CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Aneka resipi ayam panggang

3-1-2015 02:02 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 37087| Komen: 42

Description: Mari cuba pelbagai resipi ayam panggang. Pasti hujung minggu anda lebih menarik. Keluarga pun sayang.

RESIPI AYAM GOLEK
bahan
1 ekor ayam 
2 keping asam keping

bahan mesin
15 ulas bawang merah
5ulas bawang putih
3 inci halia
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil jintan manis
2 cawan santan pekat
Perasa. garam, gula
Cara:
1. Masukkan semua bahan dan ayam di dalam kuali yang besar, kemudian didihkan perlahan-perlahan di atas api yang kecil selama 30 minit.

2. Angkat ayam kemudian panggang di dalam oven 200′ C selama 25 minit.
3. Bila masak, letakkan ayam dalam pinggan besar dan tuangkan kuahnya ke atas ayam dan bolehlah dihias mengikut citarasa.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


AYAM PANGGANG LADA HITAM
Sediakan 1 ekor ayam.

Bahan Pemerap: (digaul bersama)

6 ulas bawang putih dicincang halus
3 sudu besar biji lada hitam ditumbuk (jangan terlalu hancur) - jika suka pedas, letak lebih sikit.
2 sudu besar serbuk lada putih
2 sudu besar oregano
1 sudu besar basil
1 sudu besar thyme
2 sudu besar kicap maggie
sedikit kicap pekat (untuk menghitamkan ayam)
*garam
*MSG
*gula

*(ikut citarasa)
sedikit air (untuk meratakan bahan pemerap
sedikit tepung jagung (untuk memekatkan bahan pemerap supaya melekat pada ayam)

Cara-cara:
1- Gaul kan bahan pemerap pada ayam.
2- Perap ayam sekurang-kurangnya 2 jam, lebih lama lebih baik. Bahan pemerap akan lebih rasa pada ayam.
3- Sebelum masukkan ayam dalam oven, sapukan sedikit mentega pada badan ayam.
4- Panas kan oven pada suhu 200'C.
5- Panggang ayam sehingga masak lebih kurang 1 jam 15 minit.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ayam Panggang Madu Rosemary
1 ekor ayam
4 ulas bawang putih
2 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
sedikit lada hitam
sedikit serbuk cili
garam secukup rasa
Madu
Daun Basil kering (optional)
Daun Parsley kering (optional)
2 sudu besar olive oil (guna minyak biasa je)
Lemon (direbus sehingga lembut dan ducuck dengan garfu)
Ubi biji kentang di potong baji
2 biji tomato
carot dipotong ikut suka
Brokoli
Bawang Kuning dibelah empat

Cara penyediaan
1. Ayam dibersihkan. dan diperapkan dgn sedikit garam
2. Tumbuk halia, bawang putih, serta rosemary supaya sebati.. x payah lumat sangat. gaulkan bersama lada hitam dan minyak tambahkan madu3. Lumurkan bahan tumbuk keatas ayam dan dalam perut ayam 
4. Masukkan lemon yg telah di cucuk kedalam perut ayam dan bungkus dengan plastik cling selama 2 jam.. ( kak honeyz perap semalamam) - boleh juga taburkan daun basil & parsley untuk aroma yg lebih menyegarkan 
5. Susun ayam dalam tray dan bakar  selama 45 min dengan suhu 180-200C
6. rebus seketika ubi kentang, tomato sehingga 3/4 empuk. angkat dan toskan. brocoli di celur
7. Gaulkan lebihan bahan tumbuk dengan sayur2an tadi dan ketepikan sebentar.
8. Apabila ayam sudah 3/4 masak, aturkan kan bahan2 sayuran yg telah dilumur dengan rempah rosemary tadi di dalam tray 
9. Bakar lagi selama 10 minit dengan suhu yang sama.
10. lemon yg di masukkan dalam perut ayam akan mengeluarkan jus semasa proses membakar. Jus tersebut jgn di buang dan siramkan kembali ke atas ayam semasa hendak makan... sungguh menyelerakan

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AYAM BAKAR BLACK PEPPER BERMAYONIS
resepi : Ros@Jintanmanis

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam ( bersihkan dan cucuk dengan garpu)
1 sudu kecil blackpaper
2 cm halia ( agak-agak je)
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar
1 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap manis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar mayonis
sedikit lada sulah

Cara-cara:
1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, madu dan lada hitam.
2. Masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati dan perap di dalam peti ais selama 2 atau 3 jam, bakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba. ( kalau perap lagi lama lagi sedap ayam bakar ni, dan bakar biar perang sikit permukaan ayam tu).

31

Bagus
20

Marah
19

Terkejut
15

Sedih
29

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (134 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote notebook 8-12-2010 12:09 AM
sounds yummy...tu kalau sekor ayam kan...if stakat ker 4-5 ktul drumstick jer...nak buat brapa minit yek?
Quote liez 9-12-2010 08:57 AM
bahan
1 ekor ayam
2 keping asam keping

bahan mesin
15 ulas bawang merah
5ulas bawang putih
...
nozanoor Post at 5-12-2010 13:01



x der oven jadi nak buat macam mana lak???   teringinsangat nak buat laaaa
Quote nozanoor 9-12-2010 09:28 AM
nanti kita bg resepi ayam golek yg x payah pakai oven...pakai msk dlm kualai je...
Quote nozanoor 9-12-2010 09:29 AM
Reply 3# liez


   nanti kita bg resepi Ayam Golek yg boleh dimsk dlm kuali je....
Quote liez 9-12-2010 03:16 PM
Reply  liez


   nanti kita bg resepi Ayam Golek yg boleh dimsk dlm kuali je....
nozanoor Post at 9-12-2010 09:29



TQ2 nak sangat buat...huhuhu
Quote nozanoor 9-12-2010 09:27 PM
Reply 6# liez


    Ayam Golek

Ayam seekor
1 labu bawang besar
3 ulas bawang puteh
2 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil ketumbar biji
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
cili giling(ikut rasa nak pedas lebihkan cili)
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
air asam jawa
sedikit kerisik
santan lebih kurang RM 2

cara-caranya:-
Bawang besar, bawang putih, halia dikisar.
Lada hitam, jintan manis, jintan putih, ketumbar digoreng tanpa minyak. Angkat kisar
Ayam kena rebus separuh masak kemudian gaul dengan garam dan kunyit dan digoreng
panaskan majerin tumis bahan yg dikisar sehingga kuning keemasan, masukkan santan, kerisik, air asam jawa dan garam sekucup rasa (masak dgn api perlahan sehingga pecah minyak)
Angkat kuah dan tuang ke atas ayam.
Quote liez 10-12-2010 08:36 AM
Reply  liez


    Ayam Golek

Ayam seekor
1 labu bawang besar
3 ulas bawang puteh
2 inci ha ...
nozanoor Post at 9-12-2010 21:27



ayam rebus pastu goreng x hilang ke manis ayam tuuuu
Quote nozanoor 10-12-2010 12:23 PM
sdap gak rasanya ...tp ikut selera stgah org x suka kalau ayam direbus...tp bila dah bercampur dgn kuah sedap ...kalau nak cuba buat la 3@4 ketul ayam dahulu...jgn buat sampai seekor...
Quote raindie 10-12-2010 08:09 PM
mana gambar nyer mek.... tunjuk ler sekor...
Quote violet88flower 15-4-2012 11:01 AM
sedapnye.......
Quote sliza 16-4-2012 11:01 AM
resepinya mudah...nak kena cuba ni..
Quote nuhanis 16-4-2012 05:11 PM
macam mana org buat ayam golek yg kat mcm pasar malam tu?
yang kaler merah2 tu
yang diorang golek guna besi pusing2 tu
lama dh cari, tp x dpt2.
Quote ZZdarling 18-4-2012 02:18 PM
thanks resepi nye.nti nk try lah buat...

ader x resepi ayam goreng rempah mcm kt pasar mlm tu ?
Quote kurniarizq 19-4-2012 02:49 PM
Post Last Edit by kurniarizq at 26-4-2012 11:01

Sediakan 1 ekor ayam.

Bahan Pemerap: (digaul bersama)

6 ulas bawang putih dicincang halus
3 sudu besar biji lada hitam ditumbuk (jangan terlalu hancur) - jika suka pedas, letak lebih sikit.
2 sudu besar serbuk lada putih
2 sudu besar oregano
1 sudu besar basil
1 sudu besar thyme
2 sudu besar kicap maggie
sedikit kicap pekat (untuk menghitamkan ayam)
*garam
*MSG
*gula

*(ikut citarasa)
sedikit air (untuk meratakan bahan pemerap
sedikit tepung jagung (untuk memekatkan bahan pemerap supaya melekat pada ayam)

Cara-cara:
1- Gaul kan bahan pemerap pada ayam.
2- Perap ayam sekurang-kurangnya 2 jam, lebih lama lebih baik. Bahan pemerap akan lebih rasa pada ayam.
3- Sebelum masukkan ayam dalam oven, sapukan sedikit mentega pada badan ayam.
4- Panas kan oven pada suhu 200'C.
5- Panggang ayam sehingga masak lebih kurang 1 jam 15 minit.

[img][/img]



Untuk lebih banyak resepi masakan ala cina & barat, klik url di bawah:
Resepi Masakan Ala Cina Dan Barat
Quote zu_nia 21-4-2012 10:57 AM
will try..nampak sedap...
Quote nazadiyah 21-4-2012 11:16 AM
Post Last Edit by nazadiyah at 21-4-2012 11:19

tt serach jika ade resipi ayam, masuk resipi kat situ, jika tiada baru buka k.
Quote kurniarizq 21-4-2012 11:16 AM
will try..nampak sedap...
zu_nia Post at 21-4-2012 10:57



   try ler.. senang jer buatnyer..
Quote rosasen 21-4-2012 03:06 PM
sedapnye..tetiba rasa lapar...
Quote ninoZ 22-4-2012 12:03 AM
aneka resepi ayam panggang

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.218312 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top