CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kritikan Nora Danish terhadap Hotel Legoland membuatkan Johorean kepanasan

20-8-2014 09:27 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 20821| Komen: 273

Description: Kejadian Itu Berlaku Ketika Dia Dan Keluarga Mengambil Keputusan Untuk Bercuti Ke Pusat Peranginan Tersebut Setelah Nora Danish Selesai Daripada Melakukan Penggambaran Di Singapura Untuk Sebuah Teater ...
Saya tak marah orang Johor  - Nora Danish




PERCUTIAN bermakna bertukar menjadi mimpi ngeri buat pelakon sensasi, Nora Danish dan keluarga apabila kakaknya, Nadya Danish dan rakannya, Zarema yang sedang hamil telah terkurung di dalam sebuah lif selama sejam di sebuah hotel di Legoland, Nusajaya, Johor  baru-baru ini.

Kejadian itu berlaku ketika dia dan keluarga mengambil keputusan untuk bercuti ke pusat peranginan tersebut setelah Nora Danish selesai daripada melakukan penggambaran di Singapura untuk sebuah teater berjudul Bahayanya Wanita pada 16 Ogos lalu.

Bercerita lanjut mengenai kejadian itu, Nora Danish yang begitu kesal dengan tindakan pihak pengurusan yang membiarkan kakaknya yang menghidap penyakit asma dan rakannya terkurung tanpa tindakan selama satu jam.

Keadaan bertambah buruk apabila dia dan keluargannya terpaksa campur tangan apabila pihak pengurusan hotel tersebut bagaikan melepaskan batuk di tangga untuk menyelamatkan kakaknya dan beberapa orang lagi yang terperangkap di dalam lif berkenaan.

Berikutan daripada kejadian itu, Nora Danish mengambil keputusan untuk memuat naik gambar rakaman CCTV lif berkenaan dan berkongsi perasaan bersama peminatnya.

Namun tindakan Nora Danish dikecam oleh peminatnya kerana dikatakan telah mempersoalkan masyarakat di situ terutamanya warga Johor.

22

Bagus
19

Marah
13

Terkejut
21

Sedih
8

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (107 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akulah7E 19-8-2014 06:25 PM
Kosmo!: Bolehkah Nora Danish ceritakan keadaan sebenar yang berlaku ketika anda bercuti ke Legoland, Nusajaya Johor  baru-baru ini?



NORA DANISH: Saya baru sahaja selesai daripada menjalani penggambaran berjudul Bahayanya Wanita di Singapura baru-baru ini. Saya yang ditemani keluarga pada ketika itu mengambil keputusan untuk singgah bercuti di Legoland memandangkan kami tidak pernah lagi bertandang ke tempat tumpuan pelancong tersebut. Segalanya berjalan lancar dan memandangkan hari telah lewat malam, kami mengambil keputusan untuk bermalam di sebuah hotel di situ.



Bagaimanakah pada mulannya anda sedar kakak dan rakan anda terperangkap di dalam lif tersebut?



Setelah kami menempah bilik hotel di tingkat tujuh, saya dan keluarga terus naik untuk meletakkan beg. Saya cuba untuk menghubungi kakak saya memandangkan hari telah lewat malam. Saya ingat mungkin dia bersama rakan saya Zarema berada di kafe di lobi hotel. Namun saya curiga apabila panggilan tidak dijawab dan kami terus bertanya kepada pihak hotel dan mereka berkata, mungkin kakak saya dan Zarema terperangkap di dalam lif. Setelah melihat kamera litar tertutup saya telah memastikan bahawa orang yang terperangkap di dalam lif tersebut merupakan kakak dan rakan saya Zarema.



Apakah tindakan anda selepas daripada kejadian tersebut berlaku?



Saya berusaha berhubung dengan beberapa kakitangan hotel tersebut, namun disebabkan beberapa prosedur kami terpaksa menunggu sehingga setengah jam namun tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak pengurusan. Saya sangat risaukan keadaan kakak saya yang menghidapi penyakit asma dan rakan saya yang kini sedang hamil.
Selepas setengah jam, apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak pengurusan?



Keadaan menjadi lebih tegang apabila tiada sebarang tindakan diambil dan melalui rakaman litar tertutup, kakak dan Zarema sudahpun terduduk dan sesuatu yang tidak baik telah berlaku. Kami terpaksa campur tangan, sehingga ibu kepada rakan saya telah menelefon bomba. Akhirnya mereka telah diselamatkan oleh pihak bomba, bukannya pihak pengurusan hotel.



Bagaimanakah perasaan anda pada ketika itu memandangkan cara kerja pihak pengurusan kurang memuaskan?



Saya cuba bertanya dengan lebih lanjut mengenai kejadian tersebut dan pihak pengurusan berkata, perkara itu kerap terjadi kebelakangan ini. Menjadi persoalan kepada saya, jika kejadian ini bukan kejadian yang pertama mengapa pihak pengurusan enggan mengambil langkah untuk membaiki lif tersebut disebabkan ia amat berisiko mengundang maut kepada penggunanya. Saya amat kesal pada ketika itu dan terus mengambil keputusan untuk memuat naik gambar rakaman litar tertutup lif di hotel tersebut di dalam laman sosial Instagram saya.



Setelah anda memuat naik gambar rakaman litar tertutup tersebut dan menerangkan mengenai kelemahan pihak pengurusan Legoland, anda telah mendapat kecaman hebat daripada masyarakat di Johor. Apakah pandangan anda?



Saya kesal sekali apabila sesetengah pihak menyalahertikan kejadian tersebut. Saya tidak terniat untuk menyindir mana-mana pihak. Tujuan saya hanyalah untuk memberi pengajaran dan iktibar kepada pihak pengurusan supaya memandang berat isu tersebut kerana ia melibatkan nyawa seseorang. Lagipun Legoland merupakan pusat tumpuan pelancong, saya tidak mahu nama Legoland dipandang serong oleh pengunjung terutamanya pelancong luar. Bagaimanapun saya telah memuat naik kenyataan berhubung salah faham tersebut.


Quote melinda_kerr 19-8-2014 06:30 PM
Apesal Johorean nk marah sgt? Hairan betul. Kalau dah salah tu mengaku ajelah.
Quote aidita 19-8-2014 06:32 PM
apasal nak terasa....nampak nora marahkan lego hotel tu,tak de kena mengena pun dgn orang2 johor
Quote magnus 19-8-2014 06:36 PM
Mana  org johor yg marah marah tu..nora pun ckp sesetengah pihak...salah phm..small matter
Quote VuJiE 19-8-2014 06:55 PM
semua orang johor ada share dengan legoland hotel tu ke sampai semua nak terasa secara berjemaah?
Quote pyropura 19-8-2014 06:58 PM
melinda_kerr posted on 19-8-2014 06:30 PM
Apesal Johorean nk marah sgt? Hairan betul. Kalau dah salah tu mengaku ajelah.


johoreans (mulayu wannabe)  telah brainwash secara halus oleh kapir Yahudi lehnat tokey Legoland...

@peYno





Quote kenarikelabu 19-8-2014 07:00 PM
Ada baca salah sorg yg komen kat insta Nora tuh: "Luaskan Kuasamu!"
-Pekejadah....tetiba luaskan kuasa. Org tu ckp pengurusan hotel teruk, tak peka ngn safety pengunjung. Tetiba ada seko mamat ckp luaskan kuasa....adoiyaiiiii
Quote caprut 19-8-2014 07:00 PM
btol la peyno ckp.,jawa jhor mmg batak. bajet2 je
Quote azrain98 19-8-2014 07:03 PM
kuat perasan betul dorang ni...
Quote nurul_akmar 19-8-2014 07:04 PM
bhy ok stuck dalam lif. boleh mengundang maut.
Quote pyropura 19-8-2014 07:06 PM
kenarikelabu posted on 19-8-2014 07:00 PM
Ada baca salah sorg yg komen kat insta Nora tuh: "Luaskan Kuasamu!"
-Pekejadah....tetiba luaskan ku ...


itulah ciri2 khas para macai...dia ingat johor boleh takluk mulaka ka...
Quote batmana 19-8-2014 07:13 PM
Saman je legoland satu juta..
Quote ifanonline 19-8-2014 07:15 PM
bukan ke johor ramai jawa?
Quote pyropura 19-8-2014 07:16 PM

i believed yang ni pun Johoreans mulayu wannabee akan klaim: ''itu kita punye'', itu kita punye....luaskan kuasa mu...




Quote meya 19-8-2014 07:33 PM
Malaysian patutnya belajar menerima dan membuat kritikan.  

Sama macam membuat aduan...patut bila tak puas hati dengan sesuatu barang atau perkhidmatan kita buat aduan ...orang yang menerima aduan pula patut cuba buat pembaikan bukan sebaliknya.

Barulah semuanya baik-baik saja.
Quote scorpionkiki 19-8-2014 07:34 PM
@peYno belum masuk lagi?
Quote meya 19-8-2014 07:35 PM
Yang buat komen bodoh mungkin staff bawah umur yang takde akal.  Harap mereka merasa pula macamana perasaannya terkurung dalam lif.
Quote krimkelapa 19-8-2014 07:36 PM


peYno busy  agak nye         

Quote peYno 19-8-2014 07:44 PM
VuJiE posted on 19-8-2014 06:55 PM
semua orang johor ada share dengan legoland hotel tu ke sampai semua nak terasa secara berjemaah?

tu peyno cakap... jawa johor ni mmg assobiyah... skit2 kait isu kenegerian...
tu la bahana jawa yg tak exposed duniaa luar

Lihat semua komen(273)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.073036 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top