CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Akibat Anak Pemalas, Bapa Cipta Robot

15-8-2014 09:43 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2923| Komen: 14

Description: Di Dapur, Dua Robot Biru Dengan Mata Merah Menyala Digunakan Untuk Memasak Sementara Satu Lagi Ditugaskan Untuk Membuat Kuih.
Akibat Anak Pemalas, Bapa Cipta Robot

Kunshan: Sebuah restoran di sini menarik  pelanggan dengan mengguna belasan robot untuk memasak dan menghantar makanan.
Pekerja mekanikal itu menyambut pelanggan, menghantar makanan ke meja, malah memasak makanan di restoran yang dibuka secara rasmi minggu lalu.

“Anak saya meminta saya mencipta robot kerana dia tidak gemar melakukan kerja rumah,” kata pengasas restoran Song Yugang.

Dua robot ditempatkan di pintu untuk mengala-alukan ketibaan pelanggan, sementara empat digunakan untuk menghantar makanan ke meja.

 
ROBOT juga digunakan untuk memasak.  

  

ROBOT pelayan menghantar makanan kepada pelanggan.


Di dapur, dua robot biru dengan mata merah menyala digunakan untuk memasak sementara satu lagi ditugaskan untuk membuat kuih.

Menurut Song, setiap robot berharga kira-kira  40,000 yuan (RM21,000), hampir sama dengan gaji tahunan pekerja biasa.

“Robot itu boleh memahami 40 ayat yang biasa digunakan setiap hari.  Mereka tidak akan sakit atau memohon cuti. Selepas dicas selama dua jam, mereka boleh bekerja selama lima jam,” kata Song.

Restoran itu bagaimanapun bukan yang pertama menggunakan khidmat robot.

Sebuah restoran di Harbin, timur laut China menggunakan khidmat pekerja seperti itu  sejak 2012.

Bagaimanapun, robot yang digunakan untuk memasak mempunyai kepintaran terhad. Mereka perlu dibantu oleh pekerja biasa.

Namun pelanggan, khususnya kanak-kanak tetap terhibur dengan  pelayan berkepala bulat itu walaupun ia hanya boleh bergerak pada laluan yang sudah ditetapkan saja.

Ia secara ramah akan meminta pelanggan ke tepi sekiranya laluan mereka dihalang.

Kos pekerja yang semakin meningkat di negara itu menggalakkan syarikat pembuatan beralih kepada robot dan China tahun lalu mengatasi Jepun untuk menjadi negara pengguna robot perindustrian terbesar dunia.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 15-8-2014 08:37 AM
hihi comel..mesti ckp camni bila nk laku..tepisket! tepisket!
Quote lavasyawal 15-8-2014 08:42 AM
rospinki posted on 15-8-2014 08:37 AM
hihi comel..mesti ckp camni bila nk laku..tepisket! tepisket!

lalu ke laku..??



Quote rospinki 15-8-2014 08:43 AM
lavasyawal posted on 15-8-2014 08:42 AM
lalu ke laku..??

lalu..typo
aisehmen!
Quote kentel 15-8-2014 08:44 AM
haiyo...makin dihencap la ummah pprt china...orang taknak upah dah..smua nak beralih pakai robot...
Quote khaira01 15-8-2014 08:45 AM
lol~ dia tak ckp pn anak dia pemalas.
Quote lavasyawal 15-8-2014 08:45 AM
rospinki posted on 15-8-2014 08:43 AM
lalu..typo
aisehmen!

jari lu mesti dah gumuk ikut body lu...



Quote batmana 15-8-2014 08:47 AM
Kalau lah kfc mcd guna robot. Aku rasa ramai dah kena berhenti kerja
Quote batmana 15-8-2014 08:49 AM
lavasyawal posted on 15-8-2014 08:45 AM
jari lu mesti dah gumuk ikut body lu...

Tak habis2 provoke orang..
Quote rospinki 15-8-2014 08:59 AM
lavasyawal posted on 15-8-2014 08:45 AM
jari lu mesti dah gumuk ikut body lu...

eskiusmi! wa slim ok..
Quote dubuk 15-8-2014 09:11 AM
kalau dipakaikan mini skirt lagi comel
Quote artcrime 15-8-2014 09:27 AM
dah buleh tuka pekerja2 ummah mekdi..
Quote DOUBLE7 15-8-2014 09:28 AM
kalo suma da pakai robot, tenaga kerja manusia mgkn da xdiperlukan lagi suatu hari nanti...
lebih ramai manusia yg menganggur la nnt...
Quote ninjago 15-8-2014 09:31 AM
hahahahaaha.. tajuk gile lawak..
Quote znuyul 15-8-2014 10:44 AM
penyumbang pengangguran..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.196343 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top