CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dr Asri: Politik Bukan Segalanya

14-8-2014 01:15 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4933| Komen: 65

Description: Insan Itu Walau Apapun Kelemahan Peribadinya, Tetapi Dia Sepatutnya Memiliki Ketertiban Dan Kesopanan Pergaulan Yang Diwarisi Sama Ada Dari Agama Ataupun Budaya.
Dr Asri: Politik Bukan Segalanya


KEHIDUPAN
ini bukan segala-galanya politik untuk kita menggadaikan segala adab dan kesopanan hanya kerana politik.

Insan itu walau apapun kelemahan peribadinya, tetapi dia sepatutnya memiliki ketertiban dan kesopanan pergaulan yang diwarisi sama ada dari agama ataupun budaya.

Bahkan dalam Islam, dalam medan perang yang saling bunuh membunuh itu pun, adab dan akhlak yang baik dipertahankan. Disiplin mesti dipatuhi. Dalam hadis:

Apabila Rasulullah SAW mengirimkan pasukan tentera maka baginda bersabda:

“Keluarlah kamu (medan jihad) dengan nama ALLAH, perangilah di jalan ALLAH sesiapa yang kufur dengan ALLAH. Jangan kamu melanggar perjanjian, jangan kamu mengkhianati harta rampasan perang, jangan kamu rosakkan mayat, jangan kamu bunuh kanak-kanak dan ahli-ahli rumah ibadat”. (Riwayat Ahmad, kata Ahmad Muhammad Syakir: “Sanad hadith ini Hasan”).

Nilai pejuang rakyat itu apabila dia dapat mendisiplinkan dirinya dan menghiasi diri dengan budi dan sopan yang menyebabkan rakyat menjadikannya ikutan. Justeru itu, kawalan diri sekalipun di hadapan musuh yang hendak membunuh antara nilai peradaban yang diajar oleh Islam.

Lihatlah apa yang ALLAH tegaskan kepada orang Islam yang berperang dengan musuh-musuh yang menyerang dan ingin membunuh mereka: (maksudnya):“Dan perangilah di jalan ALLAH orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya ALLAH tidak menyukai mereka yang melampaui batas”.(Surah al-Baqarah 190).

Apakah politik kita ini lebih buruk dari medan perang darah sehingga kita hendak berlebih-lebihan dalam tingkah perangai dan budi. Kita jangan lupa apa yang Nabi SAW bersabda: “Manusia yang paling ALLAH benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Orang politik lupa, pengikut yang ‘kurang ajar’ dan tidak beradab itu hari ini mereka biadap dengan musuh politik mereka, esok kebiadapan itu akan dihalakan pula kepada orang yang disokong pada hari ini.


Piawaian

Paling masalah apabila setiap pihak cuba bertindak membalas keburukan dengan keburukan. Jika kita berikan nasihat ‘mengapa awak londeh seluar dan tunjuk kemaluan kepada gambar pemimpin tertentu’, maka akan ada yang menjawab ‘mereka lagi teruk, ada macam-macam lagi yang mereka pun buat’.

Demikianlah puak-puak politik itu saling menghalalkan tindakan masing-masing atas nama keburukan lawan mereka. Apa yang pelik dalam masa yang sama masing-masing mendakwa mereka lebih baik dari lawan mereka.

Malangnya, apabila tiba masalah budi perangai, masing-masing memakai piawai yang setaraf dengan pihak lawan ataupun lebih teruk lagi. Itu belum lagi datang ‘geng agama’ parti masing-masing yang akan mengeluarkan dalil untuk menghalalkan perangai buruk anggota dan penyokong masing-masing. Dalil agama dibaca bukan mengikuti kehendak Tuhan, tetapi kehendak parti!

4

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Anak_Nogori 13-8-2014 09:51 PM
Adakah sindiran Dr maza ni ditujukan pada pkr Dan pas.
Quote CiliPadiSedap 13-8-2014 10:07 PM
zaman anwar kena fitnah tak de pulak dr asri bersuara. ustaz2 politik mula backing khalid.

orang tua negeri sembilan jadi busy body. orang selangor duk relax jeee
Quote ifanonline 13-8-2014 10:10 PM
Melayu makan melayu...
Quote brums08 13-8-2014 10:12 PM
Ni lah sbbnya ada ustaz anti dr maza.
Quote Anak_Nogori 13-8-2014 10:12 PM
ifanonline posted on 13-8-2014 10:10 PM
Melayu makan melayu...

Sapa?...anwat makan khalid ka.
Quote ladyxez 13-8-2014 10:15 PM
CiliPadiSedap posted on 13-8-2014 10:07 PM
zaman anwar kena fitnah tak de pulak dr asri bersuara. ustaz2 politik mula backing khalid.  ...

Hihihi biasa la gaduh manja di forum
Quote alesandra 13-8-2014 10:19 PM
cuba baca betul2 artikel tu kalo ikutkan  dia pukul sama rata laa..termasuk lah macai.aku setuju dgn pandangan dia.no problem
Quote highcastle 13-8-2014 10:42 PM
alesandra posted on 13-8-2014 10:19 PM
cuba baca betul2 artikel tu kalo ikutkan  dia pukul sama rata laa..termasuk lah macai.aku setuju dgn ...

Yap serupalah macai sorang ni.. Siap bagi peringatan pasal fitnah, tapi dia kaki fitnah no.1 kat C.I.......
Quote alesandra 13-8-2014 10:48 PM
highcastle posted on 13-8-2014 10:42 PM
Yap serupalah macai sorang ni.. Siap bagi peringatan pasal fitnah, tapi dia kaki fitnah no.1 kat C ...

dlm thread neh dia tak fitnah...takpela.tapi gigih gak pusing2  stetmen org
Quote famri7 13-8-2014 10:51 PM
Syukur dr maza tidak sepurti majority serbanists.
Quote Babai 13-8-2014 10:59 PM
Dah agak dah, mesti Asri populist ni akan muncul punya.
Quote tobby 13-8-2014 11:04 PM
CiliPadiSedap posted on 13-8-2014 10:07 PM
zaman anwar kena fitnah tak de pulak dr asri bersuara. ustaz2 politik mula backing khalid.  ...

fitnah main suka sama suka dgn saiful ka??  bukankah bar council sendiri yg mengiktiraf berlakunya kejadian itu & tidak pula disaman oleh abg non.
Quote CiliPadiSedap 13-8-2014 11:39 PM
tobby posted on 13-8-2014 11:04 PM
fitnah main suka sama suka dgn saiful ka??  bukankah bar council sendiri yg mengiktiraf berlakunya ...

Lol.. Fitnah main dengan cina doll cmne plak? Kes rasuah rm 24 juta. Kes pkfz, kes lembu. Kau xnampak .
Quote tobby 14-8-2014 01:16 AM
CiliPadiSedap posted on 13-8-2014 11:39 PM
Lol.. Fitnah main dengan cina doll cmne plak? Kes rasuah rm 24 juta. Kes pkfz, kes lembu. Kau xnam ...

pkr belajar dgn umno bab rasuah ni ... klu dah asal umno.
Quote CiliPadiSedap 14-8-2014 01:21 AM
tobby posted on 14-8-2014 01:16 AM
pkr belajar dgn umno bab rasuah ni ... klu dah asal umno.

Khir toyo rm 24 juta salah anwar. Lembu DLM kondo meratib anwar. Kasihan melihat kau.
Quote Babai 14-8-2014 01:30 AM
CiliPadiSedap posted on 14-8-2014 01:21 AM
Khir toyo rm 24 juta salah anwar. Lembu DLM kondo meratib anwar. Kasihan melihat kau.

Kes air 250 juta nak dijadikan 2.5 billion tu salah hamno kan?
Quote Babai 14-8-2014 01:31 AM
tobby posted on 14-8-2014 01:16 AM
pkr belajar dgn umno bab rasuah ni ... klu dah asal umno.

Kalau dah hamno pun tendang al jub, nampak sangat dia lebih rakus dari orang lain.
Quote munchkin 14-8-2014 01:37 AM
Nampaknya siapa pun tak leh tegur parti anak befanak. Kalau ditegur terus dihencap. Begitulah keadaannya.
Quote tobby 14-8-2014 07:54 AM
CiliPadiSedap posted on 14-8-2014 01:21 AM
Khir toyo rm 24 juta salah anwar. Lembu DLM kondo meratib anwar. Kasihan melihat kau.

umno mmg rasuah/nepostime/kronisme, tapi klu sendiri punya suami, sendiri punya bini, sendiri lantik sesama sundri dlm mesyuarat yg dia sundri chair....  klu bukan nepostisme/kronisme apaa dia..?  

Kau nak tau macai sejati senang aje.. kritik PKR=sokong UMNO.
hehe .. itulah tipikal macai sejati ... kutuk abg non jer = umno.  
kutuk org2 yg syg abg non mcm mat sabu = pun umno.

jenuh dah aku kutuk Najib/Rosmah dlm byk thread, tp reaksi macai umno lebih cool ..
sifat macai abg Non ni bila jentik sikit jer abg Non, meloncat2 la macai sejati abg non.
nampak x perbedaannya?

klu x nampak lg mmg betul macai.

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.072845 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top