CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Imam Denggi, Pengantin Nikah Di Hospital

16-12-2014 05:59 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6448| Komen: 26

Description: Pasangan Mohd Nor Akhmal Maksom, 29, Dan Yusmani Rahmat, 28, Pada Mulanya Membuat Persiapan Untuk Majlis Akad Nikah Di Rumah Pengantin Perempuan Di Kampung Tanjung Kerayong, Mentakab Yang Sepatutnya ...
Imam Denggi, Pengantin Nikah Di Hospital

Imam 1 Masjid Bandar Mentakab Mohamad Azmir Al-Rashid (dua, kanan) menikahkan pasangan pengantin berkenaan di Wad Bunga Raya 2 Hoshas semalam.

TEMERLOH – Pasangan pengantin baharu yang telah enam tahun menyulam cinta tidak menyangka terpaksa dinikahkan di Wad Bunga Raya 2 Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) di sini selepas imam yang menikahkan mereka disahkan menghidap demam denggi.

Pasangan Mohd Nor  Akhmal Maksom, 29, dan Yusmani Rahmat, 28, pada mulanya membuat persiapan untuk majlis akad nikah di rumah pengantin perempuan di Kampung Tanjung Kerayong, Mentakab yang sepatutnya berlangsung semalam.

Bagaimanapun Mohd Nor Akhmal berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan ketua Kampung Tanjung Kerayong, Abdul Mubin Ismail majlis tersebut terpaksa dibuat di Hoshas selepas Imam 1 Masjid Besar Mentakab, Mohamad Azmir Al-Rashid dimasukkan ke Hospital petang kelmarin akibat demam denggi.

“Saya sebenarnya tidak tahu perkara ini, baru pagi ini saya dimaklumkan sebaik tiba bersama rombongan pengantin lelaki dari Meru, Klang.

“Kami akur dengan perkara ini asalkan majlis ini dapat berlangsung dengan sempurna, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar,” katanya yang tiba bersama 10 kereta dari Klang semalam.

Sementara itu pengantin perempuan, Yusmani Rahmat berkata, perkenalan mereka bermula melalui laman sosial dan akhirnya selepas enam tahun dia diijabkabulkan.
“Kami bekerja kilang di Shah Alam, berlainan syarikat tetapi sama-sama bekerja dan tinggal di sana. Selepas kahwin kami akan tinggal dan memulakan hidup di sana,” katanya kepada Sinar Harian.

Yusmani berkata, dia anak kedua dari lapan beradik, yang mana kedua ibu bapanya sudah meninggal dunia.

Katanya, pada majlis diadakan semalam, dia menerima wang hantaran RM5,000 berserta lima dulang hantaran dan membalas tujuh hantaran kepada pihak lelaki.

“Saya sangat gembira dan tidak sangka pada hari kami bergelar raja sehari mencipta sejarah buat Hoshas dan kampung kelahiran saya,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tanjung Kerayong Abdul Mubin Ismail yang turut hadir pada majlis itu turut merakamkan penghargaan kepada pihak hospital yang beri kebenaran majlis tersebut dilangsungkan di Hoshas.

3

Bagus
5

Marah
9

Terkejut
3

Sedih
7

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alekxander 16-12-2014 11:01 AM
haih...sorang tu je ke imamnya
Quote Suchi 16-12-2014 11:16 AM
alekxander posted on 16-12-2014 11:01 AM
haih...sorang tu je ke imamnya

hok lain si buk nk nikahkn pengantin lain gak
biasanya mende ni dah siap buh nama dlm borang termasuk nama tok na'ik juga..
Quote Suchi 16-12-2014 11:18 AM
yg penting hantaran depa murah je stended mcm 10 tahun lalu iaitu 5 ribu je still boleh kawen gak.
Quote alekxander 16-12-2014 11:23 AM
Suchi posted on 16-12-2014 11:16 AM
hok lain si buk nk nikahkn pengantin lain gak
biasanya mende ni dah siap buh nama dlm borang term ...

kena ade plan b dan seterusnya klu mcm ni

Quote alekxander 16-12-2014 11:24 AM
Suchi posted on 16-12-2014 11:18 AM
yg penting hantaran depa murah je stended mcm 10 tahun lalu iaitu 5 ribu je still boleh kawen gak.

maybe tgk pd background education masing2 kot
especially that girl

Quote jazaa 16-12-2014 11:32 AM
alekxander posted on 16-12-2014 11:24 AM
maybe tgk pd background education masing2 kot
especially that girl

Umur pun dah 28 thun....takkan nk letak rm15k kott....


Quote alekxander 16-12-2014 11:34 AM
jazaa posted on 16-12-2014 11:32 AM
Umur pun dah 28 thun....takkan nk letak rm15k kott....

tu la kate
tgk backgorund jgk
umur 30 lbh pun blh letak tinggi lg drpd tu
klu ade phd bagai
mampuu??

Quote jazaa 16-12-2014 11:36 AM
alekxander posted on 16-12-2014 11:34 AM
tu la kate
tgk backgorund jgk
umur 30 lbh pun blh letak tinggi lg drpd tu

Tapi kena tgok pangai jugak....

Asal usul family...
Quote alekxander 16-12-2014 11:38 AM
jazaa posted on 16-12-2014 11:36 AM
Tapi kena tgok pangai jugak....

Asal usul family...

itu dh semestinya
takkan itu pun nk dibg tau

Quote hanahani 16-12-2014 11:38 AM
SELAMAT DH BERNIKAH
Quote sapp73 16-12-2014 11:41 AM
Memang rare sikit...kalau cerita pengantin yang masuk spital memang selalu kita dengar
Quote Cik_Andak 16-12-2014 11:47 AM
Tak semestinya tengok pendidikan jek...ikut pada keluarga, member cik ade sorang yang sangat2 rendah hantaran dia walaupun dia ada degree, sebab mak dan ayah perempuan ni memahami.

Ramai orang mengata kenapa rendah sangat2????? bagi cik, ok la rendah yang penting kehidupan selepas nikah tu...Mak dan ayah dia memang memahami. diorang ni orang pantai timur.itulah hantaran dan itulah maharnya.
bahagia je sampai sekarang.
Quote star_anisse 16-12-2014 11:48 AM
bg la tok imam nie rehat... takkan takdak org lain nk bg nikah.. huhu sian tok imam..
Quote lindarafee 16-12-2014 12:00 PM
x kan x de jurunikah lain
Quote kentel 16-12-2014 12:03 PM
Suchi posted on 16-12-2014 11:18 AM
yg penting hantaran depa murah je stended mcm 10 tahun lalu iaitu 5 ribu je still boleh kawen gak.

sangka baik...deme ikot agama...bukan adat
Quote redz85 16-12-2014 12:36 PM
imam masuk hospital.. pengantin gi nikah sana.. kalau imam mati pagi tu? saja tanya
Quote chamcha 16-12-2014 01:10 PM
Kesian imam ni??? memang imam ni je ke ade?? buatnye die tlantar baring.. susah juga tu
Quote miss_bear 16-12-2014 02:00 PM
bagusnya... rendah je hantarannya
Quote Artemesiaa 16-12-2014 02:26 PM
Syukurlah dah selamat menikah, ialah datang jauh2 kalau tetiba kena tunda huru hara gak jadinya.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.065986 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top