CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hubungan Sulit Bersama Penagih Dadah?

15-8-2014 09:48 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10315| Komen: 45

Description: Kelakuan Sumbang Pasangan Terbabit Terbongkar Selepas Sepasukan Polis Dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Diketuai Inspektor Mohd Ridhuan Ismail Menyerbu Rumah Berkenaan Kira-Kira Jam 12.30 Tengah ...
Hubungan Sulit Bersama Penagih Dadah?


Seorang penagih dadah ditahan kerana berkhalwat dengan teman wanitanya di rumah PPRT Gong Pasir, tengah hari kelmarin 


DUNGUN - Rahsia hubungan sulit seorang suami bersama gadis lain terbongkar selepas pasangan itu dicekup khalwat di sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), dekat sini, tengah hari kelmarin.

Lebih mendukacitakan perbuatan tidak bermoral itu berlaku di sebuah bilik ketika ibu bapa gadis terbabit ada bersama di rumah berkenaan.

Kelakuan sumbang pasangan terbabit terbongkar selepas sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik diketuai Inspektor Mohd Ridhuan Ismail menyerbu rumah berkenaan kira-kira jam 12.30 tengah hari sebelum menemui sepasang kekasih sedang tidur dalam keadaan berpelukan di sebuah bilik.

Suspek lelaki yang berusia 20-an juga menjadi buruan polis kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Dia yang sudah berumah tangga dikatakan sering tidak pulang ke rumah selain selalu mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.

Ujian saringan air kencing mendapati lelaki terbabit positif dadah methampethamine.

Suspek yang tidak bekerja itu dikatakan sering mengunjungi rumah teman wanitanya setelah menjalinkan hubungan sejak beberapa bulan lalu.

Tidak cukup dengan hubungan sulit, dia juga dipercayai turut berkongsi dadah bersama gadis berkenaan selepas ujian saringan air kencing menunjukkan teman wanitanya juga positif methampethamine.

Pasangan berkenaan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah sebelum diserahkan kepada pegawai penguat kuasa syariah untuk tindakan lanjut.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 selain bakal menghadapi pendakwaan di Mahkamah Rendah Syariah awal Oktober ini atas kesalahan Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 kerana berkhalwat.

Jika sabit kesalahan, pasangan terbabit boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan penyalahgunaan dadah pula, mereka boleh dikenakan denda atau penjara.

14

Bagus
11

Marah
21

Terkejut
24

Sedih
10

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (91 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nebulagazer 15-8-2014 08:06 AM
Makpak budak pompuan.tu apa kes?
Same urban dgn anak ke cane?
Quote kakJOYah 15-8-2014 08:07 AM
ada gak mak bapak mcm ni, anak bwk balik jantan pun x kisah.
Quote nikaido 15-8-2014 08:08 AM
hidup ganu!!
Quote nikaido 15-8-2014 08:10 AM
asal terengganu mesti kes maksiat
Quote nikaido 15-8-2014 08:13 AM
makan apa org ganu asyik gersang sajo. cendekiawan-cendekiawan negara/ majlis profesor negara kena buat research ni
Quote gaara_X 15-8-2014 08:20 AM
u ran i run...and we share all together...
Quote AbukRokok 15-8-2014 08:21 AM
nikaido posted on 15-8-2014 08:13 AM
makan apa org ganu asyik gersang sajo. cendekiawan-cendekiawan negara/ majlis profesor negara kena b ...

jatey ganu xtahan....gewe ganu molep molep blako mace emma maembong
Quote TuntungReturn 15-8-2014 08:22 AM
kes pelik2 ni tak ganu,kelantan..npe eh...lol
Quote nurul_akmar 15-8-2014 08:28 AM
parent dia wat ape???
Quote salimrock 15-8-2014 08:33 AM
ubat kuat lelaki yg berleluasa.............

kopi jantan yg berleluasa......

lambakan iklan2 minyak belacak, minyak lintah di media massa cetakan maupun elektronik...

sudah tiba masanye saintis/dukun/pawang/ pakar2 perubatan melayu mencipta ubat pandai lelaki atau ubat pandai wanita....


jgn asyik nak kuat jah...
Quote hanamunir 15-8-2014 08:43 AM
pfffrrrtttt..
tidur dalam berpelukan konon..
bini kt umah x de plak nak peluk2..
Quote CrowneGlory 15-8-2014 08:45 AM
Knp la korg kecik2 xmo mampos...dr makbapak sampaila ke psgn tu.. Wasted sungguh
Quote ida88 15-8-2014 08:46 AM
Aduhh tadi kes laki org ngamuk2 pas terkantoi
Yg ni laki org gk kantoi tdo umh skandal
Makpak pmpuan tu sedar ke tak kehadiran laki tu sbenanye
Quote kentel 15-8-2014 08:58 AM
pantai timur darul maasiat ke guane?
Quote pittjie 15-8-2014 08:58 AM
tengok dahi jantan tu .. rupa dahi budak2 baru je akhil baligh. udah begini perangai ko dik. ada isteri tapi menjadah kat pompuan lain kat rumah bapak pompuan tu. meh sini akak bagi harkptuiih sikit kat dahi tu dik.
Quote pp_gurl 15-8-2014 09:01 AM
mmg org ganu (yg aku kenal) mmg la gatal....ada yg tido dgn laki org pun. Siap buat pengakuan terang2.. bangga kot dpt buat mcm tu.. padahal keje cikgu....no wonder la bdk2 skrg ni perangai tak senonoh. Org yg memberi ilmu tu perangai setan...
Quote bluehedgehog 15-8-2014 09:03 AM
bodoh pompuan murahan ni...
Quote reenz013 15-8-2014 09:09 AM
mak pak x tahu ke jantan ni masuk ke x kisah
Quote lavasyawal 15-8-2014 09:12 AM
sapa la bagi nama PPRT ni......PPRM sudah la

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.056701 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top