CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Taman Tema Wet World Nafi Kanak-Kanak Dijangkiti Virus

27-10-2014 11:18 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3540| Komen: 4

Description: "Taman Tema Ini Sama Sekali Tidak Mendatangkan Risiko Untuk Jangkitan Tersebut Dan Pihak Pengurusan Telah Pun Mendapat Mendapat Pengesahan Dari Hospital Bahawa Tiada Pesakit Mereka Yang Mati Mahupun ...
Taman Tema Wet World Nafi Kanak-Kanak Dijangkiti Virus

Gambar hiasan


KUALA LUMPUR
: Sebuah taman tema menafikan khabar angin yang mengatakan sekumpulan kanak-kanak tadika telah dimasukkan ke sebuah hospital akibat jangkitan virus selepas mereka menjalani aktiviti riadah di kawasan itu.

Pihak pengurusan Taman Tema Wet World  telah menafikan khabar angin berkaitan insiden itu.

Menurut satu kenyataan kepada Astro AWANI, pihak pengurusan taman tema itu berkata ia tidak pernah menerima sebarang laporan tentang kes berkenaan mendakwa virus yang dijangkiti murid-murid terbabit telah menyebabkan jari tangan bertukar hitam, terpaksa dipotong dan mulut pula melepuh.

Kata jurucakap tersebut, khabar angin itu mula tersebar oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan melakukannya semata-mata untuk menjatuhkan imej taman tema yang terletak di bandaraya Shah Alam.

"Selepas menerima khabar angin itu, pihak pengurusan taman tema terus membuat laporan polis dan menghubungi beberapa hospital di sekitar Lembah Klang bagi tujuan pengesahan."

"Pengunjung tetap taman itu berasa terkejut dengan tindakan tidak bertanggungjawab individu terbabit.

"Taman tema ini sama sekali tidak mendatangkan risiko untuk jangkitan tersebut dan pihak pengurusan telah pun mendapat mendapat pengesahan dari hospital bahawa tiada pesakit mereka yang mati mahupun terkena jangkitan," kata jurucakap tersebut.

Selain itu, jurucakap itu turut menggesa orang awam supaya berhati-hati dengan khabar angin seperti itu dan segera melaporkannya di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) kerana mereka menyifatkan ianya laporan palsu.

Baru-baru ini, khabar angin menyebut seorang pengguna Facebook yang mendakwa rakannya telah meninggal dunia seminggu selepas mengunjungi taman tema tersebut akibat jangkitan air yang dicemari kencing tikus.

4

Bagus
15

Marah
4

Terkejut
11

Sedih
17

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 23-10-2014 11:53 PM
Aku suke pi water theme park
Setakat ni xde pape la..
Pasni nak gi gambang tu..hihi

Quote fizroy 23-10-2014 11:56 PM
hati2 ye sume...anak2 anugerah ALLAH

Quote Kangkung1M 24-10-2014 12:29 AM
last aku gi 3 thn lps, mmg kotor giler air kt sini....dsr kolam penuh dgn keladak...kitaorg mandi sekejap jer sebab badan terasa gatal2
dahlah tiket masuk mahal...x berbaloi
Quote stania83 24-10-2014 12:57 AM
Pusat akuatik shah alam yg outdoor tu kotor gak. Aku gi wetworld teman anak buah naik slide bagai oklah.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.053534 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top