CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Duta Sahkan Indonesia Akan Bom Kapal Haram

3-12-2014 12:10 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6393| Komen: 52

Description: “Ia Juga Bukan Tertumpu Kepada Kapal Haram Dari Malaysia Sahaja, Tetapi Dari Myanmar, Thailand, Vietnam Atau Negara Lain Yang Menangkap Ikan Tanpa Izin Di Perairan Kami Akan Dikenakan Hukuman Sedemik ...
Duta Sahkan Indonesia Akan Bom Kapal Haram



SHAH ALAM - Indonesia mengakui bercadang akan mengebom mana-mana kapal asing yang melakukan aktiviti penangkapan ikan secara haram di perairan republik itu sebagai pengajaran kepada penceroboh.

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno berkata, bagaimanapun pengeboman itu tidak akan dilakukan ketika anak kapal masih berada di atas kapal.

“Anak kapal akan diselamatkan terlebih dahulu, kemudian apabila kapal sudah kosong baru dibom untuk menenggelamkannya.

“Ia sebagai pengajaran kepada semua penangkap ikan agar tidak mengulangi perbuatan salah itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Kelautan dan Perikanan Indonesia, Susi Pudjiastuti yang dipetik dari media negara itu, Kompas.com bahawa Indonesia akan mengebom mana-mana kapal asing yang melakukan aktiviti penangkapan ikan secara haram di perairannya.

Herman berkata, perlaksanaan itu akan dikenakan kepada kapal penangkap ikan tanpa izin dari mana-mana negara.

“Ia juga bukan tertumpu kepada kapal haram dari Malaysia sahaja, tetapi dari Myanmar, Thailand, Vietnam atau negara lain yang menangkap ikan tanpa izin di perairan kami akan dikenakan hukuman sedemikian

"Namun mengenai pengeboman itu, ia baru cadangan dan perkara itu dilihat untuk menakutkan pihak tidak bertanggungjawab agar tidak memasuki perairan kami secara haram,” katanya.

Tambahnya, perlaksanaan pengeboman itu hanya akan dilakukan berdasarkan peraturan ditetapkan.

“Ia dilakukan ada aturannya, agar sesuai dengan undang-undang. Supaya orang tidak ceroboh lagi.

“Sama dengan anak kapal yang ditangkap akan dikenakan tindakan dengan adil,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote robertocarbos 3-12-2014 09:16 AM
Kita sini bila nak boom PATI2 indon?
Quote khailya 3-12-2014 09:18 AM
kalau kite bom PATI2 indon yg ade kt sini boleh tak?
Quote coconico 3-12-2014 09:22 AM
boleh tak kita buat cara sama kat diorang?
Quote abgkuloploden 3-12-2014 09:23 AM
tu dia ckp, indon akan bom kapal yg dah kosong...kalo korang nak bom PATI, korang kena kosongkan dulu negara mulaisia ni..lepas tu korang nak bom, bom aje la..

abg kulop takut ummah pprt ngan felda je yg ramai lebur...
Quote dubuk 3-12-2014 09:25 AM
australia pun buat macam ni rasanya
Quote rikiruj 3-12-2014 09:40 AM
ok je.. kita pun sama la bom bot pancung bawak pati... lagi satu kalu bot pati tenggelam, toksahla kita susah2 selamatkan...
Quote tuun 3-12-2014 09:51 AM
Makanya jgn masuk kat perairan mrk.Hrp para nakhoda kapal M'sia take note on this.Jgnlah kta nak balas pulak,wlpun dah tau salah masuk tpt org.Wlpun berlambak PTI mrk di sini,kita antarlah dgn cr baik.Insya Allah YME akan lembutkan hati mrk dan beri petunjuk.
Quote honeybee1802 3-12-2014 09:54 AM
Harap nko jaga la pati2 tu seludup msk ke sini....pehtu nko boom skali tongkangnya
Quote zainmahmud 3-12-2014 09:54 AM
bagus la jugak. semoga semua Negara asean lain mengambil langkah yg sama kpd semua kapal2 dan bot2 nelayan atau penceroboh negara2 lain yg masuk ke dalam sempadan laut mereka... new world order for asean maritime bounderies.
Quote BotakChinPeng 3-12-2014 09:55 AM
Lantak la.
Bukan merema ada kapal nelayan malaysia pun.  Melamun ja indon babu pengecut lembik semua
Quote BotakChinPeng 3-12-2014 09:57 AM
abgkuloploden posted on 3-12-2014 09:23 AM
tu dia ckp, indon akan bom kapal yg dah kosong...kalo korang nak bom PATI, korang kena kosongkan dul ...

apa ko merepek ni bahalol pprt?
Quote scorpionkiki 3-12-2014 09:59 AM
dubuk posted on 3-12-2014 09:25 AM
australia pun buat macam ni rasanya


Aha...kapal nelayan indon yg selalu masuk perairan ostolia...kasi ajar sikit indon berlagak ni...
Quote darkness 3-12-2014 10:01 AM
tuun posted on 3-12-2014 09:51 AM
Makanya jgn masuk kat perairan mrk.Hrp para nakhoda kapal M'sia take note on this.Jgnlah kta nak bal ...


Kdg2 indon sendiri yg tarik kapal nelayan malaysia masuk ke perairan dorang. Pernah dengar benda ni? Tak pernah kan? Sb ko xda sedara yg alami
Quote darkness 3-12-2014 10:02 AM
Cuba selidik dulu apa yg berlaku boleh tak?
Quote namirulmukminin 3-12-2014 10:03 AM
Muatkan PATI tu ramai2 dalam perut kapal nelayan Malaysia pastu suruh depa balik indon pakai bot nelayan tu... biar kerajaan depa sendiri bomkan PATI depa... Muhahahahaha..
Quote darkness 3-12-2014 10:04 AM
Dulu, indon ni tarik masuk kapal nelayan masuk ke perairan dorang. Sengaja buat mcmtu sb nak pau duit orang. Bengong sangatlah imdon ni
Quote scarflicious 3-12-2014 10:05 AM
jika indon boleh bom. Kita juga boleh bom.

Why not? kan?

Kalau dia kata, dia suruh kosongkan kapal baru bom. Kita pon buat benda sama lah. Fair kan?

lepas tu..kita bom juga lah kampung2 haram pati kat Malaysia. Fair juga kan.?

Rasa macam semak aje... Duduk Malaysia 2-3 tahun terus dapat IC. Kita bom juga mereka yg bagi IC kat pati2 ni untuk kepentingan depa.

kan..........
Quote tuun 3-12-2014 10:05 AM
darkness posted on 3-12-2014 10:01 AM
Kdg2 indon sendiri yg tarik kapal nelayan malaysia masuk ke perairan dorang. Pernah dengar benda ...

Ape motif mrk buat mcam tu?
Quote becir 3-12-2014 10:05 AM
kita pun jgnla bom kapal2 bawak pati..satu hal nak ngankut pati balik sini lpstu tenggelamkan kapal diaorg...pati still stuck sini..

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.313518 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top