dah di  ...

Kau tertinggal lintah
Quote primemova 4-1-2015 12:08 AM
Anak_Nogori replied at 4-1-2015 12:06 AM
Bagi saya tak ada masalahnya..yg jd masalah kalau dia malas..makan tido makan tido dah besar Panjang ...

Betul tu, usaha dia berbisnes harus dipuji...
Quote lavagitar 4-1-2015 12:11 AM
Anak_Nogori replied at 4-1-2015 12:06 AM
Bagi saya tak ada masalahnya..yg jd masalah kalau dia malas..makan tido makan tido dah besar Panjang ...

masalah nyer dorang tak kekal....

hutang belum bayar...stall dah tutup..


Quote belilies 4-1-2015 12:13 AM
Jgn lupa yg jual cheese leleh..

Sebut psl pisang goreng cheese nih.. yg ada ketul2 goreng tpung rangup2 tu lagi sedap..
Quote Tok_Batin 4-1-2015 12:16 AM
Pisang goreng cheese ni bukan resepi Indon kah? Tak pasal-pasal kena ganyang sebab klaim budaya kami katanya...
Quote KumbangPolkaDot 4-1-2015 12:20 AM
sekngucing replied at 4-1-2015 12:05 AM
melayu tekak dia baru bleh belajar makan cheese
20 tahun dulu, melayu masih lagi dgn sambal belacan ...

aku penah kena dulu..makan pakai chopstick haram kata nya siap nak patahkan chopstick aku..bodo
Quote Anak_Nogori 4-1-2015 12:22 AM
primemova replied at 4-1-2015 12:08 AM
Betul tu, usaha dia berbisnes harus dipuji...

Kita kadang2 suka menjatuhkan sesama kita..patutnya disokong dan dipuji dan berikan dorongan lagi...dgn harapan bila dia maju..dia dapat membantu yg lain naik sama.
Quote Anak_Nogori 4-1-2015 12:23 AM
Edited by Anak_Nogori at 4-1-2015 12:24 AM
lavagitar replied at 4-1-2015 12:11 AM
masalah nyer dorang tak kekal....

hutang belum bayar...stall dah tutup..


Mana tau?..entah2 bertambah maju..di danau kota tu..peniaga kuih tiaw tu tak cukup tangan sibuk melayan plgn.
Quote sekngucing 4-1-2015 12:24 AM
Anak_Nogori replied at 4-1-2015 12:22 AM
Kita kadang2 suka menjatuhkan sesama kita..patutnya disokong dan dipuji dan berikan dorongan lagi. ...

melayu, memang mcm tu
kalau bantu membantu sama sendiri nanti dicop kenegerian, berpuak2, assobiyah pulak
Quote ira_229 4-1-2015 12:25 AM
Teringat masa gi bandung makan panas2 dlm udara sejuk..syiok..

Lihat semua komen(209)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.067258 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top