CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pembinaan Loji Najis Menghina Jdt

17-12-2014 11:59 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7242| Komen: 44

Description: "Tidak Ada Seorang Pun Yang Bersetuju Dengan Pembinaan Loji Najis Itu," Katanya Sambil Mencadangkan Supaya Satu Lagi Kajian 'Door-To-Door' Dijalankan Untuk Mengetahui Pilihan Penduduk Melayu Di Pe ...
Pembinaan Loji Najis Menghina Jdt


Pembinaan loji kumbahan najis milik projek hartanah mewah Danga Bay di perkampungan Melayu di Pengkalan Rinting, Johor Bahru disifatkan sebagai satu penghinaan yang amat besar terhadap orang Melayu di negeri Johor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat mempersoalkan mengapa loji kumbahan najis milik projek hartanah mewah Danga Bay itu tidak ditempatkan di kawasan elit tersebut.

Beliau yang lantang memperjuangkan nasib orang Melayu di dalam isu loji najis itu mempertikaikan keputusan untuk menempatkan loji najis itu di kawasan yang diduduki 100 peratus oleh orang Melayu.

"Daripada ribuan ekar tanah yang diperuntukkan kepada pemaju projek, mengapa mereka memilih untuk menempatkan loji najis itu di kawasan orang Melayu dan menghina dengan istilah seperti 'state-of-the-art' dan 'taman'," kata ADUNKempas itu.

Sukar untuk beliau menerima, orang-orang Melayu di Johor yang 99 peratus diperintah oleh pemimpin-pemimpin Melayu telah dihina dengan sebegitu rupa oleh pemimpin Melayu yang mereka sendiri pilih.

"Menteri Besar yang lebih banyak berhubung dengan rakyat berbanding dengan yang lepas juga adalah Melayu, begitu juga dengan exco perumahan. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bandar Johor Bahru, dari awal sehingga kini, Pegawai Daerah dan ketua-ketua jabatan adalah orang Melayu.

"Wai'mah Raja kita juga adalah seorang Melayu yang dianggap Ketua Agama dan adat istiadat Melayu. DYMM (Duli Yang Maha Mulia) juga adalah lambang dan payung kepada orang Melayu.

"Oleh itu, sukar bagi saya untuk memahami dan saya tidak dapat terima hakikat bahawa bangsa Melayu lebih-lebih mereka yang telah menyokong kita pada setiap pilihanr raya daripada Merdeka sehingga kini, menerima layanan sebegini," kata Tengku Putra hari ini.

Penempatan orang Melayu itu kata beliau, mempunyai enam buah surau dan sebuah masjid yang membuktikan kawasan yang terjejas itu memiliki 100 peratus penduduk Melayu.

Tidak ada seorang pun daripada 600 penduduk Melayu yang tinggal di perkampungan itu bersetuju dengan pembinaan loji najis tersebut di kampung mereka dan ini dibuktikan dengan petisyen yang dijalankan oleh mereka baru-baru ini.

"Tidak ada seorang pun yang bersetuju dengan pembinaan loji najis itu," katanya sambil mencadangkan supaya satu lagi kajian 'door-to-door' dijalankan untuk mengetahui pilihan penduduk Melayu di Pengkalan Rinting sama ada mereka bersetuju dengan pembinaan loji najis itu atau tidak.

Beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan Menteri Besar, Datuk Mohamed Khaled Nordin yang lebih teliti dan prihatin dalam hal-hal penindasan terhadap orang Melayu di Johor.

Dalam sesi dialog di antara pemaju projek loji najis itu dengan penduduk Melayu baru-baru ini tentang pembinaan loji najis itu berakhir dengan kekecohan apabila mereka yang terjejas dengan projek terbabit meninggalkan majlis tersebut lebih awal.

4

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
6

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vespa_oren 17-12-2014 06:34 AM
Nie memang diaorg tolak siap ada kain rentang lagi, rasa ada pengambil alihan tanah
Quote nalis 17-12-2014 06:37 AM
vespa_oren posted on 17-12-2014 06:34 AM
Nie memang diaorg tolak siap ada kain rentang lagi, rasa ada pengambil alihan tanah

PBN boleh bg lulus pulak pengambilalihan tu. Ni mesti tak baca abis kertas cadangan. PTD yg buat paper tu pun x terpikir sentimen ke?
Quote nanacinta 17-12-2014 06:38 AM
betul jugak...kenape tak letak kat tempat elit tu...huhu...ini bukan masalah hina melayu tapi masalah memandang rendah orang tak berduit....
Quote nour2001 17-12-2014 06:39 AM
peduli apa aku, berlaku kat johorkan...kubu r kuat amno.....
Quote famri7 17-12-2014 06:40 AM
Bodh benda mcm ni pon nk bergaduh..bina sajalah..meleis pon berak kan..bukan nya tahi kumbahan mengalir tepi2 rumah diorang pon..
Quote ainnas 17-12-2014 06:56 AM
Aku berani katalah kalau bangsa lain haram nak bagi buat loji najis kat tempat depa..buat talian tnb cth macam kat rawang pun deme berjuang sampai mb selangor tan sri khalid mta batalkan projek tnb tu..kita tgk macammana deme settle hal ni di kempas..kesian kat org kita di situ..mustahil PTG tak tahu pasal ni
Quote tempur 17-12-2014 07:05 AM
famri7 posted on 17-12-2014 06:40 AM
Bodh benda mcm ni pon nk bergaduh..bina sajalah..meleis pon berak kan..bukan nya tahi kumbahan menga ...

tulisan biar berhemah ..kalau berani sangat tunjukkan muka kat sini..jgn tembak kat belakang macam sialan.........
Quote Acong 17-12-2014 07:18 AM
bila UMNO kuat, org melayu dpt loji najis.......
Quote Subulhansam 17-12-2014 08:24 AM
Loji Kumbahan ni biasanya ditempatkan di kawasan tanah yg paling rendah dalam sesuatu perancangan tapak..dan mungkin juga tapak di kampung itu yang paling sesuai..dan diandaikan juga kawasan perumahan elit itu terletak di aras yang tinggi2..

ini andaian sahaja..
Quote budakshinchan 17-12-2014 08:30 AM
kawasan elit tu baper kerat melayu je la yak duduk nnt.. tp najis najis org yak duduk situ semua peginya kata kawasan penduduknya majoriti mly.. tu kot yak dorang bengkek sgt..

ker loji kumbahan x sesuai di buat kat tanah tambak laut.. kot cpt berlaku hakisan kalo buat kat situ gak.. Last edited by budakshinchan on 17-12-2014 08:47 AM

Quote namirulmukminin 17-12-2014 08:32 AM
famri7 posted on 17-12-2014 06:40 AM
Bodh benda mcm ni pon nk bergaduh..bina sajalah..meleis pon berak kan..bukan nya tahi kumbahan menga ...

Apa kata ko cadangkan supaya loji kumbahan tu buat kat dalam pagar rumah ko...
Quote namirulmukminin 17-12-2014 08:33 AM
Acong posted on 17-12-2014 07:18 AM
bila UMNO kuat, org melayu dpt loji najis.......

Hahahaha... LIKE..
Quote fredza 17-12-2014 08:39 AM
johor...johor...nasib baik cek org kedah habaq hang...
Quote BotakChinPeng 17-12-2014 08:48 AM
Ini baru cadangan.
Macai tak payah seronok sangat.

Mereka tak akan berani bina.
Quote lostnfaun 17-12-2014 09:03 AM
nalis posted on 17-12-2014 06:37 AM
PBN boleh bg lulus pulak pengambilalihan tu. Ni mesti tak baca abis kertas cadangan. PTD yg buat p ...

diorg baca sampai abis ke? buka cuma baca tajuk pastu sign jer ke...
Quote BotakChinPeng 17-12-2014 09:16 AM
ainnas posted on 17-12-2014 06:56 AM
Aku berani katalah kalau bangsa lain haram nak bagi buat loji najis kat tempat depa..buat talian tnb ...

projek tangki ini juga akan berkubur sebagaimana projek pusat ternak babi khalid dungu di kawasan melayu Sepang.
Quote crossfire 17-12-2014 09:24 AM
namirulmukminin posted on 17-12-2014 08:32 AM
Apa kata ko cadangkan supaya loji kumbahan tu buat kat dalam pagar rumah ko...

mirul, mem abam keross org kempas, memang benar, penduduk  semua menolak, dan tapak itu memang tak sesuai berhampiran sgt dgn penempatan..padahal ada tempat lain yg lebih sesuai, area kempas nie agak berbukit jadi byk tempat yg boleh dialihkan projek itu. Pendekata lokasi dicadangkan tidak sesuai.

Quote famri7 17-12-2014 09:26 AM
tempur posted on 16-12-2014 11:05 PM
tulisan biar berhemah ..kalau berani sangat tunjukkan muka kat sini..jgn tembak kat belakang macam ...

Jadinya berforum skrang kene paste gamba muka bagi setiap post ke sis? Alhmdulilleh.
Quote crossfire 17-12-2014 09:28 AM
namirulmukminin posted on 17-12-2014 08:32 AM
Apa kata ko cadangkan supaya loji kumbahan tu buat kat dalam pagar rumah ko...

usahlah dilayan sgt, mamat tu, tahap dia pun dah boleh tahu tahap mana, tgk saja gaya berporem, sebijik macam totok

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.169732 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top