CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Kencing Tikus Meningkat Di Pahang

18-8-2014 03:08 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6096| Komen: 7

Description: Kes Kematian Yang Berpunca Daripada Penyakit Tersebut Juga Meningkat Tahun Lepas Iaitu Lima Kes Berbanding Sifar Pada Tahun Sebelumnya Dan Satu Kes Pada 2011, Katanya Menjawab Soalan Lee Chin Chen (Da ...

Kes Kencing Tikus Meningkat Di Pahang





KUANTAN - Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis di Pahang meningkat dari tahun 2011 hingga 2013, persidangan Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini.
            
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas Pahang, Datuk Norol Azali Sulaiman berkata kes yang dicatat di seluruh negeri  tahun lepas ialah 277 berbanding 163 pada 2012 dan 135 pada tahun sebelumnya.
            
Beliau berkata antara daerah yang mencatat kes tertinggi ialah Kuantan, Jerantut, Lipis, Pekan, Maran dan Temerloh.
            
Kes kematian yang berpunca daripada penyakit tersebut juga meningkat tahun lepas iaitu lima kes berbanding sifar pada tahun sebelumnya dan satu kes pada 2011, katanya menjawab soalan Lee Chin Chen (DAP-Ketari) di persidangan Dewan Undangan Negeri.

"Kerajaan negeri mengambil pelbagai tindakan bagi mengelak penyakit Leptospirosis dari terus merebak, antaranya melalui aktiviti pendidikan kesihatan yang dilakukan Jabatan Kesihatan Negeri, Pejabat Kesihatan Daerah, Klinik Kesihatan dan hospital," katanya.
            
Norol Azali berkata kerajaan negeri turut mengeluarkan garis panduan mngenai pengurusan pusat rekreasi sungai dan air terjun bagi mengelak sebarang penyakit berjangkit bawaan air.
            
"Jabatan Kesihatan Negeri juga telah mengadakan kursus pengurusan Leptospirosis kepada anggota kesihatan dan perubatan yang terlibat dalam pengendalian penyakit bagi meningkatkan kefahaman mengenainya," katanya. 


Bagus
8

Marah
8

Terkejut
18

Sedih
12

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yellowfin 18-8-2014 02:24 PM
Pahang kencing tikus... kat selangor pulak kencing nuart meningkat...jabatan kesihatan selangor harus bertindak segera...  :lol
Quote damian_lee 18-8-2014 02:43 PM
tikus kat pahang "kaki kencing" .... hahahaha
Quote kentel 18-8-2014 02:52 PM
mohon jibby buat PC...
Quote namirulmukminin 18-8-2014 02:54 PM
yellowfin posted on 18-8-2014 02:24 PM
Pahang kencing tikus... kat selangor pulak kencing nuart meningkat...jabatan kesihatan selangor haru ...

Kihkihkih... Masa tengok tajuk, aku pon terpikir benda yang sama...
Quote nobito 18-8-2014 02:56 PM
Aku bukan nak cakap apa...orang Melayu ni memang pengotor weyyhhhh
Quote Al-Patih 18-8-2014 03:52 PM

Quote mattzzx 18-8-2014 04:03 PM
Sana sini kencing dan mengencing....

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.050186 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top