CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jual Ubat Gugur Melalui Whatsapp

25-8-2014 12:12 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7460| Komen: 8

Description: Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Anwa Sulaiman Berkata, Hasil Serbuan Itu, Pihaknya Berjaya Merampas Beberapa Kotak Ubat Yang Digunakan Untuk Menggugurkan Kandungan Secara Haram Dengan Nila ...
KUALA TERENGGANU – Rahsia gelap seorang wanita menjual ubat menggugurkan kandungan secara haram dengan berselindungkan premis pakaian dan aksesori terbongkar selepas kedai wanita berkenaan di bandar Permaisuri, Setiu diserbu anggota Cawangan Penguatkuasa Farmasi, Jabatan Kesihatan negeri, Ahad lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr Anwa Sulaiman berkata, hasil serbuan itu, pihaknya berjaya merampas beberapa kotak ubat yang digunakan untuk menggugurkan kandungan secara haram dengan nilaian sekitar RM1,000.

Menurutnya, berdasarkan bukti pembelian yang ditemui, wanita itu dipercayai menjalankan aktiviti haram tersebut sejak setahun lalu dan memperoleh pendapatan lumayan apabila menjual pil berkenaan dengan harga RM50 sebiji berbanding modal RM8 hingga RM10 sebiji.


“Pelanggan akan menghubungi wanita itu menerusi aplikasi ‘WhatsApp’ atau sistem pesanan ringkas (SMS) bagi mendapatkan bekalan ubat tersebut sebelum ia dihantar ke alamat pelanggan melalui perkhidmatan kurier,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Dr Anwa berkata, wanita itu kini disiasat di bawah Akta Racun 1952 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.

Wanita itu juga katanya akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat selepas bukti yang diperlukan cukup, selain menyiasat pembekal utama yang membekalkan ubat-ubatan terbabit yang dipercayai turut berselindung di sebalik perniagaan dalam talian.

Mengulas lanjut, Dr Anwa memberitahu, pil menggugurkan kandungan yang dijual wanita itu secara haram merupakan ubat berdaftar dengan kandungan utamanya ialah misoprostol merupakan ubat terkawal yang disenaraikan sebagai racun kumpulan B di bawah Jadual Pertama Akta Racun 1952.

Ia digunakan bagi tujuan rawatan penyakit ulser perut dan duodenal terutama di kalangan pesakit yang menjalani rawatan menggunakan ubat antiradang jenis NSAID (non-steroidal antiinfalammatory drugs), khususnya pesakit wargaatua atau mereka mempunyai sejarah penyakit ulser tersebut.

“Ubat ini memerlukan preskripsi daripada pengamal perubatan berdaftar sebelum boleh digunakan. Penyalahgunaan ubat ini oleh mengakibatkan berlakunya keguguran kandungan di kalangan wanita hamil.

“Selain itu ia juga boleh menyebabkan pecah rahim (uterine rupture), kesakitan bahagian pinggul (pelvik), pendarahan teruk pada kemaluan dan akhirnya boleh membawa kepada kematian,” katanya.

Berdasarkan rekod enam bulan pertama tahun ini kata Dr Anwa, pelbagai ubat-ubatan dan kosmetik dengan nilaian hampir RM700,000 telah dirampas Cawangan Penguat kuasa Farmasi melibatkan pelbagai kesalahan menerusi 38 operasi serbuan dan 269 pemeriksaan premis di seluruh negeri ini.

Daripada jumlah itu katanya, 25 individu dan syarikat yang ditahan telah pun didakwa di mahkamah atas pelbagai kesalahan di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran kepada semua penjual dan pengedar ubat-ubatan yang tidak berdaftar serta kosmetik tidak bernotifikasi dengan Kementerian Kesihatan Malaysia agar menghentikan segera kegiatan mereka atau bakal berdepan tindakan undang-undang pihak berkuasa.

“Kita juga mengingatkan kepada semua pengguna agar memastikan ubat-ubatan yang digunakan adalah berdaftar dengan KKM dan diperoleh daripada sumber yang sah seperti klinik, hospital dan kedai farmasi,” katanya.

21

Bagus
13

Marah
22

Terkejut
13

Sedih
18

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (109 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mak_wa95 23-8-2014 11:19 PM
bahayanya ubat2 gini..
Quote JoyahJay 23-8-2014 11:35 PM
Ubat utk ulser boleh gugurkan kandungan?
Quote CiliPadiSedap 24-8-2014 01:52 AM
nak gugur senang je. makan durian  20 ulas, lama2 masuk hospital kolestrol naik darah tinggi naik, gugurlah
Quote hydrocloric 24-8-2014 02:49 AM
"cytotec" nama obat ni

"http://en.wikipedia.org/wiki/Misoprostol"
Quote Al-Patih 24-8-2014 06:50 AM
bahaya betui peniaga ni....
Quote ell768 24-8-2014 07:02 AM
duit punya pasal semua nak di jualnya..janji masyuukkkkk
Quote Vellfire 24-8-2014 07:07 AM
Mereka yg terdesak jer sanggup beli ni
Quote bluehedgehog 24-8-2014 07:08 AM
mmg laris produk ni, kan byk minah2 yg beli

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.045528 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top