CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Di China, 500,000 Disahkan Ada Penyakit Hiv, Aids

2-12-2014 05:01 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3025| Komen: 6

Description: “Apa Yang Paling Penting, Kita Mesti Menghapuskan Sikap Diskriminasi Terhadap Mereka Yang Hidup Dengan Penyakit Ini Dan Golongan Yang Be-Risiko Tinggi Terdedah Kepada Hiv Seperti Pelacur Dan Penagih ...
Di China, 500,000 Disahkan Ada Penyakit Hiv, Aids


BEIJING - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa China meningkatkan langkah pencegahan selepas hampir 500,000 penduduk negara itu dilaporkan menghidap penyakit HIV dan AIDS manakala beratus ribu lagi masih belum membuat ujian pengesahan.

Seorang wakil WHO di China, Bernhard Schwartlaender berkata, banyak yang perlu dilakukan Beijing untuk mencegah dan membantu pesakit yang menghidap penyakit maut tersebut.

“Apa yang paling penting, kita mesti menghapuskan sikap diskriminasi terhadap mereka yang hidup dengan penyakit ini dan golongan yang be-risiko tinggi terdedah kepada HIV seperti pelacur dan penagih dadah yang berkongsi jarum suntikan,” katanya dalam satu artikel di akhbar China Daily.

Tambahnya, dia melihat beberapa rakannya yang berkecimpung dalam bidang perubatan turut menyisihkan pesakit yang dijangkiti penyakit bahaya tersebut.

“Sikap itu tidak boleh diterima dan ia perlu dihentikan,” tegasnya.

Kira-kira 497,000 penduduk di China disahkan menghidap HIV/AIDS sejak kes pertama direkodkan di China pada tahun 1985.

Bagaimanapun, angka itu meningkat dari September 2013 apabila 434,000 orang disahkan menghidap HIV/AIDS.

Lebih 500,000 penghidap HIV/AIDS di China kini menerima rawatan antiretroviral.

Kebanyakan kes HIV/AIDS di China berlaku disebabkan hubungan seks tidak selamat diikuti jangkitan daripada ibu kepada anak dan perkongsian jarum suntikan dadah. 

2

Bagus
5

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
13

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote taikor 2-12-2014 03:28 PM
benda ni kena sampaikan kpd @spiderman80
Quote Mary_jane 2-12-2014 03:30 PM
Penduduk china je dh brapa bilion, approx 19% jumlah pnduduk dunia. So mmg pyhlah nk banteras hiv/aids ni kt sana. Malah jumlah penghidap hiv tu pasti meningkat sbb msh ramai yg xbuat ujian pengesahan.
Quote mbhcsf 2-12-2014 03:32 PM
Hmm...interesting stats...
Quote kucen_miang 2-12-2014 03:37 PM
setgh juta tu.

china doll ari tu dah buat ujian lom?
Quote spiderman80 2-12-2014 03:37 PM
taikor posted on 2-12-2014 03:28 PM
benda ni kena sampaikan kpd @spiderman80

Saya dan isteri tercinta saya Puan Botakchinpeng setiap tahun ada buat medical check up tahu??!!!
Quote Simunggu 2-12-2014 03:42 PM
spiderman80 posted on 2-12-2014 03:37 PM
Saya dan isteri tercinta saya Puan Botakchinpeng setiap tahun ada buat medical check up tahu??!!!

ada lah HIV kamu laki bini..???

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.046869 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top