CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seret Anjing Dengan Kereta

25-9-2014 10:13 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5176| Komen: 13

Description: Tindakan Kejam Lelaki Tersebut Dirakam Dengan Menggunakan Telefon Bimbit Oleh Seorang Pengguna Jalan Raya Sebelum Memuat Naik Video Berkenaan Di Laman Sosial Popular China, Weibo.
Seret Anjing Dengan Kereta

RAKAMAN video menunjukkan seekor anjing yang diikat pada belakang sebuah kereta dan diseret di sebatang jalan raya di bandar Shantou di wilayah Guangdong, China baru-baru ini.

GUANGZHOU - Seorang lelaki di bandar ini 'diburu' berjuta-juta pengguna laman sosial selepas tindakannya mengheret seekor anjing dengan menggunakan sebuah kereta di sebatang jalan di bandar Shantou di wilayah Guangdong, China tersebar di internet, lapor London Evening Standard Online kelmarin.


Tindakan kejam lelaki tersebut dirakam dengan menggunakan telefon bimbit oleh seorang pengguna jalan raya sebelum memuat naik video berkenaan di laman sosial popular China, Weibo.


Video berkenaan memaparkan anjing berkenaan diseret di belakang kereta yang dipandu laju sehingga menyebabkan kakinya berdarah.

Pengguna laman sosial berkenaan yang terkejut dengan tindakan tersebut kemudiannya 'memburu' pemandu berkenaan dengan menyiasat latar belakangnya sebelum menyiarkan nama, alamat dan nombor telefon lelaki itu.

Ekoran itu, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Zheng membuat permohonan maaf di sebuah stesen televisyen tempatan selepas tertekan dengan dengan kecaman yang diterimanya.

"Saya sebenarnya mahu menghalau anjing itu kerana ia sering menggigit dan menyerang orang," katanya. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dark_Vampire 25-9-2014 08:06 AM
gilossssssss agak2 lah kottttt
Quote ais_kosong 25-9-2014 09:25 AM
manusia kejam xde hati perut
Quote nebulagazer 25-9-2014 09:25 AM
Bahan bakar api nuraka
Quote pittjie 25-9-2014 09:28 AM
so apa lagi. mari la kita sama2 .. ikat si zheng tu kat belakang bas ekspress dan heret dia dari bkt kayu hitam sampai tambak johor nun.
Quote DayangKirana 25-9-2014 02:17 PM
minta maaf? then, habis macam tuh jer? life goes on kekdahnye.. dasar manusia durjana..
Quote penyo 25-9-2014 02:32 PM
datang sini, join parti DAP
Quote pakupayung21 25-9-2014 02:42 PM
pittjie posted on 25-9-2014 09:28 AM
so apa lagi. mari la kita sama2 .. ikat si zheng tu kat belakang bas ekspress dan heret dia dari bkt ...

baru sampai changloon dah mampuih dah
Quote spiderman80 25-9-2014 03:20 PM
China Darul Heret Anjing
Quote zorrro_03 25-9-2014 03:53 PM
aku harap pacit kopiah yg panah anjing hari tu cari cina pemakan babi ni dah panah beliau...  
Quote judicata 25-9-2014 03:55 PM
makan anjing rakyat PRC ni, heret anjing pun rakyat ni jugak...

hoi, dah takde perasaan belas kasihan dah ke? patut la perangai pun hampagas. rasa nak ku tendang je sekor2.
Quote melia_star 25-9-2014 04:07 PM
marahkan hanjeng, diseret2kan katanya......this really absurd..
Quote clarizsa 25-9-2014 04:34 PM
isk isk kejamnyaaa...

baik dia bunuh n mkn je anjing tu dpd menyeksa camtu...
Quote Artemesiaa 25-9-2014 04:54 PM
Kalau nak mengajar pun tak perlu le sekejam itu elok call bandaraya people tangkap je kalau ia pun anjing tu garang suka menyerang.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.198727 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top