![]() Kawasan sekitar KTMB yang menjadi lokasi peragut mencari mangsanya. ![]() Jamilah menceritakan situasi ketika dirinya menjadi mangsa ragut semasa menyapu sampah di halaman rumahnya. KLANG – Sejak sekian lama, kejadian ragut sekitar Dun Selat Klang tidak pernah sunyi sehingga ke hari ini walaupun polis melakukan banyak tangkapan dengan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Telok Gadong adalah antara lokasi panas yang dilaporkan banyak berlakunya kes berkenaan. Jika KTMB adalah sasaran dan tumpuan orang ramai yang mahu menggunakan perkhidmatan awam, ia juga menjadi sasaran peragut mencari mangsanya. Menurut sumber, minggu lalu sahaja tiga kejadian ragut berlaku di kawasan ini, peragut gemar menjalankan aktiviti mereka setelah keadaan di sini menjadi kurang sesak. “Mereka tidak melakukan jenayah ragut waktu pagi dan petang ketika orang ramai berasak-asak mahu menggunakan KTMB pergi dan pulang dari tempat kerja. “Selain tengah malam, selalunya mereka memilih waktu dalam lingkungan jam 10 pagi hingga jam 6 petang mencari mangsa. Dalam suasana yang agak tenang tanpa kenderaan yang banyak, ia akan melancarkan kerja mereka untuk meragut mangsa seterusnya melarikan diri dengan mudah,” katanya kepada Sinar Harian. Menurutnya, peragut tidak akan melakukan aktiviti mereka di kawasan menunggu, tetapi di tempat jauh yang memudahkan mereka meloloskan diri. Tinjauan ke lokasi itu mendapati KTMB turut mengambil inisiatif membantu dalam usaha mengelakkan pengguna mereka dari menjadi mangsa kes ragut dengan memasang spotlight dan menyediakan papan tanda memberi peringatan kepada pengguna agar lebih berhati-hati. Turut menjadi mangsa Kejadian terbaru melibatkan warga emas, Jamilah Razali, 63, yang menjadi mangsa ragut sehingga menjadikan dirinya kini trauma untuk memakai barang kemas. Menurutnya, dia tidak menyangka kejadian hitam itu boleh terjadi semasa dia melakukan rutin harian seperti biasa iaitu menyapu sampah di rumahnya. Jamilah menceritakan kejadian pada petang itu semasa dia sedang menyapu di halaman rumah, datang dua lelaki menaiki sebuah motosikal menghampirinya kemudian bertanyakan alamat rumah rakannya. “Belum sempat saya menunjukkan alamat, gelang emas yang saya pakai tiba-tiba direntap dengan kuat oleh pembonceng motosikal, saya sempat menarik semula gelang saya tetapi saya tewas dan terjatuh ke tanah. “Akibat terjatuh, tudung yang saya pakai sedikit terselak dan menampakkan pula rantai emas saya pakai di leher. Lelaki itu terus merentap rantai tersebut sebelum memecut motosikal melarikan diri,” katanya. Tempatkan polis bantuan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mad Yusop menasihatkan orang awam lebih berwaspada semasa menjalankan aktiviti di luar rumah. Menurutnya, kes yang melibatkan ragut ini bukan satu masalah yang berlaku di tempat tertentu sahaja, tetapi ia berlaku di seluruh negara. “Mangsa kepada kes ragut kebanyakannya wanita kerana keupayaan peragut yang kebiasaannya seorang lelaki adalah melebihi kekuatan dimiliki mangsa. “Selain faktor penjenayah itu sendiri, faktor lain yang menyumbang adalah kecuaian,” katanya. Mohamad berkata, kes ragut ini mampu dielakkan apabila masyarakat mengurangkan satu dari tiga faktor berlakunya kes tersebut. Menurutnya, tiga faktor berlakunya kes ragut iaitu keinginan, keupayaan dan peluang, jika satu daripadanya tidak ada, kes jenayah tidak akan berlaku. Polis akan terus membuat rondaan di kawasan itu, selain itu beberapa polis bantuan.
|
sitihawa posted on 29-5-2013 12:10 PM
takutnya...
aku juga pakai rantai tangan dan leher
grrrrrrrrrrrrrrrrrr......
ADVERTISEMENT