Teruja Bersama Pasangan Lain
Mawar yang juga kakitangan Pos Malaysia Berhad melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Al-Mahdy Musa, 26, kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang selepas berkenalan enam bulan. Menurut Mawar, dia menyertai majlis akad nikah ramai-ramai itu berikutan ia dianjurkan buat julung kalinya oleh Biro Muslimah Kariah Masjid Pokok Machang, selain dia sendiri anak kariah di situ. “Saya gembira dan bersyukur kerana semuanya berjalan lancar,” katanya. Selain Mawar dan Al-Mahdy, pasangan lain ialah Nurul Fashihah Musa, 26, dengan Mohd Shahrul Isa @ Othman, 33, Nor Sakirah Mohd Saad, 22, dengan Noor Azli Hassan, 31, dan Siti Asiah Mohamad Nasir, 27, dengan Mohamad Jasri Radzuan, 26. Pasangan lain, Nor Dalila Abu Hassan, 26, dengan Mohd Nazmi Mohd Nasir, 27, Siti Noor Afifah Ahmad, 21, dengan Muhamad Asyraf Ahmad, 22, Nurul Izzati Azemi, 24, dengan Muhammad Syukur Saleh, 26, dan Nur Aminaazreen Mohamad, 23, dengan Junaidi Murad, 35. Majlis berlangsung selama dua jam dengan majlis akad nikah dilakukan Penolong Pendaftar Perkahwinan Kawasan Tasek Gelugor Musa Hamsan dan dihadiri lebih 500 tetamu, termasuk keluarga pengantin lelaki dari luar kariah. Timbalan Pengerusi Masjid Pokok Machang Ramli Kamis berkata, program berkenaan dianjurkan pihaknya bertujuan mengeratkan silaturahim sesama ahli kariah, selain menggalakkan anak muda berkahwin.
|
CiliPadiSedap posted on 17-8-2014 12:58 PM
tu pun kalau semua power dan timing bagus. kalau semua game 30 second, alamat lengang lah wad bers ...
alinone78 posted on 17-8-2014 01:16 PM
Klu tengok umur muda2 lg tu..mkecuali yg 35 tahun...tp dpt pucuk 23...mampu kot...
First shot t ...
CiliPadiSedap posted on 17-8-2014 12:58 PM
tu pun kalau semua power dan timing bagus. kalau semua game 30 second, alamat lengang lah wad bers ...
Decaffeinated posted on 17-8-2014 01:48 PM
ada org speku T/T ni jelmaan seseorang cuma rebrandinglah... ada thread cut-and-paste omputih.... ...
kakikuDibibirmu posted on 17-8-2014 03:30 PM
akak syak TT ni tongkatwarant
lindaaa kau mampu????
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
24-9-2023 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.084412 second(s), 46 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.