CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Eqa Harap Penjenayah Terima Hukuman Setimpal

4-12-2014 06:04 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10734| Komen: 28

Description: Sementara Itu, Polis Masih Memburu Dua Suspek Dalam Kes Rompak Dan Toreh Wajah Eqa, Ahad Lalu.
Eqa Harap Penjenayah Terima Hukuman Setimpal

Wajah Eqa selepaskejadian.Gambar kecil: Wajah Eqa sebelum kejadian.


PASIR PUTEH - Pengalaman ngeri ditumbuk dan ditoreh muka dengan pisau oleh penjenayah yang menceroboh rumahnya di Kampung Wakaf Berangan, Seri Aman di sini, Sabtu lalu sudah semestinya menjadi peristiwa yang tidak akan dilupakannya.

Walaupun berkemungkinan menjadi parut kekal, mangsa, Nur Shafiqa Lah, 22, yang masih dalam keadaan trauma bersyukur kerana selamat dan berjaya mempertahankan maruah diri.

"Saya terima ketentuan ini. Saya berharap penjenayah terbabit dapat ditangkap dan menerima hukuman setimpal,” katanya ketika menerima kunjungan Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin di rumahnya di sini, semalam.


Anak kelima daripada enam adik beradik itu meminta untuk tinggal di rumah kakaknya, Hulma Lah, 35, di Bachok selepas dibenarkan keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), petang kelmarin kerana masih takut untuk kembali ke rumahnya.

Hulma berkata, adiknya masih memerlukan sokongan moral untuk kembali pulih dan meminta orang ramai tidak lagi menyebarkan berita yang bukan-bukan di laman sosial kerana ia akan mengganggu fikiran adiknya.

“Saya berharap orang ramai memahami keadaan ini. Ketika ini, saya sendiri akan jaga dia dan harap polis berjaya mengesan kedua-dua penjenayah terbabit untuk dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya.

Tunang Eqa, Azija Zafran Zakari, 24, berkata, dia terkejut apabila menerima panggilan daripada Eqa sendiri yang memaklumkan mengenai kejadian itu.

“Saya sentiasa memberi semangat kepadanya dan faham keadaannya yang memerlukan rehat yang cukup bagi menenangkan fikiran,” katanya.

Mereka yang bertunang April lalu dan merancang untuk berkahwin pada bulan Mac tahun depan tidak bercadang untuk mengubah jadual tersebut.

Sementara itu, Mas Ermieyati yang diiringi Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman dan Ketua Puteri Umno Pasir Puteh, Marshela Ali ketika ditemui berkata, pihaknya menyampaikan sumbangan Biro Kebajikan Umno berjumlah RM5,000 kepada mangsa.

Katanya, Puteri Umno akan terus mengaktifkan tabung kebajikan sedia ada bagi membantu mereka yang menjadi mangsa kekejaman penjenayah atau bencana alam.

“Dana itu sudah ada, kita hanya perlu menggerakkannya semula supaya lebih banyak pihak mendapat manfaat daripadanya,’ katanya.

Dalam kejadian tersebut, Eqa dan ibunya, Hat Tema Mat Zain, 58, cedera parah akibat ditoreh penjenayah yang menceroboh rumah mereka kira-kira jam 1.40 petang.

Kedua-dua suspek melarikan diri apabila Eqa yang berjaya mengunci bilik dari dalam memekik dari tingkap meminta pertolongan.

Sementara itu, polis masih memburu dua suspek dalam kes rompak dan toreh wajah Eqa, Ahad lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan lazim berkata, setakat ini, beliau telah mengarahkan Ketua Polis Daerah Pasir Puteh meneruskan operasi memburu suspek terlibat.

“Kita sedang mengenal pasti dua lelaki menaiki motosikal jenis LC ketika melakukan rompakan terbabit, dipercayai merupakan orang tempatan di kawasan berhampiran.

“Buat masa ini, kita masih menyiasat motif dan punca kejadian dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun dan menyebabkan kecederaan,” katanya.


1

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rawahah 4-12-2014 11:50 AM
sian.. kalau x mekap xde la cun mana pun..
Quote cocorex 4-12-2014 12:13 PM
Hari2 citer psl dia..org lain pun pernah kena gak mcm nie..tp xder plak hari2 nk kluar paper..semak tul
Quote liyamariska 4-12-2014 12:13 PM
harap Azija Zafran Zakari ni tak tinggalkan Nur Shafiqa Lah nih dgn apa yg telah berlaku ke atas dirinya ...
Quote arira_arora 4-12-2014 02:30 PM
rawahah posted on 4-12-2014 11:50 AM
sian.. kalau x mekap xde la cun mana pun..

muke kembang lagi sbb bengkak kot..
Quote Modngengade 4-12-2014 02:35 PM
kesian adik ni....kenapalah kejam sgt perompak tu...nk samun..samunjer la..tk payahlah nk toreh muka bagai...
akak doakan perompak tu ditoreh muka oleh harimau....
Quote rawahah 4-12-2014 03:01 PM
Modngengade posted on 4-12-2014 02:35 PM
kesian adik ni....kenapalah kejam sgt perompak tu...nk samun..samunjer la..tk payahlah nk toreh muka ...

abang doakan supaya perompak tu kena gilis ngan lori sampah..
Quote Modngengade 4-12-2014 03:02 PM
rawahah posted on 4-12-2014 03:01 PM
abang doakan supaya perompak tu kena gilis ngan lori sampah..

selayaknya dikkkkkkkk

Quote Mary_jane 4-12-2014 09:09 PM
Dengki sgt penyamun smpai toreh2 bagai. Cptlah polis tgkp baru tau nasib bdn tu nanti
Quote jazaa 4-12-2014 09:14 PM
cocorex posted on 4-12-2014 12:13 PM
Hari2 citer psl dia..org lain pun pernah kena gak mcm nie..tp xder plak hari2 nk kluar paper..semak  ...

Haah kannn....

Mak dia yg cedera parah tak dee sapa tanya...

Nasib baik tak kena mata...
Quote CiliPadiSedap 4-12-2014 09:35 PM
rawahah posted on 4-12-2014 11:50 AM
sian.. kalau x mekap xde la cun mana pun..

Kalau ah so make up tentu cun kan?
Quote Knowlee 5-12-2014 11:28 AM
Doktor cakap boleh buat reconstructive surgery. Untuk kes macam ni, dibenarkan buat plastic surgery. Kalau mampu, boleh je buat. Muka berparut tapi maruah terjaga.
Quote mommymonster82 5-12-2014 11:38 AM
cocorex posted on 4-12-2014 12:13 PM
Hari2 citer psl dia..org lain pun pernah kena gak mcm nie..tp xder plak hari2 nk kluar paper..semak  ...

Itulah pasal..
Org kesian sgt sbb dia cun... Duhhhh...
Quote izabellemylia 5-12-2014 11:40 AM
walau atas sebab apa sekalipun..kenapalah sampai nak toreh muka...

lately banyak betei kes2 kat pantai timur ni...takutnya....
Quote redliner 5-12-2014 11:43 AM
ngilunya rasa...
sampai hati toreh muka anak org..
Quote primemova 5-12-2014 11:45 AM
Rasanya penjenayah tu tak dpt ditangkap
Quote anees~nuhara 5-12-2014 02:10 PM
la...siannye.....
Quote zeed 5-12-2014 02:38 PM
nama kakak dan mak ada bunyi2 siam dan kemboja..
Quote cmf_WonBin 5-12-2014 02:39 PM
zeed posted on 5-12-2014 02:38 PM
nama kakak dan mak ada bunyi2 siam dan kemboja..

Abis lah Ketuanan Melayu
Quote cikanggun 6-12-2014 01:57 PM
salam takziah buat adik & mak...

byk ckp korg ni sbb x kene kt korg or keluarga sendirik... kot kene baru tau tinggi rendah langit ngan bumi...

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:05 AM GMT+8 , Processed in 0.327381 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top