Beijing: China memperkenalkan satu peta rasmi terbaharu negara itu yang memperbesarkan lagi peranannya dalam tuntutan di Laut China Selatan, lapor media semalam menjadikan perairan yang dipertikaikan serta beberapa pulau sekitarnya lebih jelas seperti milik negara itu. Peta sebelum ini dikeluarkan kerajaan turut memasukkan tuntutan China di kebanyakan Laut China Selatan tetapi di dalam sebuah kotak kecil biasanya di bahagian sudut bawah untuk membolehkan negara lain menyesuaikan dengan peta itu. Peta baharu Peta baharu dengan kotak lebih besar menunjukkan benua China bersama sempadan laut yang diisytiharkan mereka sendiri di Laut China Selatan, jauh ke bawah hingga perairan Malaysia, Vietnam dan Filipina pada satu peta lengkap. “Pulau Laut China Selatan pada peta tradisi China ditunjukkan dalam kotak terputus dan pembaca tidak boleh secara penuh atau secara langsung mengetahui peta penuh China,” kata People’s Daily di laman webnya. “Kedudukan China terhadap isu Laut China Selatan adalah konsisten dan jelas sekali. Pendirian kami adalah tidak berubah,” kata jurucakap kementerian, Hua Chunying kepada akhbar itu.
|
azrain98 posted on 26-6-2014 09:51 AM
smpai china claim pinggir sarawak.....dasar tamak nak mampus..
razhar posted on 26-6-2014 10:19 AM
so sebab itu kita nak tak nak kena berkiblat secara terbuka dgn Amirika...
niceghost2005 posted on 26-6-2014 10:37 AM
Kiblat ke Iran..................ok per
Oooppsss..............Iran pung dapat teknoloji dari Chi ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
20-4-2024 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.078717 second(s), 46 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.