CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Sangat Naik Lori, Kita Bagi Naik Lori

29-8-2014 04:18 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4154| Komen: 4

Description: “Operasi Bersepadu Itu Diselaraskan Jabatan Penguatkuasa Bersama Jabatan Pelesenan, Kejuruteraan, Perkhidmatan Persekitaran, Bangunan Dan Jabatan Kesihatan Mpk.
Nak Sangat Naik Lori, Kita Bagi Naik Lori


KLANG - Tindakan degil peniaga warga asing menjalankan perniagaan haram memaksa pihak berkuasa membuat tujuh sitaan dalam satu operasi bersepadu di pasar pagi Jalan Papan, Pandamaran, di sini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Datuk Mohammad Yacob berkata, sitaan tersebut dilakukan bermula 13 hingga 22 Ogos lalu.

“Operasi bersepadu itu diselaraskan Jabatan Penguatkuasa bersama Jabatan Pelesenan, Kejuruteraan, Perkhidmatan Persekitaran, Bangunan dan Jabatan Kesihatan MPK.

“Operasi itu dijalankan seawal jam 5.30 pagi yang menyasarkan peniaga asing dan peniaga tanpa lesen (haram),” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, operasi itu turut melibatkan pemeriksaan kewujudan struktur haram serta masalah sampah yang sering menjadi isu di pasar berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat peniaga yang membuat sambungan atau pendawaian haram bagi mendapatkan bekalan air dan elektrik melalui tandas awam yang disediakan pihak majlis.

“Perkara berkenaan telah dirujuk untuk tindakan lanjut dan sitaan dilakukan mengikut kesalahan Undang-Undang Kecil (UUK) 3 Penjaja MPK 2007.

“Malah sebanyak 90 notis dikeluarkan Jabatan Kejuruteraan kepada pemilik untuk merobohkan binaan atau struktur tanpa izin masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, Mohammad berkata, pasar pagi yang mula beroperasi sejak 2004 itu turut menyaksikan pertambahan petak niaga yang mendadak terutama pada Sabtu dan Ahad.

“Masalah kebersihan turut membelenggu kawasan persekitaran ekoran sikap segelintir peniaga yang gemar membuang sampah ke longkang.

“Lebih memburukkan lagi keadaan apabila sebahagian besar peniaga tidak membersihkan petak perniagaan selepas beroperasi menyebabkan kawasan setempat kelihatan kotor dan berbau busuk,” katanya.

Beliau berkata, pihak majlis akan memberi perhatian terhadap isu di pasar pagi Jalan Papan dan tidak akan berkompromi terutama isu melibatkan peniaga asing dan peniaga haram serta binaan tanpa kebenaran.

Katanya, operasi seperti ini akan diadakan secara berterusan.

9

Bagus
14

Marah
10

Terkejut
12

Sedih
9

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (58 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epalgebuu 29-8-2014 12:55 PM
hapuskan semua yindon yg ada.. wat semak je kat malaysia ni
Quote mbhcsf 29-8-2014 12:58 PM
Hehe...tetiba ada pertambahan petak niaga???...
Quote GhostWalking 29-8-2014 01:00 PM
mbhcsf posted on 29-8-2014 04:58 AM
Hehe...tetiba ada pertambahan petak niaga???...

Petak buat sendiri
Quote mbhcsf 29-8-2014 01:03 PM
GhostWalking posted on 29-8-2014 01:00 PM
Petak buat sendiri


Tu aah 'pertambahan petak niage yg mendadak terutama sabtu dan ahad gittew'...
Hahaha...gigih...u see? Their motivation??

Kalau anak tempatan buat lagu ni..inisiatif dlm saluran betul...sejuk hati laa kita baca..ni...adehhh... Last edited by mbhcsf on 29-8-2014 01:08 PM

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.086591 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top