CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

50% Kuota Bumiputera Tak Terjual - Pemaju

29-9-2014 10:10 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5876| Komen: 34

Description: Beliau Berkata, Pelaksanaan Kuota Bumiputera Dan Diskaun Adalah Baik, Namun Statistik Industri Hartanah Menunjukkan Lebih 50 Peratus Daripada Setiap Kuota Bumiputera Tidak Terjual Meskipun Selepas Dil ...
50% Kuota Bumiputera Tak Terjual - Pemaju



Kuala Lumpur: Pemaju hartanah di negara ini dilihat tidak berpeluang untuk meningkatkan harga jualan lebih tinggi kepada pembeli Bumiputera dan mendapatkan kembali diskaun Bumiputera kerana peraturan dan panduan sedia ada amat berkesan dalam memantau serta mengawal pelaksanaan diskaun Bumiputera.

Pengarah Urusan Andaman Property Management Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Vincent Tiew berkata, harga jualan hartanah adalah telus, terbuka dan ditawarkan pada harga sama dengan pembeli Bumiputera dilihat memiliki sedikit kelebihan kerana berpeluang menikmati diskaun terbabit.

“Secara lazimnya, diskaun Bumiputera menyebabkan pembeli Bumiputera hanya membayar jumlah sangat minimum dan kos kemasukan rendah atau bayaran pendahuluan lebih rendah berbanding pembeli bukan Bumiputera kerana mereka boleh menggunakan diskaun terbabit untuk mengimbangi bayaran pendahuluan,” katanya pada Bisnes Metro di sini, semalam.

Beliau berkata, pelaksanaan kuota Bumiputera dan diskaun adalah baik, namun statistik industri hartanah menunjukkan lebih 50 peratus daripada setiap kuota Bumiputera tidak terjual meskipun selepas dilancarkan untuk tempoh 12 bulan.

“Daripada pemerhatian peribadi saya, terdapat banyak kes di mana sukar untuk mencapai kuota 30 peratus atau 50 peratus jualan kuota Bumiputera.

Oleh itu, pemaju ada kuasa untuk memberi lebih daripada diskaun ditetapkan pihak berkuasa meskipun untuk penjualan,” katanya.

Vincent berkata, beliau melihat banyak syarikat Bumiputera membuat keuntungan tinggi daripada diskaun Bumiputera dan menunjukkan seolah-olah mereka menjadi sangat kaya daripada diskaun terbabit sedangkan majoriti Bumiputera masih dilihat agak sukar untuk memiliki ataupun membeli hartanah.

“Jika pemaju berjaya mencapai peratusan tinggi daripada unit jualan melalui kuota ditetapkan dan memberi lebih kuota kepada Bumiputera daripada yang ditetapkan, adakah ia bermakna pemaju berhak atau perlu menuntut semula daripada pihak berkuasa?” soalnya.

11

Bagus
12

Marah
9

Terkejut
17

Sedih
19

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (79 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vespa_oren 27-9-2014 07:07 PM
Hari tu tanya rumah rm240K, kuota bumiputra dh hbs pastu yang rm320K, kuota bumiputra tinggal satu jer

Rumah rm240K tu, jika kuota bumiputra rm200K jer pas diskaun
Quote airfilterkotor 27-9-2014 07:29 PM
Vincent berkata, beliau melihat banyak syarikat Bumiputera membuat keuntungan tinggi daripada diskaun Bumiputera dan menunjukkan seolah-olah mereka menjadi sangat kaya daripada diskaun terbabit sedangkan majoriti Bumiputera masih dilihat agak sukar untuk memiliki ataupun membeli hartanah.

Ahli persatuan kelentong kuat ni mengata diri sendiri kaa...?
Orang Gumbak bt.doblas steangah penah cakap, the pot calling the kettle black gituh.
Quote tepisket.. 27-9-2014 07:33 PM
wartawan ni mamai kot tulis..
point dia meraban2
Quote ss8384 27-9-2014 07:39 PM
Bahasa melayu ke? Bahasa 1malaysia? Penin Akak nk baca
Quote tobby 27-9-2014 07:40 PM
selalunya klu tanya staf ada lg tak bumi lot, depa jwb habis. cukup masa pemaju akan rayu state gov utk jual kat open market sbb tak laku katanya. biasa la, org meniaga gitu la... kena pandai cilok.
Quote popjack 27-9-2014 08:18 PM
mana ada permintaan disitu ada jualan

kalu tiada permintaan rumah maka tidak akan ada jualan cecah stengah jutaria

kalu nyett tak mau rumah2 nih  

kasi untong atas angin lebih

struktur rumah dan binaan rapuh, design burok, tiada aksessori tambahan,

rumah bekas lombong, tanah panas tak sesuai bercucuk tanam, ape lagi

inim smua salah org tamak nk hidup lebih  

Quote dess402 27-9-2014 08:30 PM
tobby posted on 27-9-2014 07:40 PM
selalunya klu tanya staf ada lg tak bumi lot, depa jwb habis. cukup masa pemaju akan rayu state gov  ...



kan di mesia ni ada berbagai badan kerajaan yg pantau

soal perumahan rakyat ..  termasuk gak badan zakat yg mentadbir

duit berbiliion umat Islam setiap tahun  ??

tak buleh kaa depa ambil inisiatif sikit  ??
Quote bangcak 27-9-2014 08:49 PM
Patutnya pemaju yg merungut kondo2 mewah yg takterjual tu elok kerajaan beli suma unit separuh harga dan buka semula kepada bumiputra sebagai unit pprt.
Quote bangcak 27-9-2014 08:49 PM
Patutnya pemaju yg merungut kondo2 mewah yg takterjual tu elok kerajaan beli suma unit separuh harga dan buka semula kepada bumiputra sebagai unit pprt.
Quote waksir 27-9-2014 09:17 PM
byk developer ni menipu je pasal kuota bumi dh abis konon ..
Pada hal ,mrk saje sorok sbb nnt bila bg report kt kemt. perumahan kata lot bumi x bleh jual, ,pastu mohon tukar status pd non-bumi. so nnt developer bleh jual dgn harga yg lebih tinggi.

kalau ada sesapa yg nak beli rumah & developer kata kuota bumi dh abis tu ...
sila mintak dia tunjukkan senarai rasmi pembeli lot bumi. Kalu developer enggan, bleh gertak skit dgn cakap nak buat aduan kt kemt perumahan.

tu semua taktik kotor developer je
Quote cadarblogsot 27-9-2014 09:30 PM
waksir posted on 27-9-2014 09:17 PM
byk developer ni menipu je pasal kuota bumi dh abis konon ..
Pada hal ,mrk saje sorok sbb nnt bila ...

Very true... dev ni pandai pusing2... sudahnya tukar ke non bumi lot tu.. akal panjang
Quote BotakChinPeng 27-9-2014 10:36 PM
Ada ka pemaju bengap sampai lebih suka gelupur merayu kerajaan tukar status unit bumi tak terjual. Sedangkan kerajaan tak pernah layan.
Bodoh punya tuduhan.

"Statistik  industri hartanah" ciptaan Vincent liew pula hanya untuk kondo reban ayam yang syarikat dia sendiri bina. Ingat semua orang dungu macam pekerja akhbar ka
Quote dess402 27-9-2014 10:36 PM

aku tak tahu apa yg sebenarnya gomen ini tunggu .

sampai melayu habis dihalau dari pekan2 kaa ..  bukan penang saja ..

KL ,  JB ..  segala pekan .   

mengapa tidaK ada satu revolusi utk membuat rumah mampu milik ..

bukan 250k laa ..   tapi bersesuaian dgn melayu yg berpendapatan rendah  ??

sungguh2 kaa nak tengok melayu dihalau dr tanah air mereka sendiri  ??




Last edited by dess402 on 27-9-2014 10:38 PM

Quote judicata 27-9-2014 10:46 PM
waksir posted on 27-9-2014 09:17 PM
byk developer ni menipu je pasal kuota bumi dh abis konon ..
Pada hal ,mrk saje sorok sbb nnt bila ...

Ya betul. Aku sokong ni. Sbb aritu beberapa kali aku gi launching developer jual kondo ni. Konon nak usha la kondo area pinggiran kl ni. Tapiiiii.... Baru launch unit bumiputera developer claim da abis?? Logik tak logik? Pastu bila kondo tu da nak siap... Tetiba plak kwn aku dpt beli unit bumiputera tu dari developer sendiri... Sbb dia kenal org yg kenal developer tu. Tp ada jgk under the table la...dlm rm30k. Serius aku rasa nak menyumpah. Aku betul2 nak beli rmh sbb nak ada harta sendiri....last2 org yg dok kumpul rumah buat investment yg dpt. aku nak tinggal mana oii. Nak sewa je ka memanjang tp org kaya jd trus kaya???
Quote saden 27-9-2014 10:59 PM
boleh tak sesiapa yang pegi masa opening tu record kan sekali pakai handphone bila dia jawab habis.
Quote Kukukakikakakmu 27-9-2014 11:00 PM
judicata posted on 27-9-2014 10:46 PM
Ya betul. Aku sokong ni. Sbb aritu beberapa kali aku gi launching developer jual kondo ni. Konon n ...

Aku pun stuju gak bro..sampai kesudah nak bli umah pun tak boleh..
Quote BotakChinPeng 27-9-2014 11:02 PM
unit bukan bumi kalo habis pun sebab orang asing banyak beli. Nak harap bukan melayu malaysia beli .... lagi lambat la nak habis dari unit bumi punya
Quote cadarblogsot 27-9-2014 11:21 PM
BotakChinPeng posted on 27-9-2014 11:02 PM
unit bukan bumi kalo habis pun sebab orang asing banyak beli. Nak harap bukan melayu malaysia beli . ...

Foreigners bleh beli unit over 1mil je ooii
Quote cadarblogsot 27-9-2014 11:24 PM
Memang betoi agenda dev.. mcm tu. Even real estate agent pun cakap sesama diorang.. nk kasi laku cakap je sold out tower 1... launch tower 2.. wal hal tower 1 still available... bila tower 2 dh cukup cover, jual balik tower 1 tu kekonon harga lagi murah pulak dari tower 2.. bleh plak alasan x munasabah..

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.150562 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top