CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Tips Cantik MUKA Lihat artikel

Tips Pilih 'Inner Neck'

31-12-2014 01:06 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 6712| Komen: 0

Description: Pastikan anda kenali dahulu bentuk wajah anda. Jangan mengikut trend semasa kerana mungkin inner neck tersebut tidak sesuai untuk anda
Perkara paling asas untuk memilih inner yang padan dengan anda mudah sahaja:

  • Pastikan anda kenali dahulu bentuk wajah anda. Jangan mengikut trend semasa kerana mungkin inner neck tersebut tidak sesuai untuk anda.
  • Pilih jenis fabrik yang sesuai. Sebagai contoh fabrik kapas kerana ia mampu menyerap peluh. Bagi fabrik jenis lycra pula, pilih jenis yang berkualiti kerana pilihan fabrik lycra yang salah akan menyebabkan anda berasa tidak selesa.
  • Pilih saiz yang tepat untuk anda. Jangan pilih yang terlalu ketat sehingga anda berasa seperti tercekik.
  • Pilihlah warna yang sesuai dengan shawl atau selendang anda.
  • Gunakan inner neck jenis kapas untuk selendang yang licin.
  • Jika selendang anda jarang, pakailah inner neck yang sesuai bagi menutup aurat anda.
  • Tambahan aksesori seperti kerongsang atau pin sangat sesuai dipakai, namun pastikan ianya tidak terlalu sarat.
1. Inner Neck berdagu

Bagi muslimah yang mempunyai masalah dagu berlapis (double chin), penggunaan inner neck berdagu ini dapat menutup masalah anda. Inner jenis ini juga sesuai bagi mereka yang kelihatan seolah-olah tiada leher.

2. Inner Neck Silang

Cuba lihat bagaimana artis nombor satu Malaysia mengenakan inner jenis silang. Inner jenis ini sesuai bagi mereka yang mempunyai bentuk muka bulat. Kan nampak lebih bujur tu. Silang inner ini berperanan membujurkan wajah anda serta membantu anda kelihatan lebih cantik.

3. Inner Neck bertingkat

Bagi yang berani untuk mencuba sesuatu kelainan, inner neck jenis bertingkat ini dapat menambah seri wajah anda. Yang penting anda berani gayakannya. Inner jenis ini dapat menonjolkan sifat anda yang berani mencuba.

4. Inner Neck jenis 'awning'

Inner jenis ini juga membantu muslimah yang mempunyai muka berbentuk bulat atau bersegi untuk mengurangkan bentuk wajah. Inner jenis 'awning' ini sangat popular pada awal 2007. Namun penjagaan bagi inner jenis ini agak rumit kerana, inner jenis 'awning' ini harus dicuci dengan menggunakan tangan agar 'awning' tersebut tetap cantik apabila dipakai.

5. Inner Neck Jenis Bulat (Round)

Bagi yang mempunyai bentuk muka yang kurus dan terlalu bujur. Molek kiranya menggayakan inner jenis bulat ini. Ini akan mengurangkan bentuk muka anda yang bujur sekaligus memberi penekanan pada bahagian muka anda yang sedikit mengecil.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.211037 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top